Cinta baru

Alf Lailah wa Lailah (Koleksi Max Weisweiler)
Ini antara cinta baru saya, yang sedang menunggu di atas troli di luar pintu – menunggu masa untuk dikatalog (dalam bahasa Arab!).
Koleksi Weisweiler, yang belum pun saya gali siapa tokohnya.
Cinta baru, menuntut hati dikosongkan dan doa dilontarkan.
Sudah 9 tahun saya tinggalkan bahasa syurga, kini baru bersua semula.
Barangkali Allah mahu saya ‘kembali’ ke asal diri.
Hikayat 1001 Malam ya? Bahasa Arab, bukan bahasa Jerman?
Ted, ya Hikayat 1001 Malam, dalam bahasa Arab. Dibeli melalui pembekal buku di Jerman (masih ada resitnya).
Najibah berpindah ke ISTAC?
Ya, Kak Zah, rezeki saya di sini nampaknya. Itupun entah sehingga bila pulak 🙂
Kak Azzah nanti ke PPM-LAS Joint Conference tak?