Ini yang dikatakan sarjana tulen

Artikel yang dihadiahkan seorang profesor undang-undang kepada perpustakaan Dar al-Hikmah

Saya kagum dengan sikap bersungguh-sungguh yang ditunjukkan seorang profesor ini. Bekas pensyarah di Stanford Law School, sebuah universiti ternama, beliau tidak menunggu sahaja para penyelidik tersandung artikelnya antara ribuan artikel lain, malah berusaha mengirimkan artikelnya kepada perpustakaan-perpustakaan.

Saya tidak tahu sebanyak mana pustakawan yang diutusnya dengan artikel terkininya, tetapi saya yakin bukan saya seorang. Saya yakin beliau memegang prinsip ilmu untuk dikongsi, bukan disembunyikan kerana ingin menjadi lebih pandai dari orang lain.

Sayang sekali senario di Malaysia masih jauh dari tahap itu. Begitu yang seorang rakan saya kongsikan sewaktu wakil EBSCO Discovery Service berkunjung ke tempat kerja kami untuk menawarkan gerbang penyelidikan terbaru syarikatnya.

Saya kagum kerana pihak EBSCO dan beberapa penyedia pangkalan data ilmiah (database provider) terkenal yang sebenarnya para pesaing, dapat berkongsi metadata masing-masing walaupun keuntungan paling besar seolah-olah akan dikaut hanya satu pihak.

Tidak begitu di Malaysia, kata teman saya, membuat saya terkenang surat dari Prof. UTM di Malaysiakini tempoh hari. Betapa untuk saling menggunakan khidmat malim sarjana sahaja institusi kita sudah bagai hilang arah dan enggan saling membina.

Saya jadi tertanya-tanya, kenapa orang kita, dalam memburu sesuatu yang sebenarnya bagus, boleh jadi nanar hingga terabai pula prinsip-prinsip yang paling asas. Mungkinkah dari sudut budaya, kita belum bersedia? Barangkali orang kita masih dalam peringkat penapisan, menuju ketulenan.

Najibah Abu Bakar

Pemilik BukuRia, berlatar belakang bidang perpustakaan dan sains maklumat serta mempunyai sedikit pengalaman menulis di beberapa akhbar dan majalah tempatan.

You may also like...

2 Responses

  1. Zaidi Saad says:

    Assalamu’alaikum warahmatullahi wabarakatuh.
    Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.

    Saya merupakan seorang pustakawan,saya ingin memohon jasa baik puan untuk saya mendapatkan alamat untuk dihubungi Prof berkenaan.Saya amat berminat untuk mendapatakn bahan yang dihantarnya kepada perpustakaan.

    • Najibah says:

      Waalaikumussalam Encik Zaidi,

      Saya akan e-mel alamatnya kepada Encik Zaidi selepas Deepavali, InsyaAllah.
      Hari ini saya tak berada di perpustakaan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Facebook Auto Publish Powered By : XYZScripts.com