BookMoocher Malaysia, siapa lagi?

Yang ditunggu sudah tiba

Beberapa hari lepas saya mengepos Eat, Pray, Love kepada seorang pembaca, Naenti Kaur di Petaling Jaya. Saya mengenalinya dalam talian, di BookMooch. Di situ, dia boleh mengemooch buku saya, dan saya menerima poin daripadanya; dengan poin ini saya telah mengemooch buku daripada seorang Soe Chin. Hari ini, baru sebentar tadi, saya sudah menerima buku Amir Muhammad di atas. Terima kasih, Soe Chin. Siapapun dia.

Menarik bukan? Sayangnya setakat ini baru ada 33 orang sahaja BookMoocher dari Malaysia, berbanding dari Singapura seramai 214 orang. Nampaknya saya mesti bersabar sehingga apabila lebih ramai BookMoocher Malaysia yang menawarkan buku-buku berkualiti dan yang dicari-cari, barulah pengalaman BookMooch di Malaysia akan bertambah memuaskan. Ini kerana, susah juga mencari BookMoocher dari negara lain yang sudi mengepos ke Malaysia, terutama kerana kos.

Kalau anda sudah jadi BookMoocher, jangan lupa beritahu saya. Mungkin kita boleh bertukar-tukar buku di sana. Saya merancang mahu menawarkan beberapa buah lagi buku simpanan, dan lebih suka jika ada orang Malaysia yang berminat kerana saya dapat mengurangkan kos pos ke luar negara. Hanya apabila ada orang mahukan buku saya, barulah saya dapat mengumpul mata untuk mendapatkan buku lain.

Najibah Abu Bakar

Pemilik BukuRia, berlatar belakang bidang perpustakaan dan sains maklumat serta mempunyai sedikit pengalaman menulis di beberapa akhbar dan majalah tempatan.

You may also like...

2 Responses

  1. Norziati says:

    Oh, baru tahu tentang ini. Menarik juga ya. Macam-macam perkara datang dengan aktiviti membaca. Dunia buku menjadi semakin menarik

    • Najibah A Bakar says:

      Ya, banyak kreativiti yang boleh diteroka, kemudian gabungkan dengan keupayaan Internet. Semua boleh jadi. Jomlah jadi BookMoocher ­čśë

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Facebook Auto Publish Powered By : XYZScripts.com