Beli buku dalam talian dengan PayPal

Alternatif pencinta buku memburu keinginan

Sejak semalam, saya ralit mencuba PayPal yang sudah lama tidak saya gunakan. Rupanya (entah sejak bila), PayPal sudah menyediakan perkhidmatan yang jauh lebih menyeluruh. Kini, tak semestinya memiliki kad kredit lagi, malah boleh ditambah nilai terus dari akaun bank utama Malaysia: Bank Islam, CIMB, RHB, Hong Leong Bank, Maybank dan Public Bank. Macam kad prabayar sahaja (kemaskini 30 Mac 2012 – hanya tambah nilai melalui RHB yang dikekalkan dalam perkhidmatan sekarang, bererti sesiapa tanpa akaun RHB tidak boleh lagi melakukan tambah nilai).

Servis begini penting bagi pencinta buku yang tidak gemar bertransaksi hutang atau malas memiliki kad kredit. Atau tidak mahu melalui kerenah menelefon pihak kad kredit setiap kali mahu membuat transaksi belian buku dari luar negara (yang hanya akan buka gateway apabila kita menelefon). Memang dari suatu segi, itu ciri keselamatan, tetapi akan agak annoying apabila kita kerap membeli buku dari luar dan mereka akan bertanya perincian diri yang sama setiap kali: siapa nama suami, siapa nama ibu suami, apa alamat anda, dan nombor kad pengenalan anda (masa membaca telah berkurangan di situ sebanyak 10 minit).

Di sini, isu ‘kenapa tidak beli dari dalam negara?’ akan timbul. Kedai buku kita tidaklah terlalu kekurangan, tetapi sesetengah buku yang dicari memang sukar didapati di sini, terutama buku-buku mengenai buku. Sesetengahnya dapat saya beli dari Kinokuniya, namun masih banyak judul lain dalam senarai keinginan, hanya dapat saya lunaskan dengan membeli di luar sana.

Jadi, apabila saya berhasil menambah nilai ke dalam PayPal saya semalam (untuk membeli dari luar negara, jangan lupa tambah nilai dalam bentuk dolar US atau EURO), saya telah cuba membeli dari Thriftbooks (sebuah kedai buku terpakai), dan tempat biasa saya membeli dengan kad kredit iaitu Book Depository. Mulanya saya mahu cuba di AbeBooks, yang terkenal dengan jualan buku terpakai, tetapi saya dapati di Thriftbooks, saya akan dapat menjimatkan sedikit kos pos. Book Depository pula sememangnya tidak mengenakan kos pos langsung.

Maka saya kembali jadi penunggu peti pos; dan buku-buku yang sedang dinanti itu adalah:

(1) The Yellow-Lighted Bookshop: a Memoir, a History (Lewis Buzbee)

(2) Ex Libris: Confessions of a Common Reader (Anne Fadiman)

(3) Sixpence House: Lost in a Town of Books (Paul Collins)

Jika ada yang mahu mencuba menggunakan PayPal untuk membeli buku, langkah-langkah asasnya adalah:

(1) Mendaftar sebagai pengguna PayPal;

(2) Tunggu e-mel pengesahan akaun daripada PayPal;

(3) Tambah nilai (top-up) akaun PayPal dari akaun bank tempatan anda (sediakan nombor akaun terlebih dahulu); jangan lupa tambah nilai dalam dolar US (atau mata wang lain yang digunakan oleh kedai buku pilihan anda);

(4) Membuat pengesahan penerimaan wang yang telah ditambah nilai itu ke dalam akaun PayPal (ada e-mel lain akan dihantar oleh pihak PayPal);

(5) Pastikan nilai yang ditambah itu telah tertera di dalam akaun PayPal anda (biasanya selepas pengesahan penerimaan nilai terus tertera, tetapi jika ada masalah, boleh hubungi pihak PayPal di nombor +60377237155).

(6) Apabila membuat belian di mana-mana kedai buku dalam talian, bolehlah membayar dengan akaun PayPal anda.

(7) Oh ya, PayPal akan mengecaj sebanyak RM2.00 bagi setiap kali tambah nilai yang dilakukan (tetapi masih berbaloi saya rasa – dan kalau duit anda tebal, bolehlah tambah nilai sebanyak mungkin sekaligus!)

Dengan khidmat tambah nilai PayPal ini, urusan pencinta buku yang kurang gemarkan kad kredit dan hutang, namun ingin membina koleksi dalam genre tertentu yang tidak semestinya ada di Malaysia, menjadi enteng dan terbantu.

Cubalah :)!

Nota: Bagi yang ingin tahu mengenai belian di Thrift Books, saya akan kemas kini kisah mengenai belian buku dari sana, sama ada puas hati dengan tempoh pos, cara mereka mengepos, keadaan buku dan lain-lain, sebaik sahaja buku-bukunya sampai. Belian melalui Book Depository biasanya tiada masalah.

Najibah Abu Bakar

Pemilik BukuRia, berlatar belakang bidang perpustakaan dan sains maklumat serta mempunyai sedikit pengalaman menulis di beberapa akhbar dan majalah tempatan.

You may also like...

11 Responses

  1. Khairul H. says:

    Tak pernah menggunakan PayPal sebab masa ia mula-mula beroperasi dulu (lebih kurang 10-12 tahun lepas) sering dengar cerita ‘horror’ dari pelanggan yang kena tipu. Lagipun selama saya membeli buku melalui talian menggunakan kad kredit, tidak pernah pula saya menerima panggilan telefon dari agen kad kredit untuk mengesahkan saya tuan punya kad.

    Tapi kalau PayPal dah elok sekarang, mungkin saya akan cuba suatu hari nanti.

    Oh ya, saya minat buku The Yellow Lighted Bookshop tapi tak gemar sangat Ex Libris. Anne Fadiman tu macam berlagak sikit penulisannya.

    • Najibah A Bakar says:

      Tak tahu pula ada cerita-cerita ‘horror’ tu. Kali pertama saya guna 4-5 tahun lepas untuk langgan LibraryThing. Tiada masalah waktu tu. Itu yang saya berani cadangkan di posting ni.

      Haha, kad kredit saya begitu sebab saya menumpang di bawah suami punya. Malas mahu buat kad sendiri 🙂

      Tapi Ex Libris punya rating bagus berbanding banyak buku-mengenai-buku yang lain, it left me wondering.

      PS: I googled the horror stories, wow, quite alarming. Thanks for the hints. They are REAL horrors, but I think as long as we use the money immediately without delay, and top-up only the necessary amount at any given time, it should be okay.

  2. Nana says:

    Saya pun ada akaun PayPal, tapi lebih senang berurusan melalui kad kredit. Namun demikian, saya mendapat tahu PayPal ini pun ada kelebihannya sendiri. Contohnya, katakanlah kad kredit kita yang didaftarkan di PayPal dah expire, dan kita belum kemaskini maklumat kad kredit yang baru, maka PayPal akan caj kita kemudian.

    Tapi baru-baru ini saya dapat emel peringatan PayPal agar mengemaskini maklumat kad kredit yang akan expire tidak lama lagi. Tak pastilah jika kelebihan di atas masih applicable.

    • Najibah A Bakar says:

      Ada sisi menarik dalam servis PayPal ni, cuma macam biasa kita perlu ambil langkah berjaga-jaga dalam setiap transaksi wang melalui Internet. Apabila baca kisah-kisah orang yang terkena di PayPal, memang mengerikan – tetapi ketagihan buku ni memang satu yang nikmat dan tak sanggup berhenti :), sampai risiko guna PayPal pun sanggup dihadapi.

  3. salam ukhwah,

    kalau mencari buku2 agam-motivasi kerya penulis tempatan boleh beli secara online di http://www.stormreaders.net/pustakanuriman

    sokongan anda amat dihargai..terima kasih.

  4. lolliepop says:

    Assalamualaikum…

    dah lama teringin nak beli buku dari laman2 mcm bookdepository tu..tapi, tak larat nak menunggu buku tu sampai..selalunya berapa hari buku2 dari sana boleh sampai malaysia ya?

    • Najibah A Bakar says:

      Lolliepop, selalunya dalam dua minggu baru saya dapat buku-buku tu. Memang jenuh menunggu, tetapi bagi tajuk2 sukar dicari, memang berbaloi 🙂 – dari segi kewangan pula, buku-buku biasanya berbeza harga dalam kadar RM7-10 sebuah.

  5. lolliepop says:

    oh..2 minggu? boleh tahan..saya tertanya2, buku yang dibeli dari luar negara ni dikenakan cukai ke atau apa2 bayaran ke?

    • Najibah A Bakar says:

      Setakat saya membeli ni, belum ada apa2 lagi. Kalau beli dalam negara, saya rasa ada cukainya kan? Sebab itu harga lebih tinggi sikit.

  6. husni says:

    nak tanya : buku2 used dalam http://www.thriftbooks.com tu kalau pos ke malaysia , berapa hari akan sampai ? confirm x ada charge lain ?

    • Najibah says:

      Pengalaman saya, lebih kurang sekitar 14-21 hari bukunya telah sampai. Tak ada apa-apa caj lain. Baru-baru ni saya beli 2 buah buku dan selamat sampai. Yang kondisi buku dilabel sebagai ‘Good’ sudah cukup baik, cuma nampak agak lama.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Facebook Auto Publish Powered By : XYZScripts.com