Macam-macam ada

Inilah nombor panggilan di perpustakaan, bukan nombor panggilan telefon.

I

Di meja informasi, seorang pelajar baru mahu mencari sebuah buku dengan judul tertentu. Seperti biasa, pustakawan sedia menunjukkan cara menggunakan OPAC, atau Katalog Awam Dalam Talian.

Akhirnya, buku yang dikehendaki ditemui. Pustakawan menghulurkan kertas dan pen kepada pelajar.

Please jot down the call number.” (Tolong salin nombor panggilan) Ujar si pustakawan.

I’m sorry, you want my phone number?” (Minta maaf, awak mahu nombor telefon saya?), sambil tangan sudah menggagau dalam kocek seluar, mungkin mahu bertukar-tukar nombor?

No, no,” (Bukan, bukan), pustakawan memasang senyum di bibir, cuba menutup ketawa.

This is the call number of the book, so you can locate it on the shelf.” (Ini nombor panggilan buku, supaya mudah kamu cari di rak).

* * * * * * *

Grrrr, macam ini pun ada...

II

Perpustakaan baru sahaja mengendalikan Client Day atau Hari Pelanggan. Salah satu kuiz yang dianjurkan pembekal, menyediakan kamera sebagai hadiah utama.

Ada beberapa pelajar tak sempat menuntut hadiah pada petang penutup, lalu tugas penyerahan hadiah diamanahkan kepada pustakawan. Ada sebuah tetikus dan dua pouch belum terserah.

Pagi keesokannya, seorang pelajar datang menunjukkan mesej kemenangan yang diterimanya daripada pembekal, dan dinyatakan hadiahnya adalah sebuah kamera.

Pening, pening, kamera sudah pun dituntut jauh lebih awal. Ditilik-tilik muka pelajar pula, tiada tanda-tanda menipu – sebegitu lurusnya dia tanpa dolak-dalih dan gelisah. Pustakawan pula yang gelisah kerana risau perpustakaan dituduh menipu!

Siasatan dimulakan. SMS pembekal dijejak. Berbeza sama sekali dengan SMS yang diterima pelajar. Nombor telefon penghantar SMS kepada pelajar cuba dihubungi. Tiada jawapan, mungkin ditutup.

Ada perasaan mahu ‘menyerang’ sahaja pelajar itu, tetapi dia tetap tidak berganjak daripada cerita dan dakwaannya, dengan penuh rendah hati dan percaya diri.

Akhirnya, dia datang bersama temannya, ketawa-ketawa.

Sorry my friend is joking.” (Baca: Maaf, saya didajalkan kawan saya).

Let me punch him for you.” (Baca: Geram)

Aduhai! Yang begini pun ada juga…

Najibah Abu Bakar

Pemilik BukuRia, berlatar belakang bidang perpustakaan dan sains maklumat serta mempunyai sedikit pengalaman menulis di beberapa akhbar dan majalah tempatan.

You may also like...

8 Responses

  1. hilman says:

    Salam…

    Pendajalan yang berjaya…dari 5 bintang, saya beri 4.9…

    • Najibah A Bakar says:

      Salam Hilman, kalau selalu pelajar ‘duk buat hal-hal begini, nescaya masa kerja pustakawan pun turut terganggu. Sekali-sekala bolehlah, buat selingan 🙂

  2. zila mukhtar says:

    hurm..teruk2..

  3. zila mukhtar says:

    Kak,saya sorang pljar ting.6 aliran kemanusiaan dan cita2 nak jadi pustakawan.apa jurusan yg berkaitan dan layakkah saya memohon?

    • Najibah A Bakar says:

      Salam Zila, Zila boleh cuba cari maklumat mengenai kursus Sains Maklumat / Sains Perpustakaan di UiTM (ada diploma, ijazah, sarjana dan PhD). Selain itu, peringkat diploma & ijazah turut diadakan di UNISEL. Di USIM juga ada tetapi menjurus kajian manuskrip kalau tak salah saya. Di UM dan UIAM, hanya ada sarjana & PhD sahaja setakat ini.

  4. zila mukhtar says:

    terima kasih,kak.Maklumat akak bnyak membantu…

  5. MyHeart says:

    saya baru terjumpa blog ni hari ni 28.04.2011 – mendapati tiada entry baru – sayangnya mungkin sy terlewat tahu – blog ini sangat menarik –

  6. Najibah A Bakar says:

    MyHeart, terima kasih.

    Saya jarang update sekarang kerana sibuk dengan bayi baru.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Facebook Auto Publish Powered By : XYZScripts.com