Ganding Baca penutup 2010

tok janggut: pejuang atau penderhaka?

Tok Janggut – buku Ganding Baca Disember 2010

Program Ganding Baca di Goodreads Malaysia yang telah bermula sejak Julai lalu, kini sampai ke penghujung tahun 2010.

Walaupun sempat mengalami kemerosotan pada bulan tertentu, tetapi momentumnya kini kembali dapat dirasai, terutama dengan pencalonan bulan ini oleh pengarang tanahair, Nazmi Yaakub.

Buku pilihan bulan ini adalah buah tangan malim sarjana negara yang baru sahaja meninggalkan kita pada 28 Oktober 2010, Allahyarham Prof. Dato’ Nik Anuar Nik Mahmud.

Sebagai mengenang pemergiannya yang merupakan satu kehilangan besar negara, serta meraikan jasanya meninggalkan setasik ilmu untuk anak bangsa, para pengundi telah sepakat untuk sama-sama mendiskusikan bukunya Tok Janggut: Pejuang atau Penderhaka? pada Disember ini.

Pada mulanya memang agak sukar mencari buku yang kali pertama diterbitkan oleh Jabatan Sejarah UKM ini, tetapi syukur sekali kerana akhirnya anak Allahyarham Prof. Dato’ Nik Anuar telah tampil di forum GRMY dan menguruskan penjualan buku-buku arwah bapanya yang telah dicetak ulang kali kedua oleh Hazco Print.

Harga buku ini hanya RM20 sahaja beserta sedikit bayaran pos.

Sesiapa yang berminat untuk berganding baca buku ini sepanjang Disember ini, sangat dialu-alukan untuk menambah masukan-masukan berguna yang dapat memanfaatkan semua ahli.

Najibah Abu Bakar

Pemilik BukuRia, berlatar belakang bidang perpustakaan dan sains maklumat serta mempunyai sedikit pengalaman menulis di beberapa akhbar dan majalah tempatan.

You may also like...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

WP Facebook Auto Publish Powered By : XYZScripts.com