Soalan Diskusi Ganding Baca Julai 2010: Kimono Ungu Bersulam Bunga

kimono ungu bersulam bunga

Ganding Baca Julai 2010

*Telah ditambah dengan soalan Fisha pada 27 Julai 2010 dan soalan r.o.l. pada 19 Julai 2010.

Akhirnya, dengan rasa sangat gembira dari kampung halaman, saya dapat menaikkan soalan-soalan diskusi untuk buku Kimono Ungu Bersulam Bunga (Rebecca Ilham) sempena Ganding Baca Julai.

Semua soalan telah disediakan oleh para peserta yang bersemangat, iaitu Isma, Al Ghazali, Fisha, r.o.l., Haryati dan Najibah.

Dua soalan lagi adalah soalan istimewa daripada pengarang, Rebecca Ilham kepada pembaca.

Kemudian mohon tinggalkan pautan rakan-rakan di ruang komentar entri ini.  Satu senarai lengkap jawapan akan dinaikkan dengan lebih tersusun nanti berdasarkan pautan-pautan semua peserta. Terima kasih semua! 🙂 (sangat gembira, lalala)

  1. ISMA: Cerpen pertama,Langit Lazuardi secara kasarnya dibangun lebih dari 70% dengan ayat kontot atau pendek.Selalu dalam diskusi sastera yang saya dengari, ayat pendek-pendek adalah ayat pemberontak!?.Boleh jadi penulis sedang memberontak ketika itu.Ada sesiapa yang rasa begitu?Atau itu mungkin pengaruh ayat SMS?Ayat orang muda?
  2. ISMA: Apakah kita orang Melayu optimis terhadap keamanan di Asia Barat? Lebih besar lagi akan kewujudan Palestin merdeka bersama Israel berdaulat? Secara peribadi saya agak terganggu dengan watak Dhaliza, ia tidak menggambar sikapnya sebagai majoriti orang Melayu di Nusantara? Sedangkan,orang Melayu sejak kecil disemai sikap bermusuh dengan yahudi lebih dari orang Arab. Eh, saya lupa, Dhaliza kan seorang kolumnis di majalah antarabangsa(dalam hal ini saya terbayang Fareed Zakaria yang saya geram bila baca tulisan di Time dan saya difaham semua media besar dikuasai orang Yahudi). [DHALIZA, PEREMPUAN MELAYU PRO HAMAS dan DIBERI KOLUM DALAM MAJALAH ANTARABANGSA. Saya rasa ia tidak kena. Kalaulah ia benar(MEMANGLAH FIKSI) saya terganggu dengan watak Dhaliza.]
  3. Al GHAZALI: Boleh dikatakan hampir keseluruhan cerpen yang terkandung di dalam antologi KUBB ini mempunyai ciri-ciri yang sama – iaitu bersifat anti plot. Ada pro dan kontra menggunakan teknik penulisan seperti ini. Pada awal pembacaan, saya merasa teruja dengan kelainan yang ditawarkan. Apabila sudah hampir ke penghujung; memasuki Jus Soli Jus Sanguinis, keterujaan itu berkurangan kerana saya seakan-akan sudah dapat mengagak kesudahan cerpen. Cerpennya bagus, tapi malangnya tiada variasi. Pendapat anda semua bagaimana? Perlukah Becky meneruskan gaya penulisan seperti ini atau kita menantikan sesuatu yang berlainan? Maksudnya di sini mungkin sedikit twist pada pengakhiran cerita atau apa sahaja.
  4. AL GHAZALI: Isu seputar feminisme, alam sekitar dan Palestin mewarnai tema dalam cerpen. Dan ianya agak berulang-ulang. Bagaimana pula agaknya sekiranya Becky mengambil pendekatan wacana mengenai budaya tempatan pula? Lari daripada isu yang biasa diangkat Becky. Mampukah anda menerimanya?
  5. HARYATI: Kebanyakan watak utama dalam cerpen Rebecca adalah kaum hawa yang cerdik. Kenapa ya?
  6. HARYATI: Sejauh manakah elemen-elemen cinta berlawanan jenis perlu ada dalam sesuatu karya. Apakah sekiranya elemen ini ditiadakan, sesuatu karya itu akan kehilangan serinya?
  7. FISHA: KUBB menghimpun banyak rasa pengarangnya terhadap banyak perkara. Namun, rasa sedih, kecewa, kesal paling banyak mewarnai keseluruhan penceritaan. Kenapa tiada langsung catatan bernada lucu dan satira? Adakah pandangan mengenai disiplin politik dan sejarah harus sentiasa bernuansa begitu?
  8. FISHA: Kenapa sekian banyak peristiwa yang terakam dalam kebanyakan antologi KUBB, kimono (mungkin merujuk Jepun) menjadi tajuknya? Mengapa bukan kaffiyeh yang menjadi tanda, sedang pengarang banyak mengangkat citra Palestina?
  9. R.O.L.: Dalam mengangkat isu feminisme, perlukah kaum atau watak lelaki dijadikan antagonis supaya kekuatan watak wanita dapat diserlahkan?
  10. NAJIBAH: Seni kulit buku ini saya rasa lain dari yang lain. Anak saya bertanya, “Kenapa muka dia marah, Umi?” Suami saya kata, “Macam orang jate muko dio.” (merujuk kepada aura air mukanya). Sesuaikah ilustrasi kulit dengan citra dan nilai dalam koleksi cerpen ini?
  11. NAJIBAH: Kebanyakan cerpen Rebecca mengangkat latar luar negara. Malah ini boleh dikatakan menjadi kecenderungan para pengarang muda sekarang, termasuk sesetengah pengarang lebih berusia. Fenomena ini juga meluas dalam latar cerpen2 yang dicalonkan untuk HSKU 2009 baru-baru ini, ada latar Pakistan, Mesir, Jepun dan lain-lain. Apa pendapat anda mengenai perkara ini? Kita masih banyak isu tempatan untuk diangkat berdasarkan latar tempatan, kerana negara kita sedang bergelumang dengan 1001 masalah sosial, ekonomi dan politik, tetapi kenapa kecenderungan ini terjadi?

Dua soalan istimewa dari pengarang kita, REBECCA ILHAM:

  1. Apakah kekurangan dalam karya-karya pengarang yang membuatkan pembaca tidak berpuas hati (terutamanya tentang latar watak yang pengarang sendiri rasa vague, dan tidak beremosi)
  2. Keberkesanan penggunaan teknik anti-plot dalam karya dalam menyampaikan tema-tema yang diketengahkan.

Terima kasih semua atas usaha kalian, terutama sekali pengarang sendiri, Rebecca Ilham yang telah meluangkan masa untuk menyediakan soalan beliau juga.

Mudah-mudahan pembacaan kita akan lebih bermakna dan mendalam melalui perbincangan ini.

Ogos depan, buku pilihan kita kemungkinan besar adalah Lelaki Berkasut Merah oleh Bahruddin Bekri (ramai betul peminatnya, sudah 7 orang mengundi bukunya sahaja, saya yang tertinggal LRT  belum pernah baca karyanya).

Buku yang santai dan nipis, mungkin dapat dihabiskan lebih cepat untuk memberi keutamaan kepada ibadat lain yang lebih penting sempena bulan yang mulia.

🙂

Najibah Abu Bakar

Pemilik BukuRia, berlatar belakang bidang perpustakaan dan sains maklumat serta mempunyai sedikit pengalaman menulis di beberapa akhbar dan majalah tempatan.

You may also like...

5 Responses

  1. isma says:

    saya sudah jawab cepat-cepat di blog.

  2. isma says:

    ”Apakah kita orang Melayu optimis terhadap keamanan di Asia Barat? Lebih besar lagi akan kewujudan Palestin merdeka bersama Israel berdaulat?Secara peribadi saya agak terganggu dengan watak Dhaliza, ia tidak menggambar sikapnya sebagai majoriti orang Melayu di Nusantara?Sedangkan,orang Melayu sejak kecil disemai sikap bermusuh dengan yahudi lebih dari orang Arab.Eh, saya lupa, Dhaliza kan seorang kolumnis di majalah antarabangsa(dalam hal ini saya terbayang Fareed Zakaria yang saya geram bila baca tulisan di Time dan saya difaham semua media besar dikuasai orang Yahudi).”

    Untuk elak kekeliruan, saya ingin membetul semula soalan di atas. Soalan yang betu bernaksud beginil;

    DHALIZA, PEREMPUAN MELAYU PRO HAMAS dan DIBERI KOLUM DALAM MAJALAH ANTARABANGSA.Saya rasa ia tidak kena.Kalaulah ia benar(MEMANGLAH FIKSI) saya terganggu dengan watak Dhaliza.

  3. Separuh sudah dijawab. Separuh lagi coming soon.

    (Nasib baik sikit. Sikit pun jenuh juga nak menjawabnya. Hehehe)

    • Najibah A Bakar says:

      @Al Ghazali, itulah, Kak Ji pun agak terkejar-kejar dengan masa. Mungkin bila sudah makin ramai peserta, kita beri peluang pilih 5-7 soalan, bergantung pada kesempatan masa masing-masing.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Facebook Auto Publish Powered By : XYZScripts.com