Mungkin ada benarnya

arwana - pulau perhentian

Abah
mungkin ada benarnya
mencintai bukit, hutan, dan sungai
lebih manis bermakna
daripada mencintai laut, pulau, dan ombak
kalau begini kisah kita?

Rintih sedampar pasir putih
tangisnya di pesisir samudera:
Tempat dahulu Tok Ayah mengumpul kelapa
dan mengimpi bertanam cengkih
semua sudah diperkosa

Abah
Kenapa tak boleh ada
pantai putih milik kita
mendeburkan ombak budaya kita
berlautkan jernih maruah
berlangitkan hakikat cinta?

Hati aku basah, Abah
dan aku merinduimu
bukit, hutan dan sungai yang kausuka
hari ini membebat luka di jantungku
yang pernah mendetak cinta
kepada laut, pulau, dan ombak.

Gombak, 5 Julai 2010

———————————————————————-

komen pak cik kob

Najibah Abu Bakar

Pemilik BukuRia, berlatar belakang bidang perpustakaan dan sains maklumat serta mempunyai sedikit pengalaman menulis di beberapa akhbar dan majalah tempatan.

You may also like...

10 Responses

  1. Khairul H. says:

    Biarkan tsunami, tanah runtuh, banjir. Biarkan. Bila kena bencana alam, baru le kelam kabut nak jaga alam sekitar. Tapi sekejap je le. Bila dah aman, lupa semua tu. Tanah kosong kena develop. Hotel, chalet, resort.

    • Najibah A Bakar says:

      @ Khairul, parut yang lebih dalam daripada parut pada alam, adalah parut yang ditinggalkan pada jiwa2 generasi muda 🙁

  2. Khairul H. says:

    Oh, parut jiwa….itu dah lama dah. Bukan fenomena baru. Sebelum zaman kita lagi jiwa muda di Malaysia ni dah berparut.

    • Najibah A Bakar says:

      Yang paling perit, bila satu masa kita pernah melihat orang2 terdekat yang bersih mulus, tiba2 luka & berparut, namun kita tak mampu membalut dengan apa2 lagi.

  3. salam…

    ahhhh cik khairul dah mula berkata-kata dalam bahasa puitis tentang sajak dan puisi. satu perkembangan yg cukup menarik… 😉

  4. gdiz says:

    rindu suasana mcm tu.
    kat kl ni nak cari tempat mcm tuh kena bayar. Kat kg..segala-galanya percuma.

    • Najibah A Bakar says:

      Lily, malangnya tempat dalam foto di atas tu, masih berbayar – tapi ada jugalah beberapa spot yang tak perlu berbayar di sekitarnya.

  5. Khairul H. says:

    Saya rasa nak minta bayaran untuk suatu tempat perkelahan/peranginan adalah wajar di zaman sekarang. Orang ramai akan pikir dua kali sebelum nak masuk. Kalau sanggup bayar dan lepas tu dia kotorkan tempat tu, takpe le…dia dah keluarkan duit dia. Ni tak, dah le free, buat tempat tu macam tanah nenek dia punya. Lampin bayi, tisu, kulit durian, semua campak bawak pokok. Cuba buat kat rumah dia camtu…mau dia tak naik angin.

    Cewah, berceramah le pulak saya.

    • Najibah A Bakar says:

      Sikap payah nak diubah… agaknya bila bumi dah tenggelam dengan sampah macam cerita kartun Astroboy dan Wall-E tu pun, sikap manusia masih tetap serupa.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Facebook Auto Publish Powered By : XYZScripts.com