Antara kualiti & kuantiti

coins_in_hand

Mahu duit banyak atau sedikit?

Kalau duit, kita mahu BANYAK sangat! Biar berjuta-juta dalam bank, kerana kita mahu jadi millionaire, jadi jutawan. Kita tidak mahu sedikit. Kita mahu ada lebih dari sebuah kereta, lebih dari sebuah rumah, kita mahu bonus. Dan kita mahu rumah yang besar, berlokasi strategik, jiran-jiran yang baik. Kita mahu melabur dalam pelaburan yang menguntungkan, yang diyakini pulangannya. Kita mahu kuantiti dan kualiti sekaligus. Kita sanggup bekerja siang malam demi mencapainya.

Tetapi sampai kepada membaca, menggali ilmu dari buku-buku? Kita akan lebih mudah, malah terlalu mudah berkata, “Ah, banyak-banyak baca buat apa, yang penting kualiti buku yang dibaca, bukan kuantitinya.”

Kita ada dua standard. Satu untuk ilmu, satu lagi untuk harta.

Najibah Abu Bakar

Pemilik BukuRia, berlatar belakang bidang perpustakaan dan sains maklumat serta mempunyai sedikit pengalaman menulis di beberapa akhbar dan majalah tempatan.

You may also like...

8 Responses

  1. isma says:

    Kelmarin di sebuah kedai buku,seorang kakak menarik adiknya keluar dengan berkata,” Mari keluar, beli buku buat habis pitis!”

    Saya rasa mahu belanja budak itu beli buku tapi masalahnya rasa malu pulak lebih tebal dari duit dalam poket.

  2. Khairul H. says:

    Saya sering dengar apa yg Isma dengar di kedai buku tu. Dari semua bangsa: Melayu, India, Cina. Mengapa ya? Apa ada dalam ‘psyche’ org Malaysia ni yg membuat kita phobia buku?

    • Najibah A Bakar says:

      @Khairul, yang ini mungkin kena buat satu kaji selidik khas.

      @Aidura, kadang-kadang tak tahu nak jawab apa, saya jawab sebab saya nak buat PhD 🙂 – memang ada niat, tapi bukanlah membaca semata-mata sebab PhD tu pun. Dah habis idea mahu jawab.

  3. Pernyataan yg sgt benar!

    Malah saya pernah ditanya oleh salah seorang staff saya, “Hari-hari dok beli buku, duit tak abih ke, puan?”

    erkkkk…

    Saya kaget dan terpana dgn tanggapan sepertinya. Tanggapan bahawa membeli buku akan hanya menghabiskan duit yang ada!

    Sempitnya ideologi dan pemikiran depa. huhuhu. :O

  4. pendapat saya, rakyat malaysia semakkin minat membaca.lihat sahaja bagaimana sesaknya pwtc semasa KLBF dijalankan.kualiti dan kuantiti buku perlu seiring kerana ilmu itu tidak pernah habis…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Facebook Auto Publish Powered By : XYZScripts.com