Suka buku + suka fotografi?

naturalist collection

Set yang cantik untuk perpustakaan. Tergiur!

Kalau ya, ada hadiah menarik untuk dimenangi di Book Depository, sempena “Nature Competition” yang berlangsung sepanjang Jun. Peraduan ini terbuka kepada semua termasuk untuk peserta antarabangsa.

Syarat peraduannya sangat mudah; hantarkan foto anda membaca berlatar belakang alam. Bagi orang Khatulistiwa, tentunya tiada masalah untuk cari latar menarik. Kita ada hutan, air terjun, pantai, bukit-bukau. Tinggal lagi, mencanai kreativiti atau daya cipta!

Setahu saya, ramai teman dan kenalan buku di luar sana yang juga penggemar fotografi, sebab itu saya sebar-sebarkan mengenai ini di BukuRia. Mungkin ada yang berminat untuk mencuba.

Bagaimanapun mengenai hadiahnya (bagi yang Muslim), saya tak dapat pastikan kalau isi buku ini ada yang mendokong pandangan Darwin.

Selamat mencuba!

Najibah Abu Bakar

Pemilik BukuRia, berlatar belakang bidang perpustakaan dan sains maklumat serta mempunyai sedikit pengalaman menulis di beberapa akhbar dan majalah tempatan.

You may also like...

6 Responses

  1. Jie,

    thanks for the info. 😉

  2. Nana says:

    Salam.
    Najibah, kadangkala orang yg minat fotografi kurang minat gambarnya diambil – contohnya macam saya sendirilah ;-p. Walau bagaimanapun, terima kasih atas makluman ini.
    Oh ya, pada 26 Jun nanti ada acara membaca beramai-ramai di Taman Tasik Shah Alam. Molek juga buat mereka yang minat fotografi+membaca tumpang sekaki. Nanti saya muatnaik poster acaranya ke GR Malaysia, insya Allah.

    • Najibah A Bakar says:

      Nana, nanti pandai foto tu tak senang buat kerja – asyik nak masuk bingkai saja. Insya-Allah kalau suami izin teringin nak pergi acara tasik tu. Jangan lupa muat naik di GRMY 😉

  3. @Nana,

    Betul,betul,betul… [sambil angguk2 tanda setuju 100%] 😀

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

WP Facebook Auto Publish Powered By : XYZScripts.com