Mimpi kami; 2010 buku sempena 2010

mimpi buku 2010

2010 untuk 2010. Mampukah?

Kami adalah sekumpulan pembaca yang bergabung di Goodreads Malaysia untuk bicara santai seputar hal buku. Di situ kami wujudkan program 50 Buku Setahun, sebagai galakan kepada diri sendiri dan rakan-rakan untuk membaca sebanyak rakyat negara dunia pertama!

Bunyinya menakutkan; 50 Buku Setahun. Tetapi hakikatnya, tiada tekanan untuk menghabiskan 50 buah buku, kerana yang lebih penting siapa yang sudah sampai garis penamat akan dirai, dan yang belum sampai akan disuntik motivasi lagi dan lagi. Andainya belum mampu juga tahun ini, tahun depan azam itu tidak pernah terlambat untuk dikobarkan kembali.

Maka bermulalah cerita mimpi kami tahun 2010; kami sangat mahu membaca 2010 buku secara kumulatif beramai-ramai (idea salah seorang dari kami, Najmudin). Sehingga Mei ini hanya 28 orang mengambil bahagian (dariĀ  jumlah 348 ahli, betul memang agak kecewa) dengan jumlah kumulatif yang sudah dibaca baru 640. Ini bermakna 28 peserta perlu membaca paling kurang 72 buku seorang untuk mencapai sasaran. Seperti mustahil.

Jadi kami fikir salah satu cara mencapai mimpi ini, adalah dengan merekrut pembaca tegar di luar sana yang belum mendengar mengenai 50 Buku Setahun, tetapi bersedia untuk sama-sama menjadikan mimpi ini satu kenyataan.

Anda bukan sahaja dapat menambah kenalan buku dari pelbagai latar belakang (termasuk penulis, blogger, surirumah, usahawan, pelajar, jurutera, pencinta basikal, peminat rempit, pemelihara arnab, penyimpan koleksi katak serta ramai lagi), tetapi juga dapat berdiskusi pelbagai isu mengenai buku dan membaca. Sekali-sekala ada buku percuma yang akan menjadi koleksi terbaru anda.

Kalau anda rasakan andalah orang yang tepat, maka kami sangat mengalu-alukan kehadiran anda di Goodreads Malaysia.

Enter Your Mail Address


10 thoughts on “Mimpi kami; 2010 buku sempena 2010

  1. Haiyah! Sekarang juga kena tutup blog, FB & GR – nak kejar 72 buah ni. Fuh fuh fuh.

  2. najibah, insya-Allah, saya akan warwarkan usaha ini dalam berita harian.
    saya akan ambil entry ini sebagai kenyataan najibah.
    boleh saya letakkan najibah sebagai pengendali kumpulan 50 Buku Setahun di Goodreads Malaysia?

  3. Nazmi, boleh jadi wartawan rakyat ni :)

    Apapun terima kasih dari kami di Goodreads Malaysia, terutamanya ahli-ahli yang dah bertungkus-lumus membaca dengan bersemangat dan menghidupkan kumpulan kecil di sana.

  4. Pingback: 2010 dan lain-lain pautan || Kecek-kecek Tok Mudin 3.0

  5. Aidura, hadiah yang memang patut beli untuk diri sendiri ;) – kalau saya rasanya tak sempat nak commit belajar fotografi buat masa ni, sebab nak tumpu pada books-on-books dan history of books dulu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>