Ganding Baca @ GRMY

 

[Entri ini adalah ‘sticky’ – untuk entri terbaru, sila skrol ke bawah. Terima kasih.]

Mulai bulan Ogos, program Ganding Baca @ BukuRia, telah dipindahkan sebagai program rasmi Goodreads Malaysia, dengan nama Ganding Baca @ GRMY. Bagaimana untuk menyertainya? Mudah sahaja, daftarkan diri di Goodreads dan temui kami di Goodreads Malaysia.

FAQ Ganding Baca boleh dibaca di sini.

Lelaki Berkasut Merah

Buku pilihan Ogos 2010 yang dipilih oleh 8 orang! Mohon lapor diri ya, kawan-kawan yang mengundi ๐Ÿ™‚ – Mari kita membaca buku ini.

Buku Pilihan Ogos

Judul: Lelaki Berkasut Merah (Bahruddin Bekri)

Penerbit: PTS Litera

Mahu dapatkan?: PTS Portal, Bookcafe dan kedai-kedai buku utama lain.

Najibah Abu Bakar

Pemilik BukuRia, berlatar belakang bidang perpustakaan dan sains maklumat serta mempunyai sedikit pengalaman menulis di beberapa akhbar dan majalah tempatan.

You may also like...

36 Responses

  1. Salam.

    @Najibah, sayangnya saya tak memiliki buku ni.

  2. Najibah A Bakar says:

    Aidura, tak apa. Untuk Ogos nanti InsyaAllah saya naikkan undian ๐Ÿ˜‰
    Tapi semua buku terbaru – yang masih panas dari kilang cetak.
    Tujuan saya mahu bantu jualanย buku-buku baruย sebenarnya.

  3. al-Kurauwi says:

    Puan BukuRia,
    Usaha yang sangat bagus. Moga diberkati Tuhan hendaknya.

    • Najibah A Bakar says:

      Ustaz Azman, terima kasih. Ini usaha kali ke-3, mudah-mudahan kali ini ada barakahnya ๐Ÿ™‚

  4. Menarik!

    Kebetulan saya baru sahaja beli Kimono Ungu. Wah, tak sabar mahu menunggu komentar daripada orang lain.

    p/s: Boleh atau tidak saya menyibuk?

    ๐Ÿ˜‰

    • Najibah A Bakar says:

      @ Al-Ghazali, jangan sekali-kali anggap menyibuk, kalau ada yang nak ikut, memang mahu berganding baca seramai-ramai yang boleh – biar jadi gelombang ๐Ÿ˜‰

      Setakat ni, dah ada 2 orang berminat + Al-Ghazali, saya = 4.

  5. Terima kasih atas sokongan Kak Ji dan kawan-kawan ๐Ÿ™‚

  6. alamak. tade buku yg lagi jiwang ke yg boleh dibaca bersama?
    baru happenin nanti group discussion ๐Ÿ˜›

    • Najibah A Bakar says:

      Yang Sdr kelaskan jiwang2 itu, bagi peluang kelab pembaca lain pula. Saya cukup dengan buku2 sebegini dulu buat masa ni.

  7. Nazmi says:

    najibah,
    harap bila sudah pasti buku utk projek ganding baca bg bulan ogos, dapatkan hantarkan maklumat kpd saya – insya-Allah boleh disiarkan di berita harian.

    utk projek bulan julai, insya-Allah saya akan cuba siarkan minggu depan.

  8. Nazmi says:

    ops.. saya fikirkan ganding baca itu projek goodreads malaysia. minta maaf, rupa2nya projek di blog ini ๐Ÿ™‚

    • Najibah A Bakar says:

      Sdr. Nazmi, tak apa – tapi untuk sementara saya rasa projek ni belum sesuai untuk diuarkan di media massa. Masih peringkat beta lagi, dengan sejarah gagal 2 kali ๐Ÿ™‚

      Kalau boleh mahu pindahkan projek ini ke GRMY, tapi sebab pernah gagal di sana, jadi untuk sementara saya alihkan ke sini.

  9. salam,
    Bila agaknya bermula membuat soalan-soalan untuk program membaca untuk bulan Ogos kak? Mahu bersiap-sedia :). Buku sudah pun dibeli. Nampaknya macam buku Bahruddin Bekri yang akan kita bergandingan membaca nanti. Bulan julai tidak dapat sertai sebab jadual Julai sudah penuh. Moga bulan Ogos dapatlah pula menyertainya.

    • Najibah A Bakar says:

      Salam juga, Welma. Wah, bersemangatnya. Bagus, bagus ๐Ÿ™‚

      InsyaAllah, soalan Ogos sepanjang 1-20 Ogos sudah boleh hantar untuk dikumpulkan. Setakat ni Akak hadkan 2 soalan saja untuk setiap peserta.

      21 Ogos InsyaAllah akan dinaikkan soalan2 terkumpul di blog ni, kemudian kita jawab di blog masing-masing. Akhir sekali nanti pautan akan dipaut ke blog semua peserta.

  10. welma laanda says:

    OK. Akak, boleh tidak kita selesaikan pengumpulan soalan pada 15hb untuk bulan Ogos ini dan mula menjawab pada 16hb. Jikalau tarikh bermula 21 Ogos, saya risau tidak sempat saya mengikutinya sebab saya dijangka akan bertolak menunaikan umrah pada 20 Ogos dan kembali ke malaysia pada 3 September.

    • Najibah A Bakar says:

      Welma, InsyaAllah, boleh ๐Ÿ™‚ – akan dicepatkan untuk bulan Ogos. Lagipun peserta kita tak seramai mana, rasanya tak akan banyak konflik dengan jadual sesiapa. Kalau ada yang nak menghantar soalan agak lambat / menjawab agak lambat, masih tak ada masalah.

  11. Salam.

    Kak Jie, saya banyak sungguh buku belum bersentuh namun kalau ada buku dalam ini yang saya ‘terbeli’ saya akan turut serta. Insya Allah.

    • Najibah A Bakar says:

      Faizah, OK-OK saja ๐Ÿ˜‰ – kalau Faizah nak cadangkan buku untuk bulan September pun boleh juga. Tapi syaratnya buku pengarang Malaysia yang terbit 2010.

  12. Saya melapor diri Kak Ji untuk ganding baca bulan ogos ๐Ÿ˜‰

    • Najibah A Bakar says:

      @Welma, InsyaAllah minggu ini baru Akak mahu cari buku ni ๐Ÿ™‚ (kemudian mahu baca cepat sebelum Ramadhan tiba ๐Ÿ˜‰ )

  13. Ya. InsyaAllah saya akan memberi soalan sebelum bertolak. Saya bertolak 17 Ogos dan dijangka balik insyaAllah 27 Ogos. Sempat memeriahkan Ganding Baca bulan Ogos InsyaAllah.

    • Najibah A Bakar says:

      @Welma, selamat pergi dan kembali ya. Bahagianya dapat melawat Rasulullah s.a.w. ๐Ÿ™‚ (terima kasih banyak atas sokongan)

  14. gdiz says:

    salam najibah.

    Semalam ke Popular. Sy dah belek-belek & baca skit buku ni. Macam menarik.Tapi tak terbeli pulak. Kalau tak mungkin saya bole join. ๐Ÿ˜‰

  15. Saya lapor diri mahu turut serta! ๐Ÿ˜‰

  16. Najibah A Bakar says:

    @Gdiz, saya pun belum beli lagi sebenarnya. InsyaAllah minggu ni baru nak singgah di gedung PTS di Batu Caves. Nak beli dalam talian, kos pos di Portal PTS dan Book Cafe bukan main tingginya, mungkin desakan naik harga setem.

  17. isma says:

    Isma,
    insya-allah akan beli novel kasut merah.

    (SAYA CADANG BULAN AKAN DATANG BULAN NOVEL(SASTERA) KANAK-KANAK . HANYA NOVEL KANAK-KANAK ATAU AWAL REMAJA SAHAJA DICALONKAN.KAN KITA PERNAH JADI KANAK-KANAK. SAYA USUL SAHAJA. SAYA TERTANYA-TANYA MENGAPA TIDAK ADA NOVEL KANAK-KANAK YANG ”MELETUP” DI MALAYSIA. MALU BILA ORANG THAILAND TANYA SAYA.MENGAPA?)

  18. Ya! Sokong cadangan membaca buku kanak-kanak. Saya pun suka. Buku Totochan bolehkan?????*_*

  19. isma says:

    saya baru lepas baca totochan minggu lepas, cetakan 1984,menarik, budaya berfikir jepun betul hebat! tapi novel itu sudah lama dicetakkan.Welma,Ada cetakan baru tahun 2010 kah?

    • Najibah A Bakar says:

      @Isma & Welma, Kak Ji minta maaf sebab atas persetujuan rakan-rakan di Goodreads Malaysia, program Ganding Baca ini dirasa lebih wajar dipindahkan ke sana, mulai Ogos ini. Jadi pengundian akan datang, serta soalan diskusi, akan dilaksanakan melalui GRMY. Welma saya tahu mungkin tak ada masalah. Bagaimana Isma, kalau tak sempat masuk ke GRMY, mungkin boleh tinggalkan sahaja undian dan soalan diskusi di sini. Tapi untuk jadi pencalon buku bagi bulan September, Isma harus juga jenguk ke sana.

      Selain memang niat asal Kak Ji untuk memasukkan semula program Ganding Baca ni ke sana, GRMY juga boleh berkembang lebih baik, InsyaAllah, kerana En. Nazmi Yaakub dari Berita Harian akan membantu dari sudut promosi di akhbar.

      Maaf kalau telah menyulitkan.

  20. isma says:

    Tidak mengapa(terasa air liur tersekat di tengkok bila membacanya). ๐Ÿ™‚

  21. Saudara Isma,
    Totto-Chan yang saya miliki ialah Asian Edition terbitan 1999. ๐Ÿ™‚

  22. r.o.l. says:

    Kak, saya cadangkan undian dibuat dua bulan lebih awal supaya adalebih masa untuk mendapatkan dan membaca buku yang terpilih.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

WP Facebook Auto Publish Powered By : XYZScripts.com