Ahad dua bahagia

Ahad lepas adalah Ahad dengan dua bahagia.

#1, buku yang dititip oleh teman seberang kini diam di rak peribadi. Terima kasih Amang, Mia dan Halim LCCT.

3bukuindo

satu Islam, satu Melayu, satu politik – katanya

#2, Alhamdulillah tak memadai. Waktu cinta itu menguntumkan derita, tetap ada buah manisnya. Terima kasih Sifu Azmah, Bonda Zaharah dan Dr. Mawar.

hsku

16. Sehampar Ambal Tabriz (dipilih ke akhir).

——————————————————————–

komen FB

Najibah Abu Bakar

Pemilik BukuRia, berlatar belakang bidang perpustakaan dan sains maklumat serta mempunyai sedikit pengalaman menulis di beberapa akhbar dan majalah tempatan.

You may also like...

8 Responses

  1. Shah says:

    Saya tertarik dengan buku di tengah-tengah itu. 🙂

    Tahniah, kak Najibah kerana cerpennya tergolong dalam senarai akhir HSKU 2009..

    • Najibah A Bakar says:

      Shah, terima kasih. Tahniah juga puisi menang GLKN hari tu 🙂

      PS: Kalau tertarik, kena cepat2 masuk meminang.

  2. Tengah mengidam buku terbaru Andrea Hirata. 😛

    Tahniah Najibah kerana cerpen anda terpilih ke peringkat akhir. Teruskan berkarya.

    • Najibah A Bakar says:

      Tulah, Aidura. Mudah-mudahan cepat sampai ke sini – ramai orang tengah mengidam ni.
      Terima kasih atas ucapan. Cuma sekarang ni otak & jiwa berkarya tengah beku – tolong doa biar cair semula 🙂

  3. Linakama says:

    salam najibah,

    tersedar ada link dari blog ni ke blog saya. oh rupanya kawan goodread yang belum bertegur sapa. 🙂

    saya sebenarnya selalu ikut discussion dalam goodread malaysia tapi baca saja, belum ter joint nak berbincang. selalu terbaca nama najibah ber gerak gempur bincang tentang buku. terkesima!

    saya tergerak menegur ni kerana gambar buku baru andrea hirata ni, yang tak mapu langsung saya tolak. takut termimpi2. macam mana cara saya nak dapatkan buku ni ye? yang ini comfirm dalam bahasa Indonesia kan? ada tak PTS plan nak bawa buku ni ke Malaysia?

    sorry tanya lebih2. saya tak tau nak tanya sapa sebenarnya. harap dapat menjawab semampu yang mungkin 🙂

    salam kenal salam baca 🙂

    • Najibah A Bakar says:

      Salam juga Linakama,

      Suka dengan blog Lina sebenarnya – cara mengupas kisah tu, menarik.

      Joinlah sekali diskusi GRMy kita tu, biar lagi meriah. Tak ada apa nak dikesimakan pun saya rasa – malah saya pun agak segan sebenarnya sebab tahu ramai lagi yang lebih hebat dan berilmu di GRMy tu, misalnya Jiwarasa, Khairusy Syakirin, Thamrong, Hamizao dan lain-lain. Tapi memikirkan kalau kita tak sama-sama cuba hidupkan ruang tu, satu kerugian sebenarnya.

      Buku terbaru Andrea tu, saya cuba juga usul-usul dari PTS Litera, tapi belum ada apa-apa maklum balas lagi dari semalam. Yang saya punya ni, tulen Indonesia. Dwilogi kalau tak salah (2 dalam 1), Cinta di dalam Gelas dengan Padang Bulan. Saya pun belum belek betul-betul. Dah habis baca Tetralogi Laskar Pelangi ke? Saya belum baca lagi Laskar Pelangi dengan Maryamah Karpov. Dah ada dalam koleksi, tapi belum baca.

      Apapun, salam kenal juga. Gembira dapat bertegur sapa di sini 🙂

  4. Linakama says:

    owh. rasanya saya kena bersabar menunggu versi bahasa malaysia untuk cinta dalam gelas dan padang bulan. sangat sukar saya habiskan buku pramoedya yang saya ada bila ianya dalam bahas indonesia tulen. pelik kan, susah faham, padahal satu rumpun. huhu

    kesemua buku dalam tetralogi laskar pelangi sudah dikhatamkan. siap boleh ulang2 lagi part2 yang saya suka. saya sangat terpengaruh dengan tulisan andrea. hehe

    nanti2 saya akan joint discussion dalam GRMy.

    salam ceria 😉

    • Najibah A Bakar says:

      Buku Pramoedya rasanya masih boleh hadam lagi – saya fikir B. Indonesia zaman Pramoedya tak terlalu jauh berbeza dengan Bahasa Melayu kita? Berbanding perkembangan BM dan B. Indo sekarang yang makin mencapah ke dua arah yang makin menjauh.

      Dan buku Andrea pula, sebab dia orang Belitong, dari kelompok orang Melayu, saya anggap bahasanya ada banyak persamaan dengan BM kita berbanding bahasa Pramoedya orang Blora (Jawa).

      Tapi kedua-duanya lebih pada persepsi (atau teori pandai-pandai sendiri) saya sebenarnya 😉

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

WP Facebook Auto Publish Powered By : XYZScripts.com