Pustakawan sejati

perpustakaan tua

Pustakawan – perlu kaya ilmu!

Sekadar renungan, kerana saya dalam pencarian syarat-syarat yang wajar dipenuhi, untuk seorang pustakawan bergelar pustakawan sejati.

  1. Penuh sedar bahawa tanggungjawab utamanya adalah sebagai pemudah cara, pemandu orang ramai meneroka ‘hutan’ maklumat, ‘memimpin’ agar manusia tidak tersesat di dalam ‘hutan’ itu, yang akibatnya adalah kehilangan masa yang sangat berharga, atau mencapai keputusan yang tidak tepat.
  2. Atas kesedarannya itu, seorang pustakawan harus sentiasa peka, sentiasa berusaha, demi  memahami jutaan ‘kerenah’ setiap ‘pohon’ di hutan maklumat. Setiap hari dia wajib mendekatkan diri dengan khazanah ilmu, memperhatikan keperluan maklumat bangsa yang paling terkini dan mendesak mengikut zaman yang sedang dilalui.
  3. Atas kewajipannya mendekatkan diri dengan ilmu, dia bukan hanya harus menjadi pengumpul, tetapi menjadi pembaca dan penilai maklumat, agar apabila seorang pencari ilmu datang kepadanya mencari bahan, dia mampu memberi saranan penyelesaian sekiranya bahan yang dicari tidak ada dalam koleksi jagaannya. Dia juga harus menjadi pemerhati zaman, bukan iseng-iseng melalui waktu tanpa peduli.
  4. Atas keperluannya menjadi pembaca, penilai maklumat dan pemerhati zaman, dia tidak boleh menjadi orang yang hidup terpisah daripada masyarakat. Dia perlu menjadi pembina persahabatan yang mesra dengan kelompok ilmuwan, supaya dia lebih faham dan berpengetahuan mengenai ‘hutan’ ilmu yang diuruskannya, serta zaman  yang sedang dihadapinya.
  5. Hanya apabila dia dapat membantu menjernihkan kekalutan pencari ilmu di ‘hutan’ yang sudah berusia ribuan tahun itu (atau jutaan?), barulah dia berasa wajar meraikan kegembiraan paling besar, melebihi kegembiraan para pencari itu sendiri!

Najibah Abu Bakar

Pemilik BukuRia, berlatar belakang bidang perpustakaan dan sains maklumat serta mempunyai sedikit pengalaman menulis di beberapa akhbar dan majalah tempatan.

You may also like...

3 Responses

  1. wnorhaslina says:

    Salah satu cita-cita saya dahulu adalah bekerja di perpustakaan. Untuk hampir dengan buku-buku . 🙂
    Saya pernah melihat seorang pustakawan menjerit kepada sekumpulan keluarga ( kakak , abang dan adik) yang bermain saidina ke apa tah papan mainan di situ. Mereka tak perasan ada tanda mainan hanya untuk 12 tahun ke bawah. Abang tersebut  dalam lingkungan 20 an umurnya. Apa salahnya pustakawan itu datang dan tegur secara baik-baik. Mereka bukannya haiwan. Abang tersebut menyuruh adik-adiknya menunggu di luar. Dia bercakap sesuatu dengan pustakawan tersebut. Pustakawan yang terlebih sopan itu mintak maaf. Si abang tidak lagi  menjejak kaki ke perpustakaan itu. Kejadian ini berlaku di sebuah perpustakaan negeri. Depan mata saya , abang itu abang saya.

    • Najibah A Bakar says:

      Wan, to err is human, to forgive divine 😉
      Dalam mana-mana profesi awam tak dapat lari dari ‘nila setitik’ seperti ini (di Malaysia?); mudah-mudahan ada perbaikan dari semasa ke semasa.

      Nana, lama sungguh tak jumpa – banyak nak bertanya dan bercerita sebenarnya. Mahu ke PPS, tapi masih risau untuk bawa anak ke tempat awam gara-gara H1N1 (Ummi yang selalu terlebih risau :D). U-Library? Dengar saja sudah rasa bersalah sebab tak sempat nak jadi tester dulu.

  2. Nana says:

    Salam.

    Gembira saya melihat Bukuria bersinar kembali, walaupun tidak semeriah dulu. Cerita tentang pustakawan, saya ada sesuatu untuk dikongsi, tapi bukan di sini. Lebih seronok bila kita cerita panjang jumpa bersemuka nanti, insya Allah. Saya pun amat teruja nak kongsikan dengan Najibah pengalaman sepanjang penglibatan dalam projek Ubiquitous Library.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

WP Facebook Auto Publish Powered By : XYZScripts.com