Ljubljana, Ibu Kota Buku 2010

ljubljana

Ljubljana – dari mata Marko Modic (1958- ), jurufoto dan artis persembahan kelahiran kota Eropah itu

Hari Buku Sedunia diraikan setiap tahun pada 23 April.

Bermula pada tahun 2001, sebuah bandar dipilih oleh UNESCO, IPA, IBF dan IFLA sebagai Ibu Kota Buku Sedunia; dimulai dengan Madrid (2001), Alexandria (2002), New Delhi (2003), Antwerp (2004), Montreal (2005), Turin (2006), Bogotá (2007), Amsterdam (2008) dan Beirut (2009).

Ibu Kota Buku Sedunia 2010 adalah Ljubljana di Slovenia, menewaskan calon-calon kota lain seperti Vienna, Lisbon, St. Petersburg, Riga, Guadalajara dan Wellington. Ibu Kota Buku Sedunia 2011 pula ialah Buenos Aires (Argentina). Manakala pencalonan untuk Ibu Kota Buku Sedunia 2012 telah tamat pada 31 Mac 2010 mengikut waktu Perancis.

Syarat-syarat yang perlu dipenuhi oleh sesebuah bandar untuk dinobatkan sebagai Ibu Kota Buku Sedunia adalah:

  1. Penyerahan senarai program termasuk aktiviti yang akan diadakan oleh bandar tersebut sepanjang setahun penobatannya sebagai Ibu Kota Buku Sedunia; aktiviti-aktiviti tersebut haruslah istimewa dan hanya khusus diadakan untuk mendapatkan penobatan serta bukan aktiviti tahunan yang biasa;
  2. Penglibatan semua tahap pada peringkat perbandaran, wilayah, nasional dan antarabangsa serta ukuran sejauh mana potensi aktiviti yang diadakan boleh memberi impak meluas;
  3. Jumlah dan mutu jalinan kerjasama yang sedang berjalan di bandar tersebut dengan pihak profesional nasional dan antarabangsa yang mewakili penulis, penerbit, penjual buku dan pustakawan.
  4. Jumlah dan mutu pelbagai aktiviti lain yang mempromosikan buku dan budaya membaca.
  5. Memenuhi prinsip kebebasan ekspresi, kebebasan menerbit dan kebebasan menyebar maklumat seperti yang digariskan Perlembagaan UNESCO, Artikel 19 dan 27 Deklarasi Sejagat Hak Asasi Manusia dan Perjanjian Florence.

    Kutubkhanah Nasional dan Universiti di tengah Ljubljana – bangunan bersejarah karya arkitek Jože Plecnik (foto oleh Oliver-Bonjoch)

——————————————————————————————————

Pada firasat saya, kota Malaysia kemungkinan besar tak akan pernah menyandang kehormatan ini; dalam keadaan kita hari ini, dalam waktu terdekat ini. Masih banyak yang harus ditinggalkan, lebih banyak pula yang harus dibudayakan.

Najibah Abu Bakar

Pemilik BukuRia, berlatar belakang bidang perpustakaan dan sains maklumat serta mempunyai sedikit pengalaman menulis di beberapa akhbar dan majalah tempatan.

You may also like...

3 Responses

  1. gdiz says:

    salam. Thanks for the info.
    Malaysia masih jauh ketinggalan.

  2. Khairul H. says:

    Saya rasa negara-negara Asia Tenggara tidak boleh dinobatkan sebagai Ibu Kota Buku Sedunia kerana mereka gagal memenuhi syarat no. 5 khususnya.

  3. Najibah A Bakar says:

    Lily, setuju. Entah bila nak cukup syarat pencalonan.

    Khairul, ya, mereka patut buang syarat itu 😀

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Facebook Auto Publish Powered By : XYZScripts.com