Tahun ini, tahun berkabung

Tahun ini tahun berkabung bagi keberanian dan keteguhan saya! Kedua-duanya telah mati! Saya mengucapkan selamat tinggal kepada PBAKL 2010 tanpa menjengahnya. Tidak seperti tahun lepas.

Ingin Jadi Nasrallah

Alasan tidak kukuh saya: hujung minggu itu suami bekerja dan saya sendirian harus ke sana dengan si empat tahun. Kakak tidak dapat menemani kerana harus bersedia untuk peperiksaan.

Nanti kita ke Jogja, kata kakak; tanpa menyedari Pesta Buku Jogja sudah pun berakhir sebelum PBAKL lagi*. Kita ke Bangkok, kata saya, cuba mengubat rasa. Dilimpahi sedar bahawa itu hanyalah kata-kata. Gurauan hampa.

Akhirnya, satu-satunya buku saya dari PBAKL tahun ini, adalah buku yang dikirim kepada teman seGoodreads, Faizah Roslaini, yang akhirnya menjadi hadiah pula daripadanya. Terima  kasih, Faizah. Dan terima kasih kepada si penulis yang mencoret nama penuh saya dengan begitu cantik dan menurunkan pesan, “Hanya yang bijak mencerap puisi“.

Tahun ini, tahun berkabung – dan atas nama perkabungan itu, saya isytiharkan pesta sendiri saja. Pesta membaca buku-buku yang masih tertunda.

PS: Rupanya tarikh Pesta Jogja sudah dipinda ke 13-18 Oktober 2010. Menabung, kita menabung!)

Najibah Abu Bakar

Pemilik BukuRia, berlatar belakang bidang perpustakaan dan sains maklumat serta mempunyai sedikit pengalaman menulis di beberapa akhbar dan majalah tempatan.

You may also like...

4 Responses

  1. Salam

    Kak Najibah. Walaupun saya ke pesta buku yang lalu, buku-buku saya pun masih banyak yang masih tertunda dan belum dimulai langsung. Lihat saja rak TBR saya.

    Mari sama-sama kita pesta membaca!

    • Najibah says:

      Samalah kita, banyak lagi buku tahun lepas tertunda baca. Ada hikmah sebenarnya tak dapat pergi, ini bagai peringatan Allah juga rasanya: bila beli buku, sila baca; kalau tidak sama juga dengan membazir 🙂

  2. Emmett says:

    Eh, ingatkan semua orang ditulis perkara yang sama. Saya punya ditulis begini ‘Hanya yang terbaik mencerap puisi’.

    Memilih orang agaknya FT, barangkali.

    • Najibah says:

      Emmett, rasanya tak jauh berbeza tu, “yang terbaik” tentunya jauh lebih baik lagi 🙂 – lagipun tak ada sebabnya beliau nak memilih di antara sesiapa pembacanya, kan?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

WP Facebook Auto Publish Powered By : XYZScripts.com