Hadiah sastera nasional perlu lebih teratur, sempurna

Saya baru sahaja tamat membaca Mekar Sakura di Mimbar Cinta karya Ilham Hamdani, yang saya pesan segera keesokan hari selepas malam pengumuman. Selepas tamat membacanya, perasaan ingin tahu membuak-buak, bagaimana prestasi karya-karya lain yang turut dinilai bagi merebut hadiah kategori sama. Saya rasa perasaan ini perkara normal yang memang wajar dipenuhi. Tetapi suasana hadiah sastera nasional tidak selalunya mengizinkan kenormalan ini.

Alangkah baiknya jika bagi setiap panel hadiah sastera nasional seperti Hadiah Sastera Perdana Malaysia baru-baru ini, karya-karya yang dinilai pada peringkat senarai pendek atau senarai panjang sekalipun, digembar-gemburkan seperti hadiah sastera antarabangsa misalnya Booker Prize (sekadar menyebut satu contoh).

Ada dua faedah langsung yang saya fikir akan terjelma jika karya lain yang dicalonkan turut diumum; pertama ia akan mencipta senarai karya terbaik tahunan nasional dan meningkatkan jumlah jualan karya-karya itu, dan kedua, menggalakkan perbandingan kritis dan perbincangan lebih hangat tentang buku-buku dan dunia sastera. Sudah pasti akan ada kritikan terhadap keputusan panel, tetapi itu hanyalah satu semarak perbincangan sastera dan budaya yang sihat, saya rasa.

Ya, itulah perasaan saya saat ini, sangat ingin melihat senarai panjang dan senarai pendek HSPM, seperti long list dan short list Booker Prize. Dan sudah tentu saya lebih-lebih lagi mahu melihat wujudnya satu laman web rasmi HSPM yang segah laman web hadiah-hadiah sastera lain, supaya sastera Malaysia nampak lebih hidup dan berwibawa.

Lagi berkait HSPM:

Keputusan HSPM ke-18 di blog Nazmi Yaakub

Komen Salbiah Ani di blog Salina Ibrahim

Baca juga cara pencalonan buku dua hadiah sastera berprestij ini:

Hadiah Nobel

Hadiah Man Booker

Najibah Abu Bakar

Pemilik BukuRia, berlatar belakang bidang perpustakaan dan sains maklumat serta mempunyai sedikit pengalaman menulis di beberapa akhbar dan majalah tempatan.

You may also like...

3 Responses

  1. isma says:

    Aik, Mekar Sakura di Mimbar Cinta menang? Saya baru tahu.Saya ‘menyesal’ membelinya dua tahun lepas.

    Dan juga saya tidak bersetuju dengan memoir Said Zahari menang.

    • Najibah says:

      Isma, saya tidak sampai menyesal – tapi itulah, ingin sangat tahu apa kata hakim tentang buku ini. Salah satu sebab saya baca dari blog Puan Nisah Haron, kerana penulisnya mampu kekal prolifik menulis sepanjang masa.

      Memoir, saya tak pasti kerana tak banyak baca memoir tahun lepas. Tidak boleh buat bandingan dengan memoir-memoir lain.

  2. misnona says:

    HSN? waduh…saya sudah ketinggalan jauh. jauh tertinggal kerana udah lama tidak baca laman sastera dalam akhbar nasional. sejak saya stop membaca akhbar nasional. jadi saya tak tahu apa pun. termasuk juga majalah sastera atau apa sahaja yang menyastera. berada di wadah lain, cerpen pun tidak, novel pun tidak, puisi pun tidak, kalau Talib Samat tak buat LaQ maka saya pun tak tahu apa. apabila orang bicara tentang HSN saya pun tertanya-tanya, apa itu? telah kehilangan jejak sejak sekian lama, sejak pecah perang dingin dalam kancah warna siasah setempat, ramai yang meminggirkan diri dari arus sastera, jadi kalau ada HSN ia menjadi subjek yang mengejutkan, masih ada ya? siapa yang mendapatnya? itulah pertanyaan diri sejak berada di penjara waktu yang samar-samar ketika diri masih terasa dijajahi oleh kuasa seseorang.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

WP Facebook Auto Publish Powered By : XYZScripts.com