BukuRia: hikmah sebalik godam

Pada hari Isnin lepas (11 Januari 2010), selepas lama tidak menjenguk BukuRia, saya cuba mencapainya semula melalui laman login WordPress, tetapi gagal. Ada beberapa mesej ‘error’ dan selebihnya laman putih tanpa data.

Saya kira itu adalah disebabkan oleh cubaan saya menukar tema WordPress. Selepas meneliti keadaan semua fail lama dalam pangkalan data melalui perisian FTP Filezilla, saya segera menghubungi pihak hos laman sesawang.

Rupa-rupanya masalah yang menimpa laman web BukuRia jauh lebih serius daripada sekadar masalah tema. BukuRia telah digodam, disyaki melalui Trojan atau Spyware.

Siapa menyangka kejadian sebegini boleh menimpa. Walaupun saya ada membuat backup, tetapi tarikhnya sudah agak lama. Saya tak dapat membayangkan jika kesemua hasil tulisan saya dan beberapa rakan yang lain hilang begitu sahaja.

Saya tahu sebahagian puncanya adalah kesilapan sendiri, terutama kerana tidak menaiktaraf WordPress ke versi terbaru. Malah saya tidak pernah membuat apa-apa langkah keselamatan lain melalui penggunaan plugin-plugin anti-godam. Saya berasa yakin, BukuRia yang hanya bercerita tentang buku dan perpustakaan tidak akan menjadi sasaran.

Rupanya kejadian godam ini boleh sahaja berlaku secara rawak, tidak mengenal mangsa. Syukur saja hasil tulisan sepanjang 2008 & 2009 boleh dikembalikan semula selepas hos laman membantu memuatnaik kembali data bersih (tanpa virus) ke pangkalannya. Alhamdulillah, syukur sebanyak-banyaknya dan terima kasih kepada pihak hos laman sesawang saya, Internet Webhosting yang sentiasa berdiri teguh di belakang pelanggan.

Apapun, hikmah terbesar yang saya kutip daripada ini, adalah kesedaran saya untuk menjaga dan melindungi BukuRia dengan lebih baik lagi, serta mengembalikannya kepada fungsi asalnya dahulu; berbicara mengenai buku, perpustakaan, pengarang dan serba-sedikit tentang sastera.

Sebagai titik bertolak, inilah jawapan manis kepada penggodam durjana itu: bahawa saya akan menghidupkan semula BukuRia pada tahun 2010 ini.

Najibah Abu Bakar

Pemilik BukuRia, berlatar belakang bidang perpustakaan dan sains maklumat serta mempunyai sedikit pengalaman menulis di beberapa akhbar dan majalah tempatan.

You may also like...

2 Responses

  1. KakChik says:

    Salam Najibah.
    Syukur alhamdulillah akhirnya masalah digodam telah selesai. Semoga usaha Najibah menulis ni akan terpelihara dengan baik. Kalau ada firewall yang canggih, alangkah elok untuk menghalang penggodam2 tu. Tapi itupun belum tentu selamat.

    • Najibah says:

      Kak Chik, terima kasih. Ya, Alhamdulillah selesai. Terutamanya atas sokongan webhosting saya, sangat cekap – tidak sampai 2 jam mereka sudah hapuskan data bervirus dan muat naik data backup. Mereka juga membantu saya naik taraf WP ke versi baru. Kalau Kak Chik merancang beli domain dan cari hosting, saya pasti cadangkan mereka :). Harap kedai Kak Chik di Parkson pun sentiasa maju jaya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

WP Facebook Auto Publish Powered By : XYZScripts.com