Mengenali buku sederhana tapi menyentuh Asma Nadia

Catatan hati di setiap sujudku Catatan Hati di Setiap Sujudku oleh Asma Nadia


Buku ini dari mata saya:

Ini kali pertama membaca catatan-catatan milik Asma Nadia serta teman-teman penulisnya. Memang sebuah buku yang mantap dengan kisah-kisah menyentuh hati – semuanya seputar doa dan keajaibannya.

Tidak banyak, sedikit pasti tergerak juga hati untuk kembali mendekatkan diri dengan amalan doa yang penuh ikhlas dan tatatertib, yang sebenarnya sangat penting sebagai tanda kerendahan hati seorang hamba Allah. Dalam keseringan sikap alpa insani, memang buku ini hampir total menyedarkan tentang segala yang pernah terlupakan mengenai amalan ringkas tapi indah dan penuh keberkatan: DOA.

Antara kisah yang menarik bagi saya; doa yang ikhlas demi menunaikan haji, rintihan kepada Tuhan dalam sujud menghadapi masalah kesihatan, mengatasi kesedihan perceraian dan meluahkan kerinduan terhadap anak yang terpisah. Hasil doa-doa tersebut sungguh menakjubkan dan adakalanya melebihi apa yang dipohonkan daripada Yang Maha Pemurah dan Maha Mengasihani.

Sudah tentu akan mencari buku-buku Asma Nadia yang lain setelah ini – mungkin akan menjadi Peminat KSMnya (kipas susah mati – istilah baru dipopularkan Peesha di Goodreads) juga.

Buku ini saya beri 8 bintang daripada 10 kerana kejayaannya menyentuh nurani saya, serta kepelbagaian kisah yang dapat memaknai doa dalam segenap sisi hidup.

Baca catatan pembacaan saya yang lain di Goodreads.

Najibah Abu Bakar

Pemilik BukuRia, berlatar belakang bidang perpustakaan dan sains maklumat serta mempunyai sedikit pengalaman menulis di beberapa akhbar dan majalah tempatan.

You may also like...

4 Responses

  1. mudin001 says:

    Perkongsian yang menarik. Kena cari juga ni. 🙂

  2. Najibah says:

    Mudin,

    Kalau ada jumpa buku Asma Nadia di kedai buku mana-mana, boleh beritahu? Buku ini kawan saya beli di kedai buku di Sumatera – di sini saya tak tahu di mana buku-buku Asma Nadia boleh dicari.

  3. @kelor says:

    salam,
    mana nak dapat buku ni.

  4. Najibah says:

    Kelor, salam kembali.

    Maaf sebab saya pun kurang pasti di mana buku ini boleh kita dapatkan di Malaysia. Saya sendiri cuma meminjam dari rakan. Mungkin boleh cuba cari online dari kedai-kedai buku Indonesia?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

WP Facebook Auto Publish Powered By : XYZScripts.com