Melatih kreativiti ala Tony Buzan

the power of creative intelligence The Power of Creative Intelligence oleh Tony Buzan


Buku ini dari mata saya

Bintang: 7.5 daripada 10

Kebolehan otak manusia merupakan sesuatu yang sangat unik dan menakjubkan untuk diterokai. Malah masih banyak hal mengenai otak yang masih menjadi misteri sehingga ke hari ini.

Misalnya bagaimana otak dapat menggambar kembali wajah seseorang yang telah kita simpan dalam memori, secara maya, tetapi dalam bentuk jelas, berwarna dan nyata. Pada masa yang sama juga, jika kita diminta mengaitkan wajah orang tersebut dengan sesuatu yang paling rapat dengannya, bayangan maya yang muncul dalam fikiran kita juga rencam dan berwarna. Dari mana semua itu datang dan bagaimana otak berupaya menzahirkannya dalam bentuk maya? Sesiapa yang dapat menjelaskan hal ini secara saintifik, menurut Tony Buzan, pasti akan mendapat Hadiah Nobel.

Buku kecil padat hasil minda Tony Buzan ini, bukanlah berusaha untuk menghuraikan salah satu misteri otak di atas. Tetapi cuba mengguna pakai kaedah-kaedah terbaik untuk menggembleng keupayaan kreativiti sebenar otak ke tahap seoptimum mungkin.

Menurutnya, salah faham pertama mengenai otak manusia adalah mengenai pembahagian otak kanan dan kiri yang menjadi asas pegangan kebanyakan manusia pada abad ini.

Sedangkan hakikatnya, tidak ada organ badan fizikal manusia yang boleh berfungsi dengan sempurna melainkan secara berpasangan. Maka menurut Buzan, begitu juga dengan otak manusia – ia hanya akan mencapai tahap hampir sempurna apabila kedua-dua belah otak digunakan secara sepenuhnya.

Contoh insan-insan hebat seperti Leonardo da Vinci, Albert Einstein, Thomas Elva Edison, Michealangelo dan lain-lain menunjukkan bahawa mereka tidak terperangkap dalam situasi terpaksa memilih kecenderungan otak kiri atau kanan, tetapi masing-masing menggunakan otak lojik dan seni secara serentak untuk menghasilkan banyak karya kreatif.

Untuk itu, Buzan menyarankan semua orang tidak kira yang beranggapan mereka cenderung otak kiri atau otak kanan, untuk melibatkan diri dalam aktiviti seni seperti bermain muzik, menyanyi, melukis dan berpuisi.

Otak juga mesti dilatih dalam kapasitinya sebagai sebuah Mesin Asosiasi yang tidak pernah berhenti bekerja. Cara terbaik yang disyorkan adalah dengan sentiasa menggunakan peta minda, sentiasa mengasah kreativiti dengan beberapa permainan kuiz asosiasi, menggunakan teknik kreativiti yang fleksibel seperti teknik jungkir balik, asosiasi unik dan lain-lain.

Kesimpulannya, buku ini banyak membantu terutama dalam teknik berfikir dan juga pengisian latihan berfikir. Dalam sebuah buku kecil, banyak yang boleh dimanfaatkan bagi yang berminat mencanai kreativiti cara Tony Buzan.

Najibah Abu Bakar

Pemilik BukuRia, berlatar belakang bidang perpustakaan dan sains maklumat serta mempunyai sedikit pengalaman menulis di beberapa akhbar dan majalah tempatan.

You may also like...

6 Responses

  1. Admirim says:

    Interesting! Bukuria means beauty in the Albanian language.

  2. Najibah says:

    Admirim, thank you. As for my site, it simply means the joys that we can get from books and reading. Buku = books, Ria = joys. In the process of choosing the blog name, I googled to find the word Bukuria also exists in other language, but only now I know that BukuRia means beauty. Glad to hear that and thank you for sharing 🙂

  3. kak ila says:

    otak perlu diasah selalu supaya tidak tumpul. mesti diajar mengingat selalu supaya tidak pelupa…

    • Najibah says:

      Ya Kak Ila, buku ini sangat bermanfaat terutama dari sudut latihan-latihan untuk menambah kecekapan otak.

  4. idya says:

    Salam…nice blog…salam kunjung ke idyavie.blogspot.com & sudi2 lah xchange LINK n register as my follower TQ

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

WP Facebook Auto Publish Powered By : XYZScripts.com