Kita perlukan kelompok buku yang membumi….

Entri kali ini adalah seruan kepada rakan-rakan yang selama ini mengunjungi BukuRia, tentang sebuah kelompok pembaca Malaysia di Goodreads.

Kelompok yang menggelar diri “Malaysians” itu, sedang berusaha membina tapak untuk bergiat dengan aktif sebagai kelompok pembaca buku Melayu. Mereka sedang merancang aktiviti-aktiviti buku yang sesuai dengan kemampuan awal seperti Bacaan Bulanan dan lain-lain.

Kelompok ini sama sekali tidak berniat menyaingi BukuOnline misalnya atau kelompok-kelompok lain, tetapi berasa bahawa ada ruang yang masih boleh diisi, pada sudut-sudut yang berbeza. Sekiranya BukuOnline lebih bertumpu kepada perbincangan yang ilmiah dan akademik, Malaysians lebih rencam dan mahu menjadi lebih santai. Mungkin suatu masa depan ada usaha bersama yang boleh digandingkan.

Saya secara khusus, mahu mengajak rakan-rakan memeriahkannya – kerana bagi saya kita perlukan kelompok buku yang membumi yang boleh dinikmati oleh segolongan besar pembaca. Ayuh, cuba dulu baru tahu! Kita sama-sama belajar jadi pengghairah buku sejati yang aktif dan mencintai aktiviti buku. Idea anda semua sangat-sangat diperlukan.

Sila jenguk di www.goodreads.com, dan cari kumpulan Malaysians@Goodreads. Kami menunggu!

Malaysians@Goodreads

Malaysians@Goodreads 81 members

Anak Malaysia yang suka membaca! (Malaysians who LOVE to read!)

Enter Your Mail Address


11 thoughts on “Kita perlukan kelompok buku yang membumi….

  1. Puan, menariklah.Saya sudah lihat dan terasa sangat teruja sepeti orang Siam baru lepas ‘gok.’
    Tapi sayang, nampaknya saya tidak boleh masuk,
    untuk “Malaysians” sahaja, kan.Rasa sedih pula.

    Sekarang ini saya ‘bertapa’dan mengembara untuk siapkan projek penulisan saya.Hari Jumaat ini baru ada masa untuk terbang ke Pesta Buku.

  2. Pingback: Seruan untuk ahli-ahli PAS; sertai Goodreads! |  Kecek-kecek Tok Mudin 3.0

  3. Assalamualaikum…

    Saya sgt setuju yg ini. Saya lihat komuniti goodreads Indon sgt2 aktif, juga di facebook.

    Saya sendiri cari komuniti goodreads m’sia tp tak jumpa. Jadi, inilah masanya..

    TQ!

  4. najibah,

    saya pun dah iklankan pasal group ni di blog saya .. tp macam mana nak upload banner tu?

    sbb x tahu nak buat cemana, saya print screen dan paste as pic … sungguh amatur!

    Mudin pun saya tengok ada banner … jeles ah …

  5. Salam,

    Saya dah naik kan banner ke Goodreads dan telah sedikit sebanyak mempromo Malaysian@Goodreads di blog. Harap2 akan lebih meriah grup kita nanti! Yezzaaaaa!!

    Okeh. Itu saja. Babai.

  6. Saya pun baru malam tadi menyertainya. Sangat menarik apabila dapat mengenali pencinta2 buku seantero Malaysia. Saya juga akan mempromosikan ‘group’ ini melalui blog saya.. :)

  7. Terima kasih semua atas sokongan.

    Terima kasih sdr Isma (sangat dialu-alukan menyertai kami!), Mudin, Annahs, En Jowopinter, Peesha, Faizah dan Shah. Mudah-mudahan kita boleh bersatu jadi gelombang buku yang… kedua, ketiga, keempat – sebenarnya nombor tidak penting, asal ada terselit sumbangan sedikit, bukan?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>