Isteri MB pun menulis

bidadari dari timur Bidadari Dari Timur oleh Tuan Sabariah Tuan Ishak dan Ili Sarah Annual Bakri


Buku ini dari mata saya:

Bintang: 6 daripada 10

Sebagai anak Kelantan jati, saya tumpang berbangga dengan usaha pihak Anbakri yang telah menerbitkan buku karangan isteri Menteri Besar Kelantan ini. Ia sesuatu yang patut ditahniahi kerana jarang (atau masih tiada?) isteri pemimpin Malaysia yang menulis untuk menyorot kehidupan suaminya dari balik belakang tirai rumah tangga mereka.

Memang banyak iktibar yang boleh dikaut di dalamnya; terutama tentang ketaatan isteri, kesederhanaan hidup, sikap sabar serta tabah dan berani menghadapi perjuangan. Banyak benih-benih nasihat yang boleh dikutip untuk ditanam dan dihijaukan dalam jiwa pembaca.

Tetapi dari suatu sudut lain, saya rasa buku ini lebih banyak menggambarkan perasaan dan naluri kewanitaan seorang isteri Menteri Besar sehingga hampir menenggelamkan matlamat yang lebih penting.

Sesetengah wanita berkerjaya hari ini juga berkemungkinan besar tidak dapat menjalinkan hubungan perasaan yang sama ketika membacanya, kerana sisi praktikal kehidupan wanita hari ini tidak begitu ditonjolkan walaupun peluangnya ada. Sedangkan ramai wanita Islam di luar sana yang berkiprah di lapangan kerjaya, memerlukan tuntunan dari segi tersebut.

Tambahan lagi secara peribadi, saya melihat buku ini masih kekurangan fakta yang boleh diadun supaya gambaran hidup Tuan Guru, isteri dan keluarganya lebih jelas lagi untuk dicontohi.

Bagi rakyat Kelantan yang biasa dengan VCD kehidupan harian Tuan Guru, malahan orang luar yang biasa menonton perca-perca hidup Tuan Guru di YouTube, buku ini menambah hanya sedikit sahaja dalam adunan cerita yang selama ini pernah ditonton, didengar dan dibaca daripada sumber lain.

Saya menjangkakan lebih daripada ini. Sayangnya buku ini lebih banyak menyuarakan perasaan seorang wanita dan isteri yang menjadi pendamping Tuan Guru. Saya yakin pasti ada caranya untuk bercerita dengan fakta lebih padat, tanpa perlu menanggalkan semua dinding kehidupan yang tidak perlu ditanggalkan.

Najibah Abu Bakar

Pemilik BukuRia, berlatar belakang bidang perpustakaan dan sains maklumat serta mempunyai sedikit pengalaman menulis di beberapa akhbar dan majalah tempatan.

You may also like...

3 Responses

  1. wnorhaslina says:

    Salam,

    Nak amik kesempatan ucap terima kasih kepada kak Najibah. Melalui kak Najibah saya kenal goodreads. 🙂

  2. Az says:

    Assalamualaikum, tuan rumah 🙂

    wah, menarik sekali info ttg isteri MB Pun Menulis tu, saya turut berbangga 🙂

    senang2 nanti, singgahlah ke blog saya, di http://azmahnordin.blogspot.com … ada bengkel penulisan cerpen dan novel percuma di sana..

  3. Najibah says:

    Wan,

    Salam kembali.

    Tiada apa perlu diterima kasihkan. Sama-sama berkongsi apa yang baik 🙂

    Puan Az,

    Terima kasih berkunjung ke blog saya yang tidak seberapa. Wah, bengkel cerpen dan novel percuma…. seperti pucuk dicita ulam mendatang 🙂

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

WP Facebook Auto Publish Powered By : XYZScripts.com