The Power of Creative Intelligence oleh Tony Buzan
Buku ini dari mata saya
Bintang: 7.5 daripada 10
Kebolehan otak manusia merupakan sesuatu yang sangat unik dan menakjubkan untuk diterokai. Malah masih banyak hal mengenai otak yang masih menjadi misteri sehingga ke hari ini.
Misalnya bagaimana otak dapat menggambar kembali wajah seseorang yang telah kita simpan dalam memori, secara maya, tetapi dalam bentuk jelas, berwarna dan nyata. Pada masa yang sama juga, jika kita diminta mengaitkan wajah orang tersebut dengan sesuatu yang paling rapat dengannya, bayangan maya yang muncul dalam fikiran kita juga rencam dan berwarna. Dari mana semua itu datang dan bagaimana otak berupaya menzahirkannya dalam bentuk maya? Sesiapa yang dapat menjelaskan hal ini secara saintifik, menurut Tony Buzan, pasti akan mendapat Hadiah Nobel.
Buku kecil padat hasil minda Tony Buzan ini, bukanlah berusaha untuk menghuraikan salah satu misteri otak di atas. Tetapi cuba mengguna pakai kaedah-kaedah terbaik untuk menggembleng keupayaan kreativiti sebenar otak ke tahap seoptimum mungkin.
Sebagai mengiringi PBAKL 2009 kembali ke sarangnya sebelum bersua lagi tahun depan, saya kuatkan semangat untuk ke Forum Pesona Buku Melayu Sabtu semalam walaupun terpaksa mengheret anak yang sedang super lasak (usianya genap 3 tahun Jun ini).

Suami tidak dapat membawa saya kerana bekerja, lalu saya lemparkan ‘lasso‘ ala koboi ke arah dua orang teman sekerja yang belum ke sana. Alhamdulillah, mereka sudi ikut serta, malah turut bersusah-payah membantu mengendalikan puteri saya (terima kasih Iela dan Fizah).
Kembali kepada kisah Pesona Buku Melayu, forum anjuran Bukuonline.org ini antara lain menampilkan Sasterawan Negara A Samad Said, Faisal Tehrani dan seorang orang kuat dalam industri buku Melayu (wajahnya mengingatkan saya kepada Hishamuddin Tun Hussien, tapi maaf saya terlupa namanya – maklum menonton bicara forum sambil mengawal anak). Dikendalikan oleh Syed Munawwar, forum memang hangat dan menjadi.
Antara pesan Pak Samad dalam forum singkat ini (12.30 – 1.15 tengahari) adalah supaya menyokong terus industri buku Melayu yang tengah berkembang mekar. Beliau juga mengingatkan pendengar-penonton agar meneruskan bantahan terhadap PPSMI kerana dalam jangkaan lima dekad, arus besar PPSMI akan melanda sehingga mampu menghakis semua institusi bahasa Melayu termasuk DBP dan ITNM.
Sudah berhari-hari mahu bercerita tentang kembara beli-belah buku di PBAKL 2009, tetapi akhirnya sempat terbasi juga. Banyak hambatan lain akhir-akhir ini termasuk melekat dengan teman-teman di Malaysians@Goodreads dengan cerita-cerita buku mereka yang menarik.
Saya ke PBAKL pada hari Sabtu 18 April (hari kedua) bersama suami – kami bersedia dengan kereta sorong anak, susu dan sneknya serta sudah tentu, ’seberkas’ duit (:D alangkah baiknya kalau betul-betul seberkas!). Saya juga bawa buku-buku Faisal Tehrani yang ada dalam simpanan di rumah sewaan kami di Shah Alam, kononnya mahu minta tandatangan untuk semua buku – setibanya di sana niat itu saya urungkan sebab memikirkan buku-buku yang bakal dibeli tangan mana mahu bawa?
Niat yang dipasang sejak dari rumah memang mahu meninjau pelancaran buku terbaru Al-Ameen, kerana salah satunya buku terbaru Faisal Tehrani, Ketupat Cinta [Musim Pertama]. Pada masa sama, juga mahu bertemu penulis yang sudah saya baca sebahagian besar buku-bukunya, untuk kali pertama.
Catatan Hati di Setiap Sujudku oleh Asma Nadia
Buku ini dari mata saya:
Ini kali pertama membaca catatan-catatan milik Asma Nadia serta teman-teman penulisnya. Memang sebuah buku yang mantap dengan kisah-kisah menyentuh hati – semuanya seputar doa dan keajaibannya.
Tidak banyak, sedikit pasti tergerak juga hati untuk kembali mendekatkan diri dengan amalan doa yang penuh ikhlas dan tatatertib, yang sebenarnya sangat penting sebagai tanda kerendahan hati seorang hamba Allah. Dalam keseringan sikap alpa insani, memang buku ini hampir total menyedarkan tentang segala yang pernah terlupakan mengenai amalan ringkas tapi indah dan penuh keberkatan: DOA.
Baca keseluruhan entri ini »
Entri-entri lain yang berkaitan:




Komentar Terkini