
SUNGGUH, ITU LEBIH KURELA
Biar berpencar darah dari daging
menjadi cebis kotor di mulut anjing
Biar berserak tulang-temulang di jalan
berkecai halus-halus
atau terbakar jadi abu
seluruh aku.
Sungguh, itu lebih kurela
lebih terdaya kutanggung pedihnya!
Duhai! Bagaimana lagi
dapat kubersihkan aib diri
di depan matahari, langit dan buana
dahulu pernah menjadi saksi
maktub bahasa lambang pertiwi?
Enggan besok saat kubuka mata
di kamar mewah globalisasi dunia
sepi mati sekolah ‘nak bangsa
dari megah Bahasa Ibunda.
Sayup-sayup di dahan rindu
kuterdengar rintih bahasa ilmuku
dicabut taringnya dengan paksa
direnggut mahkota kebesaran ilmunya
sayu berseru dari pojok tak ternama
nazak di rumpun bahasa kelas ketiga
malap tak bergilap
hina tak terhormat.
Sungguh, kuberitahu
itu sekali-kali tak kurela
manakan terdaya kutanggung azabnya!
NAJIBAH A BAKAR
9.30 pagi, Subang
Wah, enak sekali sajaknya. Suka.
Mudin, sekali sekala tukar selera
.
Asslmkm…
Wah! Menarik!
Kalau saya warga Malaysia sudah tentu saya turut sama berarak.
akak najibah sungguh enak subjek tu
emmm akak isu ini agak hangat ek skrg
emmm maybe ada yg sependapat dan ada juga tak
ape2pun saya doakan yang terbaik untuk negara
Tuan Isma,
Kalaupun bukan warga Malaysia, Tuan tetap layak berarak – bahasa Melayu masih bahasa Tuan juga
NoRa,
Pada saya, mereka yang pro-PPSMI, mesti bersetuju untuk tak bersetuju – tapi harus ada hujah-hujah yang kuat dan bernas. Mereka patut memakai prinsip ‘audi alteram partem’ (hear both sides / dengar dari kedua-dua pihak). Ramai yang saya temui, hanya menyokong begitu sahaja, tetapi tidak pernah berusaha untuk membaca atau berbincang lebih luas atau ambil tahu, kenapa pakar pendidikan, pejuang bahasa, dan rakyat jelata yang termiskin sangat tidak bersetuju dengan PPSMI.
Menyokong tanpa memberikan hujah-hujah yang mantap adalah sesuatu yang menjelekkan bagi mereka yang menyokong PPSMI membuta tuli. Audi alteram itu perlu dan di samping res ipsa loquitor
couldn’t agree more
PPSMI sebenarnya satu agenda yang dirancang rapi untuk melemahkan bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu.
http://photos-b.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-snc3/hs425.snc3/24562_1391084979271_1296531347_1119757_3610382_n.jpg
Ya, saya ada baca buku Keranda 152. Sangat menyedarkan. Dan sangat tertunggu-tunggu, apakah kerajaan akan mengotakan janji pada 2011/2012 nanti? Saya khuatir, kalau mengundi akhir 2011, dan pihak yang sama masih menang, mereka akan beri 1001 alasan untuk menafikan janji bahasa yang mereka tabur. Mudah-mudahan tidak.