Keramat Bahasa Perkara 152

Keranda 152

SUNGGUH, ITU LEBIH KURELA

Biar berpencar darah dari daging
menjadi cebis kotor di mulut anjing
Biar berserak tulang-temulang di jalan
berkecai halus-halus
atau terbakar jadi abu
seluruh aku.

Sungguh, itu lebih kurela
lebih terdaya kutanggung pedihnya!

Duhai! Bagaimana lagi
dapat kubersihkan aib diri
di depan matahari, langit dan buana
dahulu pernah menjadi saksi
maktub bahasa lambang pertiwi?
Enggan besok saat kubuka mata
di kamar mewah globalisasi dunia
sepi mati sekolah ‘nak bangsa
dari megah Bahasa Ibunda.

Sayup-sayup di dahan rindu
kuterdengar rintih bahasa ilmuku
dicabut taringnya dengan paksa
direnggut mahkota kebesaran ilmunya
sayu berseru dari pojok tak ternama
nazak di rumpun bahasa kelas ketiga
malap tak bergilap
hina tak terhormat.

Sungguh, kuberitahu
itu sekali-kali tak kurela
manakan terdaya kutanggung azabnya!

NAJIBAH A BAKAR
9.30 pagi, Subang

Najibah Abu Bakar

Pemilik BukuRia, berlatar belakang bidang perpustakaan dan sains maklumat serta mempunyai sedikit pengalaman menulis di beberapa akhbar dan majalah tempatan.

You may also like...

9 Responses

  1. mudin001 says:

    Wah, enak sekali sajaknya. Suka. 🙂

  2. Najibah says:

    Mudin, sekali sekala tukar selera 🙂 .

  3. annahs says:

    Asslmkm…

    Wah! Menarik! 🙂

  4. isma says:

    Kalau saya warga Malaysia sudah tentu saya turut sama berarak.

  5. akak najibah sungguh enak subjek tu 🙂
    emmm akak isu ini agak hangat ek skrg
    emmm maybe ada yg sependapat dan ada juga tak
    ape2pun saya doakan yang terbaik untuk negara 🙂

  6. Najibah says:

    Tuan Isma,

    Kalaupun bukan warga Malaysia, Tuan tetap layak berarak – bahasa Melayu masih bahasa Tuan juga 🙂

    NoRa,

    Pada saya, mereka yang pro-PPSMI, mesti bersetuju untuk tak bersetuju – tapi harus ada hujah-hujah yang kuat dan bernas. Mereka patut memakai prinsip ‘audi alteram partem’ (hear both sides / dengar dari kedua-dua pihak). Ramai yang saya temui, hanya menyokong begitu sahaja, tetapi tidak pernah berusaha untuk membaca atau berbincang lebih luas atau ambil tahu, kenapa pakar pendidikan, pejuang bahasa, dan rakyat jelata yang termiskin sangat tidak bersetuju dengan PPSMI.

  7. ikmal says:

    Menyokong tanpa memberikan hujah-hujah yang mantap adalah sesuatu yang menjelekkan bagi mereka yang menyokong PPSMI membuta tuli. Audi alteram itu perlu dan di samping res ipsa loquitor 😉 couldn’t agree more

  8. MakLaN says:

    PPSMI sebenarnya satu agenda yang dirancang rapi untuk melemahkan bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu.
    http://photos-b.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-snc3/hs425.snc3/24562_1391084979271_1296531347_1119757_3610382_n.jpg

    • Najibah says:

      Ya, saya ada baca buku Keranda 152. Sangat menyedarkan. Dan sangat tertunggu-tunggu, apakah kerajaan akan mengotakan janji pada 2011/2012 nanti? Saya khuatir, kalau mengundi akhir 2011, dan pihak yang sama masih menang, mereka akan beri 1001 alasan untuk menafikan janji bahasa yang mereka tabur. Mudah-mudahan tidak.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

WP Facebook Auto Publish Powered By : XYZScripts.com