Sekadar berkongsi kisah cuti-cuti saya bersama buku, di atas adalah foto-foto puteri saya dengan buku sewaktu membaca di rumah bersama dengan ibu saudara kesayangannya dan menikmati buku di lantai simen Tingkat 1 Plaza Mayang.
Lama sungguh rasanya tidak menyuakan cerita baru di blog tentang buku atau perpustakaan. Roh bercuti telah menguasai saya selama dua minggu. Pertama kerana ibu mertua saya melawat kami sekeluarga, dan kedua kerana saya pulang ke kampung halaman, kali ini menjemput emak pula datang bertandang.
Namun dalam waktu roh bercuti sedang menghantui jasad dan jiwa dengan sungguh-sungguh, sudah semestinya saya tidak melepaskan peluang untuk membeli buku, malah keinginan membeli buku membuak-buak sampai hampir meranapkan belanjawan bulanan saya.
Sebelum tahu tentang adanya Jualan Gudang MPH, saya baru membeli beberapa buah buku seperti Zikir Rindu (Azizi Abdullah), Slumdog Millionaire (Vikas Swarup), The Power of Creative Intelligence (Tony Buzan) dan Tips Menjadi Penulis Bestseller (Zamri Mohamad).
Kemudian, setelah tahu tentang jualan MPH di Plaza Mayang, saya borong pula beberapa buah buku lain yang memang dicari selama ini termasuk yang tidak dirancang sama sekali. Namun apa yang saya beli tidak sebanyak para pembeli Cina. Cemburu dan kagum saya melihat mereka, mengangkut bakul demi bakul buku terutama buku untuk anak-anak.
Apa aktiviti menarik anda dengan buku sepanjang cuti sekolah yang lalu?
March 22nd, 2009
Najibah A Bakar




Kak Najibah, saya tidak cuti. Tapi Alhamdulillah, pembacaan agak produktif kebelakangan ini. Bulan ini saja sudah menghabiskan 3 buah buku.
Salam. Selamat membaca.
Mudin, saya tumpang cuti sekolah walaupun bukan cikgu. Wah bravo! Saya baru baca 2 buah buku bulan ini. Mahu kejar baca sebuah lagi @ akan jadi tak cukup preskripsi ‘minda’ yang sudah ditarget pada 50 buah penghujung tahun nanti.
Assalamualaikum wrh wbt.
Saya pun tak cuti, tapi bulan ini sangat2 agresif membaca. Sama seperti mudin, saya juga dah habiskan 3, nak masuk 4.
Tak sempat pergi plaza mayang kerana banyak pakai RM 2 3 bulan ini. Cuma menunggu KLIBF bulan 4 ni. Rasanya simpanan pun boleh habis. Hahahaha…
p/s: Najibah, saya pun target 50 buah utk tahun ini. Doakan kita berjaya, Insya Allah!
“ibu saudara” kesayangan Tim… k Yah kan…
sampaikan salam yer…
p/s: dah lama tak pernah habiskan baca buku… huhuhu…
Annahs,
Nampaknya saya ketinggalan bulan ini. Terlebih cuti rasanya. Cuma mampu habiskan 2 / 2 setengah buah. Dan saya sebenarnya gentar menunggu KLIBF’09 – takut taksiran harta bulan berikut menyusut dengan banyaknya
Wan,
Terima kasih banyak sudi juga bersuara di BukuRia ni. A’a, Kak Yah, betul. Kalau Kak Yah datang saja, mesti Fatimah ajak baca buku.
PS: Wan, bolehlah mula semula – isi masa atas bas ke Johor, atau masa tak ke Johor, hilangkan rindu-rindu pada cik abe tu dengan buku
hehehe… tq… sbnrnya sblm ni tak tau plak ni blog Jie… baru2 nie jer baru explore betul2…
PS: tq…
Assalamualaikum wrh wbt.
Najibah, kena mula baca balik tu… Karang lari azam tahun nih…hehehehe..
Wan,
Erk, rasa macam pernah jemput Wan jenguk blog ni. Tak apa, lepas ni sudi-sudikanlah tinggal komentar
.
Annahs,
Itulah, saya tengah nak masuk gear turbo sekarang