Buku apa yang bakal diburu….

Banner Pesta Buku Antarabangsa KL 2009Pesta datang lagi. Sudah nampak kelibatnya di pertengahan bulan April. Suara-suara promosi berkumandang. Acara-acara buku pun sudah mula diisi.

TIdak sabar hati rasanya. Kepala sudah sibuk mencongak berapa banyak aliran wang tunai keluar April nanti, mana yang boleh dijimatkan pada awal bulan supaya ada duit tambahan untuk buku tambahan.

Namun, saya tidak bercadang membeli banyak tahun ini – yang wajib atau yang pasti, saya akan ke gerai ITNM (sebab ada peluang dapat hadiah besar?) dan penerbit-penerbit universiti. Kalau mahu kira senarai buku yang mahu diburu, memang sudah menjangkau ratusan buah, tetapi nafsu buku perlu kawalan juga.

Antara buku Inggeris penting (bagi saya) yang saya mahu cari tahun ini, dan tidak sempat saya jumpa di Jualan Gudang MPH yang baru lepas adalah buku “Long Tail” dan “Outliers”. Selain itu mungkin buku Orhan Pamuk sebuah dua.

Saya juga mahu cari beberapa buah buku Melayu dan terjemahan yang tidak kalah mutunya daripada buku-buku Inggeris.

Buku apa yang bakal kalian buru? Sudah siap senarainya? 🙂

Najibah Abu Bakar

Pemilik BukuRia, berlatar belakang bidang perpustakaan dan sains maklumat serta mempunyai sedikit pengalaman menulis di beberapa akhbar dan majalah tempatan.

You may also like...

15 Responses

  1. annahs says:

    Assalamualaikum wrh wbt..

    Ingatkan saya je nak beli buku ITNM…Hehehehe.. Rasa macam nak beli buku mengenai pendidikan terbitan ITNM, sebagai hadiah pada kakak dan adik2 yang bertugas sebagai guru.

    Yang untuk diri sendiri tak tentu lagi. Macam banyak aje… 🙂

  2. Najibah says:

    Annahs,

    Bertuahlah sesiapa ada adik-beradik macam ni – boleh tambah koleksi buku.

  3. isma says:

    Pamuk juga, Puan. Mungkin, My name is red.Atau mungkin, Istanbul.Snow, pun kalau jumpa.

  4. Najibah says:

    Ya, Pamuk juga 🙂 . Sebelum ini saya pernah baca Istanbul, tapi tak sempat habis kerana pinjam dari perpustakaan yang sekarang saya sekadar alumni. Tak layak lagi meminjam melainkan membayar RM300. Jadi sumber Pamuk saya, harus sumber peribadi.

    Yang pasti, saya sangat suka Istanbul – tambahan ada foto hitam putihnya.

  5. isma says:

    Saya akan cari Istanbul..

    (Tahniah dapat Perdana Menteri Baru)

  6. mudin001 says:

    Tujuan saya ke pesta buku, selain mendapatkan buku-buku pada harga lebih murah, adalah mendapatkan buku-buku yang sukar didapati di kedai-kedai buku biasa.

    Dan ya, buku-buku ITNM memang sukar diperolehi. Buku-bukunya berkualiti. Jadi saya juga pasti mencari gerai ITNM di pesta buku. Itu wajib.

    Pamuk, saya ada My Name is Red dan Snow, tapi dua-dua pun belum baca. 😀

  7. Nana says:

    Dulu semasa saya kecil, saya sangat teringin ke Pesta Buku KL. Kini apabila telah dewasa dan mampu pergi ke sana sendiri, kurang pula keinginan tersebut. Apatah lagi dengan suasana yang berasak-asak, saya jadi kurang selesa. Saya lebih senang ke kedai buku; selesa, kurang sesak, dan ruang lebih luas untuk saya bergerak ke sana sini.

    Kalau ke PBAKL, saya pasti akan mencari gerai buku yang bukunya sukar didapati dari kedai buku berhampiran. Biasanya saya akan bawa kakak, yang juga pencinta buku seperti saya. Kami bertumpu ke gerai buku luar negara. ITNM juga termasuk dalam senarai.

  8. Shah says:

    Alahai..cemburunya semua sudah membuat perancangan membeli buku-buku yang diidamkan. Malangnya, saya tidak dapat menyertai sama atas tugasan mengawas peperiksaan MUET hujung minggu PBKL09 itu. Harap semua mendapat apa yang diinginkan 🙂

  9. Najibah says:

    Sdr Isma,

    Terima kasih. Tapi mungkin ada pihak yang saling mengucapkan takziah.

    Mudin,

    Sangat tak aci sebab ada dua Pamuk.

    Nana,

    Saya pula sukakan suasana manusia ribut-ribut dengan buku.

    Shah,

    Jangan lepas peluang. Pesankan buku sesuai pada kawan-kawan.

  10. Ada dua pelancaran yang ITNM anjurkan. Paling menarik dua buku terjemahan karya Obama pada 21 April nanti. Wah Puan Najibah…Tumpang promosi ya! Kita jumpa di gerai ITNM nanti ya:)

  11. Najibah says:

    Tuan Anuar,

    Bertuah ITNM, ramai yang sudah berikrar mahu ke gerai pesta. Makin sukarlah peluang merebut hadiah ITNM nampaknya :). Insya-Allah, mungkin akan tersua di gerai nanti (boleh minta diskaun lebih besar? 😉 )

  12. naim says:

    Salam puan,

    jangan lupa buku baru bakal dilancar di gerai Anbakri Publika.
    oleh TG MB Kelantan.
    -:)

  13. Azzah says:

    Saya beli beberapa buku terbitan ITNM semasa PBAKL tahun lepas, tapi saya fikir gaya bahasanya mengecewakan, dan jadi kurang sedap dibaca. Kenapa ye..??

  14. Najibah says:

    Sdr Naim,

    Ya, memang sangat mahu mengikuti semua pelancaran kalau boleh, tapi sayangnya Ahad saya kena jadi surirumah kerana suami bekerja. Yang pasti, akan beli buku Wanita Pertama Kelantan!

    Sdri Azzah,

    Masih ada kelemahan, tidak dapat tidak. Tetapi bagi saya, tanpa terus-terusan berlatih menterjemah serta menunggu gaya bahasa sempurna, pasti merugikan semua pihak juga.

  15. ikmal says:

    Alhamdulillah teruja tahun ini saya berpeluang ke pesta buku setelah ‘kehilangannya’ setahun gara-gara melanjutkan pengajian di luar negara. Sudah ada dalam perkiraan senarai buku yang mahu diborong. Cuma agak istimewa sedikit tahun ini pergi atas nama perpustakaan universiti yang sudah tentu dibiayai perbelanjaan mencari buku untuk koleksi kelak hehehe.

    Tapi yang pasti pergi ke pesta buku bukan sekali malahan kena pergi 2 ke 3 kali dan sebaik-baiknya hari biasa memandangkan kesesakan melampau hujung minggu 😉

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Facebook Auto Publish Powered By : XYZScripts.com