Tip mempertingkat kecekapan membaca

Saya mahu berkongsi beberapa tips untuk mempertingkat kecekapan membaca atau kadar kelajuan membaca yang saya temui di sebuah laman web:

1. Kalau kita amati cara kita membaca, kita dapati mata sebenarnya bergerak menatap beberapa perkataan serentak sebelum berpindah ke beberapa patah yang seterusnya. Ini dinamakan blok perkataan yang mampu ditangkap oleh mata dalam proses membaca. Untuk mempercepat kadar kelajuan membaca, kita harus melatih mata untuk menatap lebih banyak patah perkataan dalam satu blok. Tekniknya adalah menjarakkan mata daripada buku lebih jauh (malahan ini lebih sihat untuk mata!).

2. Waktu minima untuk kita menghadam satu blok perkataan adalah satu perempat saat. Kalau kita terlalu lama pada satu blok perkataan tanpa alasan munasabah seperti masalah memahami konteks atau lain-lain masalah kefahaman, cuba singkatkan waktu kita menghadam satu-satu blok tersebut. Dengan sendirinya kita dapat membaca lebih cepat.

3. Latih mata supaya tidak melihat semula ke arah blok perkataan yang telah ditinggalkan sekejap tadi. Bagaimana caranya? Gunakan telunjuk semasa latihan ini, tidak kira menggunakan jari, lidi, pen atau lain-lain. Setelah anda biasa untuk tidak melompat atau menoleh ke blok yang telah selesai dihadam, telunjuk tidak lagi diperlukan.

Mudah bukan? Mari kita sama-sama mencuba teknik-teknik ini. Kata pengamal teknik bacaan cepat, orang yang membaca laju biasanya dapat berfikir lebih pantas dan lebih bijak menguruskan informasi. Kefahaman mereka juga lebih tinggi daripada pembaca biasa.

[Diubahsuai daripada laman sesawang MindTools]

Najibah Abu Bakar

Pemilik BukuRia, berlatar belakang bidang perpustakaan dan sains maklumat serta mempunyai sedikit pengalaman menulis di beberapa akhbar dan majalah tempatan.

You may also like...

11 Responses

  1. Teknik membaca yang sangat baik 🙂

  2. salam,

    saya memang cukup bermasalah untuk membaca secara laju. ketiga-tiga faktor lambat membaca yang akak senaraikan itu, ada pada saya. saya suka melihat satu blok-blok perkataan pada kadar yang lama, dan sangat berpotensi untuk membacanya semula, ya Allah…

    betul kata akak orang yang membaca cepat melatih diri berfikir secara pantas.

  3. Najibah says:

    NoRa dan Welma,

    Akak pun masih terkial-kial ‘nak praktikkan sepenuhnya. Ayuh sama-sama cuba sampai berjaya.

  4. isma says:

    Saya pun masih sukar membaca laju. Tapi mata saya sudah tidak pening lagi bila membaca dalam perjalanan terutama ketika dalam bas.Rasa seperti otak lebih aktif

  5. Saya masih pening lagi ketika membaca di dalam kenderaan. Entah macam mana mahu menanganinya 🙂

  6. Najibah says:

    Isma,

    Saya cukup kagum dengan orang yang boleh membaca dalam kenderaan. Saya kalau sekejap-sekejap boleh, kalau lama peninglah jawabnya.

    Welma,

    Tak apa, kita baca bahan bercetak bila sampai di tempat tujuan sajalah. Masa dalam kenderaan kita ‘baca’ manusia dan pemandangan dulu 🙂

  7. isma says:

    Dulu memang saya pening mata membaca dalam kenderaan tapi lama-kelamaan saya sudah tidak pening lagi dan juga membaca dalam kenderaan merangsang daya fikir saya. Sampai, bila saya buntu mencari idea, saya rela naik bas keliling bandar semata-mata untuk merangsang pemikiran.

  8. annahs says:

    Asslmkm…

    Memang dah diajar oleh ayah dan guru di sekolah dulu. Membaca dengan jarak tertentu dan baca dengan kefahaman tapi bergerak dengan masa.

    Alhamdulillah, kesannya mampu membaca dan faham walaupun di dalam kenderaan yang bergerak…

  9. Najibah says:

    Annahs,

    Bertuahlah dia dah dilatih oleh ayah dan guru awal-awal lagi. Tabiat membaca secara buruk dan salah, kalau dah dibawa hingga ke tua macam akak, susahlah sikit nak ubah. Sebab tu pakai glasses belum sempat tua molek lagi. He he he.

  10. Aidil Khalid says:

    Salam.

    Membaca cepat memang ada faedahnya – iaitu kita dapat menjimatkan waktu dan dapat membaca dengan lebih banyak. Tetapi membaca lambat, juga tidak kurang memberikan faedah. Sekadar hendak berkongsi, saya pernah menulis satu entri mengenai dilema membaca lambat atau membaca cepat ini di blog saya beberapa ketika dahulu:

    http://aidilkhalid.blogspot.com/2007/07/very-very-slow-reader.html

  11. Najibah says:

    Aidil,

    Menarik rencana tu, terutama dari sisi kritisnya manakala yang saya cedok dari MindTools ini lebih kepada teknik membaca – sisi teknikal.

    Setiap orang dengan gaya pembacaan masing-masing, terutama bagi para pengarang dan penikmat sastera, tentu penghayatan lebih penting berbanding kelajuan. Saya sendiri cenderung lambat kalau sesebuah karya sastera itu sangat menarik dan memerlukan ketelitian membaca. Jadi, bergantung kepada tujuan membaca juga.

    Teknik membaca cepat ini mungkin boleh membantu bagi mereka yang mahu membaca bahan assignment/tesis yang banyak, bagi editor/wartawan yang mesti selalu bergelumang maklumat untuk menghasilkan maklumat baru, bagi yang harus membuat keputusan-keputusan penting berdasarkan maklumat terkini?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Facebook Auto Publish Powered By : XYZScripts.com