Ole-ole buku ketika kenduri kahwin

Sudah jadi kebiasaan, pada setiap kenduri kahwin Melayu pasti ada disediakan sedikit ole-ole kepada tetamu yang hadir untuk dibawa pulang.

Gula-gula, bunga telur, sapu tangan, potpourri atau coklat adalah antara yang popular dalam senarai ole-ole kenduri kahwin tersebut.

Antara pelbagai pilihan, ole-ole kenduri kahwin yang paling saya senangi adalah ole-ole buku. Salah seorang senior di universiti dahulu membalut cantik buku Ma’thurat iaitu himpunan doa-doa Imam Hasan Al-Banna dengan reben yang comel. Buku Ma’thurat itulah yang menjadi ole-ole perkahwinannya.

Buku di atas pula adalah ole-ole perkahwinan salah seorang ahli keluarga saya. Dibeli di Indonesia, harganya sangat menjimatkan dan sesuai untuk dijadikan ole-ole kenduri kahwin.

Tinggal saja melekatkan reben-reben yang comel itu ke atasnya. Pada bahagian dalam, dilekatkan stiker tanggal perkahwinan, nama pengantin dan sedikit ucapan.

Pernahkah anda menerima buku sebagai ole-ole kenduri kahwin? Apakah buku yang menjadi pilihan pengantin? Atau kalau bukan buku, apa ole-ole kenduri kahwin paling unik pernah anda terima?

Jemput berkomentar, dan buku seperti di atas akan saya kirim untuk 5 rakan pertama yang bersuara di sini. Khas daripada ahli keluarga saya yang masih menyimpan sebahagian ole-ole kenduri kahwinnya. Walaupun kecil dan tak seberapa, semoga sudi diterima sebagai tanda cenderahati dan persahabatan dari saya.

13 thoughts on “Ole-ole buku ketika kenduri kahwin

  1. Salam Najibah.

    Kali pertama saya menerima ole-ole perkhawinan berupa buku adalah pada sekitar tahun 93-94, bila Pengetua sekolah saya mengadakan majlis perkahwinan anak sulungnya.

    Ia merupakan himpunan nasihat-nasihat berguna untuk suami isteri, hasil tulisan ibu dan ayah pengantin. Buku kecil comel itu dicetak sebesar saiz mathurat yg kita selalu baca tu. Saya yg berumur 17 tahun masa itu terasa sangat kagum dengan perihal itu. Dan, berangan2 untuk berbuat demikian pada hari bersejarah saya .. ha!

    Kali terakhir saya menerima oleh-oleh berbentuk buku adalah semasa perkahwinan kawan baik saya pada tahun 2005. Tapi oleh-oleh itu datang bersama goodies yg lain juga.

    Saya juga gemar menghadiahi kawan2 yg menjadi pengantin dengan buku. Antara yang menjadi kegemaran – tentulah buku yang berkaitan dengan pesanan bagaimana melayari hidup berkahwin itu …

  2. Peesha, saya bayangkan kalau Mawi-Ikin atau Siti-Datuk K yang nak bagi ole-ole buku sebagai kenduri kawin, depa kena beli buku yang besar-besar sikit, macam Tarbiyatul Awlad 2 Jilid ke atau La Tahzan. Untuk semua tetamu. Baru kena dengan kegahan majlis depa :)

  3. Asslmkm & slm sejahtera.

    Saya pernah dapat ole-ole surah yasin, surah2 pendek dlm Al-Quran. Ole-ole ini diberikan pada tetamu istimewa sahaja memandangkan kenduri yg saya hadiri ini besar jumlah jemputannya.

    Baru2 ini kakak sya kahwin pun ole-olenya pun surah Yasin & mathsurat. Sama seperti peesha, saya pun angan-angan pemberian buku kecil (nasihat, surah-surah atau sebagainya) pada hari perkahwinan saya.

    Hehehehe :)

  4. Salam,
    sy pn ade terima buku berupa surah yasin ms maklis perkahwinan kwn baik sy. sy rs lbh baik kita bg cenderahati berupa buku mcm ni. setidak-tidaknya ia tidak dibuang begitu sj. penerima pun akn lbh m’hargainya. klu dibaca pn akn dpt pahala.sm2 dpt pahala. x gitu? heehee
    sy skrg pn tgh survey nk bg yasin utk tetamu sempena majlis pkahwinan sy nnt. :)

  5. memang benar, saya juga amat tertarik dengan buku yg lebih cenderung kearah keagamaan mahupon berunsurkn nasihat tuk para tetamu jemputan sebagai ole2 berkat perkahwinan,saya juga cuba mencari buku2 terbitan ustaz2 atau ustazah2 kita di m’sia yang boleh dibuat ole2 kahwin,tapi kenalah cari yang budget2 sebab kebanyakkan berharga lebih dari RM4 ke atas berbanding dengan buku yassin atau sbginya yg agak murah sedikit..ingin juga kongsi pendapat anda..

    • Sdr Yatt, terima kasih tinggalkan komentar.

      Kalau berpeluang cari buku bersaiz Yasin, misalnya Hadith 40 Imam Nawawi yang telah diminikan, sesuai juga. La Tahzan mini juga pernah saya lihat. Yasin / Ma’thurat bukan tak boleh, tetapi kalau mahu cari kelainan, boleh cuba buku-buku mini seperti ni.

      Di Indonesia buku mini setahu saya sangat murah, jika beli banyak, boleh dapat pada kadar sen-sen sahaja sebuah. Di sini saya tak pernah dapat info. Kalau tanya terus pada penerbit mungkin dapat.

  6. sy berminat dgn cadangan anda..tp dimana sy boleh cetak buku mini seperti itu sempena majlis kawen ibu saudara yg akan datang…

    • Lydia, berkenaan pencetak saya pun kurang pasti. Dalam keadaan biasa, yang lepas-lepas, ramai yang membeli buku sedia cetak daripada pekedai buku. Mungkin boleh tinjau di kawasan Cik Lydia tinggal kalau ada pencetak yang boleh berbuat demikian.

    • Fiza, boleh rujuk Berita Harian:

      Headline: Rancang majlis kahwin
      Publication: BH
      Date of publication: Jan 13, 2012
      Section heading: Ratu
      Page number: 003
      Byline / Author: Oleh Hidayah Mohammad

      “Lantaran pelbagai masalah yang timbul ketika majlis perkahwinan, institut latihan dan perancangan perkahwinan berlesen pertama di negara ini, Adamas Wedding Sdn Bhd memperkenalkan buku mini panduan perancangan perkahwinan bertajuk 99 Tips For Your Wedding.”

      Mungkin buku yang dinyatakan dalam artikel ni sesuai dengan majlis perkahwinan yang dirancang.

Add Comment Register

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>