

Sementara menunggu waktu turun dari bukit peranginan, saya sempat bersantai sebentar dengan buku sambil menghirup keindahan dan ketenangan Banjaran Titiwangsa.
Ketika menoleh ke arah menara jam di bulatan tengah yang menyambut para pelawat sebaik melepasi pintu kawalan Bukit Fraser, segerombolan kabus berarak perlahan menyapa bumbung-bumbung kedai dan rumah tumpangan.
Andainya saya jadi orang puncak ini, saya mahu membaca setiap pagi atau petang sambil menghidu sejarah di depan padang golf itu – sebuah bekas lombong timah yang terawal diusahakan di Tanah Melayu. Seawal 1890-an.
Di hadapannya terletak Shahzan Inn, dengan tangga kecil berhiaskan bunga-bunga aneka warna di kiri dan kanannya.
Di manakah tempat yang anda impikan untuk membaca santai?
Asslmkm…
Ingin sangat membaca di bilik hotel/chalet menghadap laut biru (terutamanya pantai timur semananjung) @ hotel/chalet di kawasan bukit atau gunung (Cameron, Genting dsb). Menghadap view yang saujana mata memandang… Allahuakbar…
p/s : Pernah membaca di tepi pantai dan kawasan jelapang padi. Sejuk je rasanya…
Annahs,
Membaca tepi pantai ala-ala cerita orang putih tu ke? Berburqini tak apa, jangan berbikini
Kawasan jelapang padi… wah, mahu cuba juga rasanya. Di pondok tengah sawah kalau boleh.
Assalamualaikum Najibah.
Seronoknya dapat membaca kat situ. Suasana nyaman, pemandangan indah… sungguh mengasyikkan. Kalau ada buaian gantung lagi seronok, berbaring kat dalamnya, membaca buku sambil berayun.
KakChik,
Wah, buaian gantung! Seronok juga tu. Tapi kalau saya agaknya tak sampai sejam tertidur (mata jenis mudah terlelap).
Assalamualaikum. Nampakkah baca dalam kabus? Hihihihi…
Wa alaikumussalam. Kabus di puncak-puncak hutan saja Tuan, sangat sporting; tak mengganggu ulat buku
– Tuan bolehlah cuba.