Uji kadar kecepatan membaca lagi!

Stop WatchKalau baru-baru ini saya menemui satu aplikasi ringkas untuk menguji kadar kecepatan membaca, kali ini saya menjumpai satu aplikasi yang jauh lebih lengkap.

Aplikasi ini dibina oleh Ace Reader sebagai peneman kepada iklan perisian Speed Reading yang dihasilkan oleh syarikat tersebut.

Beberapa peringkat ujian disediakan; iaitu untuk kanak-kanak, orang dewasa dan pembaca berkecekapan tinggi. Menurut catatan ringkas pada laman aplikasi tersebut, kebanyakan orang dewasa boleh membaca antara 200 – 400 perkataan seminit. Orang yang menjadikan membaca sebagai hobi pula biasanya boleh menghabiskan lebih 400 perkataan seminit. Dakwa laman itu juga, ramai orang yang boleh membaca sehingga 800 perkataan seminit tetapi masih berjaya mengekalkan kadar kefahaman.

Pada penghujung setiap bahan bacaan pendek, suatu ujian ringkas kefahaman disediakan untuk memastikan apa yang kita baca secara sambil lalu itu benar-benar telah dicerna oleh minda atau tidak.

Laman ini menyediakan beberapa jenis bahan ujian dalam kategori umum, sejarah, sains dan biografi. Setelah membuat beberapa ujian bacaan di laman tersebut, saya dapati saya agak perlahan apabila membaca bahan sains dan sejarah yang dipenuhi fakta.

Jom kita uji kecepatan membaca sekali lagi di sini, atau kalau berminat boleh mencuba perisian Speed Readingnya sekali untuk 30 hari. Kalau mahu beli harganya boleh tahan juga, iaitu sebanyak $49.95.

Najibah Abu Bakar

Pemilik BukuRia, berlatar belakang bidang perpustakaan dan sains maklumat serta mempunyai sedikit pengalaman menulis di beberapa akhbar dan majalah tempatan.

You may also like...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Facebook Auto Publish Powered By : XYZScripts.com