Derma buku untuk Dar Nur Az-Zahra’

Saya sering mendengar tentang perpustakaan di atas dari semasa ke semasa. Tetapi ceritanya tidak betul-betul saya tahu sehinggalah pagi ini.

Selama ini saya tidak pernah cuba ‘menggoogle’ dengan mendalam mengenainya.* Satu kesilapan yang besar kerana sejarahnya sangat unik.

Rupa-rupanya Dar Nur Az-Zahra’ adalah sebuah perpustakaan peribadi yang kemudiannya dijadikan perpustakaan wakaf, idea seorang usahawan dermawan Melayu iaitu Datuk Rameli Hj Musa dan Allahyarhamah isterinya. Datuk Rameli adalah pemilik Ingress Corporation beribu pejabat di Ampang, Selangor.

Sifat mulia seorang usahawan yang memandang jauh ke hadapan ini begitu unik bagi saya kerana perpustakaan tidak selalu menjadi agenda utama jika seseorang usahawan ingin melakukan kebajikan atau ingin menyerahkan harta ke jalan wakaf di Malaysia.

Ditilik daripada segala macam aktiviti dan betapa berkembang baiknya koleksi, saya cuba membayangkan betapa pahala yang dikutip oleh usahawan dermawan ini dalam setiap titis ilmu yang diperolehi secara percuma oleh ribuan pengunjung.



Buat masa ini, usaha menambah koleksi sedang giat berjalan dan saya tidak mahu ketinggalan menyeru diri saya sendiri terutamanya dan juga rakan-rakan yang mampu, untuk memberi sumbangan derma buku atau wakaf buku kepada perpustakaan yang unik ini. Untuk maklumat lanjut tentang perpustakaan ini dan buku-buku yang diperlukan, jemput ke laman web Perpustakaan Dar Nur Az-Zahra’.

*  *  *  *  *  *  *

*Terima kasih kepada Azzah yang telah meninggalkan pautan dan maklumat di entri saya yang ini.

Najibah Abu Bakar

Pemilik BukuRia, berlatar belakang bidang perpustakaan dan sains maklumat serta mempunyai sedikit pengalaman menulis di beberapa akhbar dan majalah tempatan.

You may also like...

5 Responses

  1. Rozlan says:

    Satu entri yang berguna, sedang saya sendiri belum menyedari akan hal ini.

  2. KakChik says:

    Assalamualaikum Najibah.
    Terima kasih banyak kerana sukarela menolong kami mempromosikan rayuan derma kami.
    Insya-Allah KakChik nak masukkan link Bukuria ke blog Dar Nur al-Zahra’.

  3. Najibah says:

    Sdr Rozlan,

    Saya pun ketinggalan kapal terbang jugak.

    KakChik,

    Waalaikumussalam. Tak ada apa sangat KakChik, sekadar tolong menyebarkan. Satu penghormatan bagi saya kalau KakChik nak menambah link BukuRia. Terima kasih banyak2.

  4. fahmi says:

    kat mana tempat ni? bagus dan baik betul orang ni

  5. Najibah says:

    Ini di Kota Bharu, Kelantan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Facebook Auto Publish Powered By : XYZScripts.com