Buku bagaimana yang anda tidak suka?

Buku dan kerusi

Banyak buku perkara buku, buku bagaimana anda tak suka?

Meskipun buku sentiasa dipandang tinggi oleh ramai bijak pandai, sarjana dan pencintanya dari dahulu hingga sekarang kerana helaiannya mencatat dan menyimpan pelbagai ilmu, namun ada jenis-jenis buku atau sifat-sifatnya yang tidak kena pada pandangan mata yang menilainya.

Jika dia menemui buku yang sedemikian, perasaan untuk memilikinya akan hilang serta-merta walaupun inti buku itu sedikit-sebanyak menarik minatnya sebelum itu.

Misalnya ada orang yang tidak menyukai buku yang bertulisan terlalu kecil atau terlalu besar. Ada pula yang tidak mahu memiliki buku yang kertas-kertasnya berwarna kuning kerana kelihatan tidak bermutu dan tidak lalu dibaca.

Sesetengah orang tidak sanggup memiliki buku yang tulang belakangnya telah patah walaupun sedikit, kerana itu suatu kecacatan di sisinya. Maka buku-bukunya akan kerap tersimpan rapi di rak, tidak dipinjamkan kepada sesiapa untuk mengelakkan sebarang kecacatan.

Selain itu ada yang anti dengan sikap melipat hujung halaman buku, atau ‘dog-earring’ dalam bahasa Inggeris. Sifat menanda buku dengan cara ini bagi sebahagian kita cukup untuk menghilangkan selera baca.

Buku tertentu pula mempunyai hiasan atau gambar kulit yang tidak berseni, cukup sekadar nama tajuk dan latar belakang satu warna. Automatik segelintir pembaca akan menghindarinya melainkan jika buku-buku sedemikian merupakan buku akademik yang wajib dibeli.

Bagi golongan lelaki pula, ada yang berasa ingin menjauh daripada buku dengan tajuk yang terselit perkataan cinta, atau kulit buku berwajah atau bermodelkan perempuan ayu, sayu dan layu.

Ada juga yang tidak akan membeli buku yang blurbnya sekadar petikan pandangan peribadi pembaca lain atau ulasan yang memuja memuji buku tersebut. Mereka mahukan buku yang blurbnya telah ditulis penuh teliti oleh seorang editor.

Demikian ragam kita apabila menilai buku. Bagaimana dengan rakan-rakan pembaca? Buku bagaimana yang anda tidak suka?

Najibah Abu Bakar

Pemilik BukuRia, berlatar belakang bidang perpustakaan dan sains maklumat serta mempunyai sedikit pengalaman menulis di beberapa akhbar dan majalah tempatan.

You may also like...

13 Responses

  1. Peesha says:

    Najibah, entri yang best untuk direspon!

    Saya tidak suka:
    1. Buku saya diselak dengan jari di’selek’ air liur. Geli ok! Yucks!

    2. Buku yang bertulisan kecil
    3. Buku yang yang covernya seperti video karaoke seperti novel cinta yang terbit lewat 80an – awal 90an.
    4. Novel yang menggunakan nama dua tiga depa.
    5. Novel yang tajuknya .. aduhai!!!

    Itu dulu kot … mungkin ada lagi selepas ini … hahaha …

  2. fahmi says:

    saya tak suka buku:

    1 ulasan bukan main hebat tapi isi dalam ‘hampeh’.
    2 buku penerangan yang banyak sangat gambar, kurang penerangan. tapi kalau buku perlancongan tak apa.
    3 buku yang tak ada manfaat.

  3. Rozlan says:

    Tak suka…
    1. Sakit BUKU lali
    2. Roti tinggal seBUKU jer
    3. bertemu BUKU dgn ruas
    4. Asal bergaduh pakai BUKU lima
    5. Takde sabun FEB BUKU biru..ingat?

    Sdri Najibah, sekadar berseloka. Minda seakan tepu menggauli BUKU saban waktu. Senyum yer! Semoga terlerai yang terBUKU.

  4. Najibah says:

    Peesha,

    1. Seingat sayalah, orang2 generasi lama suka guna cara ni :). Senang nak belek kata depa.
    2. Saya sebaliknya, tak suka yang bertulisan terlalu besar, yang orang panggil big-print kalau tak salah?
    3. He he he, cover macam video karaoke pun ada? Saya tak terbayang lagi ni rupanya macam mana 😀

    Fahmi,

    1. Citarasa pengulas agaknya ya…
    2. Akak pulak suka buku yang ada gambar hitam putih :). Vintaj lah konon.

    En Rozlan,

    1. Macam ada pengalaman saja 😀
    2. Kena tambah beli le nampaknya
    5. Ini sabun saya pakai zaman duk asrama dulu

    Terus berseloka En Rozlan, nanti tulis seloka untuk remaja di Dewan Siswa pulak 🙂

  5. Jamilah says:

    Assalamualaikum,

    Menarik entri ini. Bercakap buku yang kita tidak suka. Bagi saya saya tak suka buku:

    1. cover kurang menarik
    2.tidak ada gambar langsung, tapi jangan berebihan
    3.tulisan besar, sakit mata, rasa tertipu, buku tebal tapi isinya sedikit.

    Terima kasih

  6. Nana says:

    Salam.

    Ha, ha, ha! Kelakar sungguh saudara Rozlan. Pandai pula dia menyelit lawak jenaka di sini ya?

    Saya tidak suka buku:
    1) yang tulisannya kurang mesra pembaca, yakni jenis yang mengurangkan kelajuan pembacaan. Contohnya tulisan yang digunakan dalam buku “Salahuddin Penakluk Jerusalem”. (Saya tak ingatlah jenis font yang digunakan);

    2) yang kulit depannya memaparkan wanita separuh bogel, atau suku bogel, atau langsung berbogel 100%. Mengapa mesti memanipulasi tubuh wanita?! (@#$&#%)

    3) yang tajuknya membuatkan saya rasa geli-geleman, yang terlalu melankolik, amat kejiwangan. Isykk, malu eden nak membaconye..

    4) Mills and Boons (enough said)

    5) yang terlalu usang, sampai berhabuk sisinya dan berbau kertasnya. Tapi kadang-kadang terpaksa juga membaca buku sebegini. Saya ni ada OCD (obsessive compulsive disorder). Kalau pegang buku macam ini, terasa segala macam mikroorganisma merayap dari tangan ke muka. Selepas tu saya pun kerap basuh tangan saja.

  7. Najibah says:

    Jamilah,

    Kalau coffee table book @ buku meja kopi? :).
    Rasa tertipu dengan buku big-print… ada benarnya. Mula-mula tengok kulitnya, rasa menarik, tapi sebaik sahaja nampak tulisannya, terus hilang perasaan mahu baca.

    Nana,

    1. Kalau font, seingat saya belum terjumpa buku yang fontnya menyusutkan kelajuan. Nanti buat observasi lagi.
    2. 🙂
    3. Nana memang tak ada gaya untuk baca buku macam ini.
    4. OCD? Patutlah buku-bukunya kemas semacam lengkap berbalut semuanya. Nampaknya kena pastikan yang saya pinjam tak sampai bersawang. Ha ha.

  8. xara says:

    Wah, lama tidak menyinggah di sini. Saya juga kurang gemarkan orang yang melipat buku.

    Namun begitu, buku yang saya kurang gemari adalah
    – novel cinta sama ada islami, kontemporari dan sewaktu dengannya.

    Setakat ini, rasanya genre itu sahaja yang tidak boleh dihadam. 😀

  9. Menarik topik ini…. bercakap mengenai buku yang saya tidak suka erm..

    1) tulisan terlalu kecil dan rapat2
    2) tajuk yang tidak sesuai . sebenarnya bagi saya tajuk juga mempengaruhi apabila ingin membeli buku…
    3) buku yang terlalu “kejiwangan” hehe

  10. Najibah says:

    Xara, tak ada masalah. Ruang sentiasa terbuka :). Dulu akak kaki lipat buku, mujur sekarang ‘dah berhenti.

    NoRa,

    1. Tulisan kecil akak boleh terima lagi, asal jangan kena baca pakai kanta pembesar 🙂
    2. Tajuk yang macam mana tu?

    Tak sangka ramai juga wanita tak suka buku cinta dan jiwang-jiwangan.

  11. sis_aflah says:

    salam kak najibah..
    malam tadi ke mph alamanda..terpandang satu kitab Al-Quran dengan terjemahan dalam bahasa melayu..berkulit keras dan covernya cantik..tapi sayangnya saya tak suka isi dalam kerana kertas yang digunakan walaupun tebal tapi berwarna agak kekuningan..ditambah pula dengan tulisan yang agak tebal fontnya..menyebabkan saya rasa ia agak ‘serabut’..betul ke istilah ni..hehe

    itu antara contoh buku yang saya tak suka.. 🙂

  12. Najibah says:

    Dilah, apa khabar? Lama kita tak berSMS.

    Al-Qur’an terbitan mana tu, dari sini ke Indonesia?

    Akak suka juga yang kuning-kuning ni, tapi biar yang betul-betul lama dan bersejarah, misalnya buku Orang Melayu Masalah dan Masa Depan yang akak ada, kertasnya memang dah kuning usang. Tapi kalau baru dicetak dah kuning, argh, terjejas juga selera 🙂

  13. sis_aflah says:

    salam kak najibah..

    saya tak pasti terbitan sini atau indonesia. tak sempat tengok penerbitan mana sebab kecewa..hehe

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Facebook Auto Publish Powered By : XYZScripts.com