@najibah (Twitter)

Najibah on January 30th, 2009

Rumah tempat saya membesar adalah sebuah rumah kayu campur simen di sebuah kampung di pinggir sebuah bandar ‘koboi’. Di halamannya ada pohon rambutan, nangka, jambu air dan pohon bunga kenanga.

Di rumah inilah koleksi buku kakak, saya dan adik berkembang dan seterusnya bersatu dengan koleksi arwah ayah dan emak, membentuk sebuah perpustakaan mini peribadi.

Mulanya rak-rak buku diletakkan di beberapa ruang rumah. Ada satu di bilik saya dan dua tiga lagi di ruang solat. Tetapi setelah keluarga semakin membesar dengan kehadiran suami saya dan isteri adik, emak menambah sebuah bilik baru yang sejak dari awal diniatkan untuk menyimpan buku-buku.

Baca keseluruhan entri ini »

Entri-entri lain yang berkaitan:

Najibah on January 29th, 2009

Sehalaman daripada manuskrip Hikayat Hang Tuah

Sehalaman daripada manuskrip Hikayat Hang Tuah [Source: ThinkQuest Library]

Tidak lama dahulu, saya menulis tentang repositori manuskrip Melayu lama yang dihoskan oleh Universiti Malaya. Manuskrip-manuskrip tersebut ditulis dalam bahasa Jawi lama.

Di hujung tulisan itu, saya ada bertanya jika ada mana-mana pihak yang telah mengusahakan penerbitan manuskrip-manuskrip tersebut dalam bahasa Rumi supaya dapat menjadi bahan rujukan generasi kini.

Ini kerana bahasa Jawi lama memerlukan kemahiran dan kepakaran tertentu untuk mempelajarinya yang pasti mengambil masa.

Rupa-rupanya usaha ini telah lebih 10 tahun digembleng sejak 1996 oleh Yayasan Karyawan, sebuah syarikat yang ditubuhkan dengan tujuan mengkaji dan menerbitkan karya agung Melayu, karya agung dunia Melayu dan karya agung dunia di dalam bahasa Melayu.

Baca keseluruhan entri ini »

Entri-entri lain yang berkaitan:

Najibah on January 29th, 2009

Manuskrip Melayu 700 tahun ditemui di SumateraScholars from around the world gathered in Jakarta in December to attempt translation of a 700-year-old Malay manuscript rediscovered by a Minoa archaeologist and philologist.

Assistant Professor of Indonesian Uli Kozok found the 34-page legal code in a Sumatran village in 2002, where it had been seen but not pursued by a Dutch scholar 61 years earlier.

Recorded in Malay with a few sentences of Sanskrit on bark paper from the paper mulberry tree, the Tanjung Tanah document was radiocarbon dated to the 14th century, making it the oldest known Malay manuscript.

Baca keseluruhan entri ini »

Entri-entri lain yang berkaitan:

Najibah on January 27th, 2009

Satu laman dari buku Il Million

Satu laman dari buku Il Million yang menceritakan pengembaraan Marco Polo

Tradisi menulis travelog atau catatan kembara adalah cabang kesusasteraan yang tua. Antara yang paling awal direkodkan adalah kisah pengembaraan Marco Polo, seorang pengembara Venetia pada kurun ke-13. Kisah pelayarannya telah diabadikan oleh seorang pengarang bernama Rustichello da Pisa.

Buku pengembaraan qadhi Andalusia ke Mekah

Dalam kebudayaan dan kesusasteraan Islam, kita akan menemui karya Ibnu Jubayr, seorang qadhi Andalusia yang mencatat pengembaraannya ke Mekah menunaikan haji, serta kisah pelayaran Ibnu Batutah. Mereka masing-masing hidup dalam kurun ke-13 dan ke-14.

Baca keseluruhan entri ini »

Entri-entri lain yang berkaitan:

Najibah on January 25th, 2009

Negara kita kehilangan seorang lagi sasterawan negara iaitu Arena Wati atau nama asalnya, Muhammad Dahlan Abdul Baing.

Allahyarham telah meninggalkan khazanah kesusasteraan yang kaya untuk ditelaah oleh bangsa Malaysia – termasuk yang berkaitan ilmu kelautan, suatu keistimewaan pada latar belakangnya sebagai seorang pelaut pada zaman muda yang tidak dimiliki oleh pengarang lain.

Jenazah beliau telah disemadikan di Perkuburan Islam Bukit Kiara petang tadi. Allahyarham meninggalkan seorang balu dan 6 orang anak.

Antara buku-buku terbaru Allahyarham adalah Cakra Waruga, Siri Armageddon, Trilogi Busa dan Warna Sukma Usia Muda.

Jemput bergelintar ke blog-blog berikut untuk beberapa belasungkawa:

  1. Web Sutera
  2. Jiwa Rasa
  3. Ulas <0> Buku [1] [2] [3]

Entri-entri lain yang berkaitan: