Browse > Home / Berita BukuRia / Blog article: Bersua semula di sini….

| Subcribe via RSS

Bersua semula di sini….

November 14th, 2008 Visited 137 times, 1 so far todayPosted in Berita BukuRia by Najibah

BukuRia sudah melalui proses yang panjang, malah usianya telah hampir mencecah setahun awal 2009 nanti. Sudah adat dunia, ada juga ‘hiccups’ tertentu dalam kewujudannya di tengah dunia maya hingga BukuRia terbengkalai dua bulan tanpa sebarang kemaskini pada pertengahan September hingga November.

Namun setiap penyakit ada ubatnya dan setiap waktu sukar ada waktu senangnya. Oleh sebab belum waktunya untuk BukuRia berkubur begitu sahaja, alhamdulillah November ini BukuRia akan mula kembali bersuara seperti biasa.

Walau bagaimanapun, saya bagi pihak BukuRia memohon maaf kerana selepas ini, BukuRia terpaksa mengambil tindakan yang agak ke belakang dengan menjadikan laman ini laman yang lebih berbentuk persendirian. Ini bererti BukuRia tidak akan menerima sumbangan bahan luar lagi. Sedikit ubahsuai juga akan dilakukan pada isi laman atas sebab ini.

Selain itu, BukuRia juga memohon maaf kerana telah mengabaikan para pembaca dan tidak mampu mengendalikan semua pertanyaan di laman ini dalam tempoh hibernasinya yang agak panjang. Mungkin agak sukar untuk BukuRia membina keyakinan pembaca semula, tetapi ternyata inilah risiko yang terpaksa dihadapi.

Bagi para penyumbang yang belum mendapat honorarium yang dijanjikan, BukuRia akan segera menghubungi anda semua agar dapat membuat tuntutan seperti yang diuar-uarkan sebelum ini. Semoga tidak berkecil hati dengan segala penantian yang telah dilalui, walaupun kami tidak mampu memberi sebarang hadiah tambahan sebagai saguhati terlalu lama menanti :-)

Maafkan kami.. maafkan kami… maafkan kami…

Tags:
Entri yang mungkin berkaitan (dijana secara automatik):

Leave a Reply