Repositori Manuskrip Melayu Lama
By Najibah • Sep 12th, 2008Visited 358 times, 2 so far today• Category: Artikel BukuRia
Para pengkaji manuskrip Melayu lama atau sesiapa sahaja yang berminat untuk membaca hasil nukilan nenek-moyang kita orang Melayu, mempunyai peluang yang cerah untuk meneliti manuskrip tersebut dalam talian dalam format PDF.
Ia merupakan sebahagian hasil kerja untuk disertasi Sarjana seorang tutor dan pelajar Universiti Malaya Mohd Hilmi Ripin, di bawah penyeliaan Profesor Dr Zainab Awang Ngah.
Manuskrip-manuskrip yang tersimpan di Universiti Malaya, Dewan Bahasa dan Pustaka, Perpustakaan Negara Malaysia dan Universiti Kebangsaan Malaysia telah pun didigitalkan dan kini boleh dicapai di repositori tersebut di sini.
Antara manuskrip yang jarang didengar adalah Hikayat Iblis dan Hikayat Bulan Berbelah. Manakala yang lebih tidak asing kepada kita adalah yang pernah diterbitkan seperti Sulalatus Salatin dan Hikayat Indera Putera.
Manuskrip telah dibahagikan kepada beberapa kategori seperti Agama, Hikayat, Salasilah & Sejarah, Syair, Adat, Bahasa dan Kitab Tib untuk memudahkan pengakses.
Himpunan manuskrip ini mungkin tidak sebesar mana, tetapi ia adalah satu permulaan yang sangat baik supaya capaian terhadap manuskrip lebih meluas di kalangan pengkaji mahupun bukan. Ia sejajar dengan usaha repositori lain seluruh dunia yang bertungkus-lumus mendigitalkan bahan bersejarah, hinggakan ada diwujudkan muzium digital untuk batu-batu yang bertulisan Cuneiform.
Namun untuk membaca manuskrip Melayu lama ini, kita harus melengkapkan diri terlebih dahulu dengan ilmu tulisan Jawi lama kerana bukan semua manuskrip pernah diterbitkan dalam bahasa Melayu moden. Alangkah baiknya jika kesemua salinan digital manuskrip lama ini turut terdapat dalam bahasa Melayu rumi hari ini.
Hmmm, tiada yang berminat mahu memperkayakan bahan digital manuskrip tua kita? ![]()
- Menggapai bintang: Kejayaan bertunjangkan semangat kekeluargaan
- Perpustakaan Digital
- Utusan Malaysia: Budayakan Bahan Bacaan Bermutu - Razali
- Terima kasih 1515….
- Memeluk gerhana di Singapura?
Najibah adalah pengasas BukuRia, mempunyai latar belakang dalam bidang perpustakaan dan sains maklumat serta sedikit pengalaman menulis di dua buah majalah tempatan.
Email this author | All posts by Najibah



Ini sudah menarik. Hikayat Iblis tu nampak macam menarik untuk dibaca. Hehehe..
Faizah, kenapa hikayat sang iblis menjadi pilihan tu…?
Bagus, info yang berguna.