Kenali Bookmooch
By Najibah • Sep 10th, 2008Visited 134 times, 2 so far today• Category: Artikel BukuRia
Kalau anda mempunyai beberapa buah buku lama yang sudah tidak mahu dibaca dan sedang mencari buku-buku tertentu yang anda ketinggalan membacanya, anda boleh cuba berurusan dalam talian di Bookmooch.
Daftarkan nama anda percuma. Kemudian senaraikan tajuk buku anda ke dalam inventori untuk dikesan oleh orang lain seluruh dunia. Untuk setiap buku anda yang diminta oleh orang lain dan anda menghantarnya, anda mendapat 3 mata. Mata tersebut boleh digunakan pula untuk meminta buku daripada orang lain. Tetapi yang menarik, bagi setiap buku orang yang anda minta hanya 2 mata akan ditolak dari akaun anda.
Sayangnya bagi peminat buku berbahasa Melayu, buku-buku Melayu masih berkurangan di dalam inventori-inventori di sana.
Selamat meneroka Bookmooch!
[Terima kasih kepada Katak Licik di Goodreads yang memperkenalkannya kepada saya]
- Mari berforum!
- Menjawab persoalan kehidupan dan ekonomi secara Freakonomics
- Utusan Malaysia: MSRI terbit enam buku penderitaan kanak-kanak Palestin
- Menggapai bintang: Kejayaan bertunjangkan semangat kekeluargaan
- Poster mini ‘Baca’
Najibah adalah pengasas BukuRia, mempunyai latar belakang dalam bidang perpustakaan dan sains maklumat serta sedikit pengalaman menulis di dua buah majalah tempatan.
Email this author | All posts by Najibah


Salam.
Ada satu lagi laman sesawang yang serupa tapi tak sama dengan Bookmooch, iaitu PaperBackSwap. Penggemar buku boleh saling bertukar buku-buku yang mereka inginkan (ataupun yang tidak lagi diingini). Kos yang terlibat hanyalah kos penghantaran buku tersebut.
URL laman tersebut ialah:
http://www.paperbackswap.com/index.php