@najibah (Twitter)

Terdapat dua lagi sumber buku elektronik yang menarik dalam talian, mungkin tidak sepopular Project Gutenberg tetapi lebih mudah dibaca serta dengan himpunan koleksi yang sedikit berbeza:

  1. Gutenberg<e>, satu projek akademik yang sekarang dibuka untuk orang ramai, diusahakan oleh American Historical Association and Columbia University Press. Ia memuatkan disertasi dan tesis yang telah terpilih untuk diubah suai ke dalam bentuk buku elektronik dengan paparan dan gaya bahasa popular dan tidak terlalu akademik.
  2. Questia, dengan paparan teratur dan menarik untuk pengalaman membaca dalam talian yang lebih baik. Walaupun hanya segelintir buku sahaja percuma, tetapi pilihan yang ada agak memberangsangkan.

Selamat membaca!

Tags: , , ,

Entri-entri lain yang berkaitan:

2 Comments to “Sumber buku elektronik dalam talian”

  1. Nor says:

    Salam sejahtera,

    Terima kasih kerana berkongsi tentang sumber buku eletronik dalam talian.

    Berikut sumber tambahan yang boleh dikongsikan, rasa-rasanya mereka ini tidak melanggar hakcipta:

    1). ICDL – International Children’s Digital Library. http://www.childrenslibrary.org/

    2).Page by Page Books. http://www.pagebypagebooks.com/

    Selamat membaca. Sekiranya saudara(i) ada sebarang bahan/sumber yang baik sudi kiranya berkongsi lagi.

    Sekian.
    Nor

  2. Najibah says:

    Salam kembali Nor,

    Menarik link-link yang disarankan. Terima kasih sudi berkongsi di sini.

Leave a Reply

You can use these tags: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>