Perisian khusus untuk para pengarang

Jika anda telah, sedang atau merancang untuk menulis buku, terdapat beberapa pilihan perisian pemproses perkataan selain MS Word yang boleh digunakan. Perisian-perisian ini berorientasikan penghasilan buku dan aliran kerja penulisan.

Ia mempunyai suatu ruangan kerja yang lebih tersusun dengan pembahagian bab secara hirarki yang membolehkan seseorang penulis melompat dari bab ke bab dengan mudah, merekod bilangan perkataan secara langsung tanpa perlu mengklik word counting tool yang berasingan, menyimpan maklumat khusus tentang latar cerita dan watak-watak untuk dirujuk terus ke dalam bab (seperti kad indeks atau helaian khas) serta banyak lagi.

Antara perisian-perisian tersebut adalah Scrivener (untuk para pengguna Mac OS), yWriter, Celtx dan PageFour (untuk para pengguna MS Windows). yWriter dan Celtx adalah dua perisian sumber terbuka (open source) sepenuhnya yang boleh dimuat turun secara percuma!

Selamat mencuba perisian-perisian yang menarik ini!

Najibah Abu Bakar

Pemilik BukuRia, berlatar belakang bidang perpustakaan dan sains maklumat serta mempunyai sedikit pengalaman menulis di beberapa akhbar dan majalah tempatan.

You may also like...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Facebook Auto Publish Powered By : XYZScripts.com