Sebaik-baik teman sejati adalah buku – Dr. ‘Aidh Al-Qarni

Jangan bersedih - A'idh al-Qarni

Karya ulung A’idh al-Qarni yang menempa namanya seantero dunia

Di antara sebab kebahagiaan adalah meluangkan waktu untuk mengkaji, memberi perhatian kepada pembacaan dan mengembangkan kekuatan otak dengan beberapa hikmah.

Al-Jahizh menasihatkan supaya sentiasa membaca dan mengkaji agar dapat mengusir kesedihan daripada anda. Katanya: “Buku adalah teman sejati yang tidak akan memujimu dengan berlebihan, sahabat yang tidak akan menipumu, dan teman yang tidak membuatmu bosan. Dia adalah teman yang sangat toleran yang tidak akan mengusirmu, dia adalah tetangga yang tidak akan menyakitimu, dan dia adalah teman yang tidak akan memaksamu mengeluarkan apa yang anda miliki. Dia tidak akan memperlakukanmu dengan tipu daya, tidak akan menipumu dengan kemunafiqan, dan tidak akan membuat kebohongan.”

Buku adalah sesuatu yang jika anda lihat, maka akan memberikan kenikmatan yang panjang, dia akan menajamkan kemampuan intelektual, melancarkan lisan, dan membaguskan gerakan tangan.

Dia akan memperindahkan lafaz anda, akan menenangkan jiwa, dan akan melapangkan dada, memberikan penghormatan kepada orang-orang awam dan membuka jalan persahabatan dengan raja-raja, kepada anda.

Dengannya anda akan mengetahui bahawa sebulan anda bergaul dengan buku akan lebih baik daripada anda bergaul dengan orang seumur hidup.

Dengannya anda dapat menghindarkan hutang dan kesusahan mencari rezeki. Dengan buku anda tidak harus bersusah-payah menghadap seorang pengajar yang mencari makan dari usaha mengajar, tidak harus belajar dari orang yang secara akhlaq lebih rendah dari anda, dan tidak harus duduk bersama orang-orang yang hatinya penuh kedengkian dan dengan orang-orang yang kaya.

Buku adalah sesuatu yang akan sentiasa taat kepada anda baik di siang hari mahupun di malam hari. Dia akan setia baik dalam perjalanan mahupun ketika berada di rumah. Dia tidak menyakiti anda ketika anda sedang tertidur dan tidak akan menyakiti anda ketika anda sedang tertidur.

Dia adalah guru yang jika anda memerlukannya, maka ia tidak akan berasa malu untuk membantu, dan jika anda meninggalkannya kerana kebendaan, maka dia tidak akan memutuskan faedahnya.

Walaupun anda meninggalkannya, dia akan selalu taat. Walaupun orang sekitar memusuhi anda, maka dia tidak akan berpaling. Bila anda bersama buku atau menjadikannya sebagai pegangan, anda pasti lebih unggul daripada orang lain.

Buku tidak membahayakan anda dengan menenggelamkan anda dalam kemurungan dan berteman dengan keburukan, meskipun buku tidak dapat berbuat apa-apa terhadap anda. Akan tetapi, dengan membacanya anda akan terhindar dari perbuatan sia-sia, seperti duduk termenung di hadapan pintu atau memandangi cermin sambil bergaya di hadapannya sebagaimana biasa terjadi.

Buku dapat mencegah anda dari pandangan yang menyesatkan yang tidak penting, bergaul dengan manusia rendah, ikut serta dengan pembicaraan yang tidak berguna, perkataan yang merosak, akhlak yang buruk dan kebodohan yang tercela.

Dengan membaca buku, anda memperolehi keselamatan, untuk selanjutnya mendapatkan harta. Di samping itu anda juga terhindar dari mensia-siakan waktu. Jika anda tidak menyibukkan diri dengan membaca, tentu anda akan terjebak dalam perbuatan yang melalaikan dan tidak berguna. Ringkasnya, buku akan memberikan kenikmatan dan kebaikan yang besar.

Dan sesungguhnya telah kita ketahui bahawa sebaik-baik cara untuk mengisi waktu terluang pada siang hari dan menghindari terbuangnya waktu percuma pada malam hari adalah dengan membaca buku.

Orang yang suka menganggur tidak akan dapat memanfaatkan waktu terluangnya untuk kegiatan yang dapat menambah pengalaman, fikiran dan harga diri.

Membiarkan waktu terluang tanpa membaca buku sama sahaja dengan tidak dapat menjaga kehormatan diri, tidak dapat memperbaiki agama, tidak dapat mengembangkan harta, tidak dapat menjaga kreativiti (daya cipta – editor) dan tidak dapat merasakan ni’mat.

*  *  *  *  *  *  *

Peringatan indah ini dicedok daripada buku “Jangan Bersedih” (terjemahan La Tahzan) karya Dr. ‘Aidh bin Abdullah Al-Qarni, seorang sarjana Islam kelahiran Arab Saudi yang prolifik menghasilkan karya pelbagai genre dalam media cetak dan media bunyi, termasuk syair dan biografi ulama. Cergas dalam pertemuan dan persidangan antarabangsa dalam pelbagai bidang ilmu termasuk sastera dan matematik.

Untuk membaca lebih lanjut tentang ‘Keutamaan Buku’ dan ‘Faedah Membaca dan Mentelaah’, bolehlah memburu buku ini di perpustakaan, kedai buku atau daripada rakan-rakan yang memilikinya. Selamat membaca!

Summary
Review Date
Reviewed Item
Jangan Bersedih (A'idh al-Qarni)
Author Rating
51star1star1star1star1star

Najibah Abu Bakar

Pemilik BukuRia, berlatar belakang bidang perpustakaan dan sains maklumat serta mempunyai sedikit pengalaman menulis di beberapa akhbar dan majalah tempatan.

You may also like...

10 Responses

  1. awit says:

    bener tuch… buku adalah jendela dunia…..dan lagi internet pintu menuju dunia….belajar dari buku setuju banget….

  2. fahmi says:

    membaca perlu untuk mendapatkan ilmu. namun begitu harus berhati-hati kerana berguru dengan buku kadang-kadang takut tersilap faham. perlu ada orang yang lebih pandai untuk memandu. paling tidak pun selepas membaca bincang dalam kumpulan agar tidak tersesat.

    wallahualam

  3. Najibah says:

    Awit,

    Terima kasih sudi berkomentar di sini. Di Indonesia, kata seorang orang industri buku di sini, buku sudah menjadi keperluan. Benarkah? Ada ngak kajian berapa buah buku setahun dibaca orang Indonesia?

    Fahmi,

    Ya, setuju dengan pandangan Fahmi. Kena berguru meskipun buku ada di depan mata. Terutamanya apabila menelaah buku agama.

    Saya teringat ada satu buku kecil oleh Haji Abdullah Al-Qari membahas tentang berguru dengan buku ni, dan bahasannya menarik dan mudah difahami walaupun ringkas.

    Bagi yang di negeri Kelantan, boleh cari buku ni di perpustakaan negeri bahagian Koleksi Kelantan.

  4. ikmal says:

    SEkiranya kak najibah tak keberatan apakah tajuk ‘berguru dengan buku’ tersebut. Ingin saya membacaya sekembali ke tanahair 🙂

  5. Najibah says:

    Salam Ikmal,

    Akak minta maaf sebab tak dapat ingat tajuk buku tu. Mungkin kalau Ikmal ke Perpustakaan Negeri Kelantan nanti, boleh rujuk pustakawan rujukan atau Kak Farah di tingkat satu.

    Tapi kalau masuk ke ruangan koleksi Kelantan di tingkat tiga, kalau mereka belum ubah lagi susunan rak daripada 2 tahun dulu, buku tu boleh dicari di jujukan rak yang pertama dari sebelah kiri (sebaik sahaja masuk pintu), aisle ke dua, shelf paling mula-mula di belakang meja pustakawan rujukan (he he, konon-konon cuba meniru Magliabechi si pustakawan Florence – rujuk artikel Pustakawan Ulung).

  6. Salam Najibah, betul buku adalah buah hatiku nomor satu selain dia dan anak-anak yang kukasihi – melengkapkan kehidupan yang indah ini!

  7. Buku yang dibaca harus dirujuk dengan guru/kawan yang lebih arif. Berguru dengan buku tanpa panduan guru akan menyebabkan pembacanya terawang-awang sendiri. So, buatlah yang terbaik selepas membaca – mengkritik atau mengongsikan pandangan tentang kandungan buku yang dibaca kepada khalayak agar ilmunya sampai dan berpanjangan membawa pahal ke alam baqa. Wallahu’allam…

  8. Alex says:

    Your blog is interesting!

    Keep up the good work!

  9. Najibah says:

    Thank you Alex! Yours are good too 🙂

  1. July 6, 2008

    […] Sebaik-baik teman Sejati adalah BUKU […]

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

WP Facebook Auto Publish Powered By : XYZScripts.com