Mari berforum!
Visited 76 times, 2 so far today
July 24, 2008 – 3:06 am Oleh Najibah
Bulan Julai telah diangkat sebagai Bulan Membaca Kebangsaan di Malaysia oleh Perpustakaan Negara.
Sempena bulan membaca ini, Bukuria ingin membuat sedikit lagi sumbangan kecil ke arah pembudayaan buku, dengan mewujudkan forum tentang buku dan perpustakaan di laman sesawangnya.
Kepada sesiapa yang berminat untuk membantu secara sukarela sebagai moderator, pihak Bukuria membuka peluang kepada sesiapa sahaja yang berasa dia berkemampuan dan berminat.
Setiap ‘board’ atau papan perbincangan memerlukan dua orang moderator. Setiap moderator boleh memilih dua ‘board’ atau papan perbincangan.
Anda boleh tinggalkan nama di ruangan komentar dan sertakan nama papan perbincangan mana yang menarik minat anda.
Jom, kita semarakkan budaya buku dan membaca di Malaysia.
Artikel berkaitan:
- Pengiklan pertama Bukuria dan “Terima Kasih Buku”
- Eksklusif: Pendedahan Angan-Angan Ala M. Jenin di Bukuria
- ICoLIS 2008 anjuran Universiti Malaya (November)
- Acara buku di DBP (Jun)
- Gerai Buku Bukuria (GBB)
Tags: forum, forum buku, forum perpustakaan, moderator forum



2 Responses to “Mari berforum!”
Asslmkm…
Apa qualification nk jd moderator nih?
Kut org hanya ada SPM mcm sye nih x leh jd ka? huhuhuhu
By annahs on Jul 24, 2008
saya berminat…amat2 berminat. Mahu menyumbang dari apa jua segi yang termampu.
By Rozlan Mohamed Noor on Jul 24, 2008