Gerai Buku Bukuria (GBB)
Visited 115 times, 3 so far today
July 16, 2008 – 2:02 pm Oleh Najibah
Pada bulan Julai ini, Bukuria cuba mengembangkan sayap di dunia perbukuan tanah air dengan melancarkan Gerai Buku Bukuria (GBB), satu usaha kecil-kecilan.
Di GBB, Bukuria menjaja buku-buku terutama terbitan dalam negara (sama ada buku dalam bahasa Inggeris atau bahasa Malaysia), dengan pengecualian buku-buku yang terdapat di kedai maya pengiklan Bukuria (selama mana pengiklan tersebut memaparkan iklannya di Bukuria).
Semua urusan pembelian dan penjualan akan dibuat melalui pos sepertimana kedai-kedai buku maya yang lain. Cuma pada tahap ini kami menguruskan pembelian di dalam negara sahaja.
Harganya akan setanding dengan kedai-kedai buku maya yang lain dengan hanya sedikit keuntungan untuk kelangsungan Bukuria.
Selain itu kami juga membeli dan menjual buku-buku terpakai terutama penerbitan dalam negara (bahasa Melayu dan bahasa Inggeris) untuk menggalakkan lagi kadar membaca di kalangan orang Melayu dan pada masa yang sama mengecilkan perbelanjaan pembelian buku.
Buku terpakai yang akan diterima hanyalah buku-buku sastera bukan popular, buku sains kemasyarakatan dan politik dan buku-buku lain seumpamanya yang mempunyai nilai ‘evergreen’ atau klasik.
Jika anda ada ingin memiliki buku baru atau mempunyai buku terpakai untuk dijual, dialu-alukan menghubungi kami di admin@bukuria-malaysia.com.
Bagi buku-buku yang tidak terdapat dalam senarai, kami sedia membantu anda mencari buku tersebut dari pembekal tanpa bayaran tambahan dan akan segera kami senaraikan di sini untuk semakan anda.
Semua harga termasuk bayaran pos.
Artikel berkaitan:
- Best Malaysian Sites
- Apa yang perlu ditambah - atau dikurangkan?
- Pengiklan pertama Bukuria dan “Terima Kasih Buku”
- Eksklusif: Pendedahan Angan-Angan Ala M. Jenin di Bukuria
- Ubah gaya hidup: sumber bahan bacaan ketika gawat
Tags: buku terpakai, gerai buku



4 Responses to “Gerai Buku Bukuria (GBB)”
Salam Najibah,
Ingin tahu. Jika kebetulan, ada dua orang yang berbeza membuat pembayaran serentak untuk satu buku yang sama, pemintaan siapakah yang akan diluluskan? Manalah tahu, tiba-tiba ada sebuah buku yang menjadi rebutan di kalangan pencinta buku.
By Nisah Haron on Jul 22, 2008
Salam Kak Nisah,
Hmm, tak pernah terfikirkan soal ni pun sebenarnya. Mungkin akan dilihat dari sudut minit-minitnya - atau kalau perbankan Internet, dapat ditentukan daripada akaun, wang siapa yang dimasukkan dulu. Atau kalau tak ada beza seminit pun, mungkin mereka kena hantar satu slogan menarik kenapa mereka inginkan buku tu?
By Najibah on Jul 22, 2008
Oh … kena cipta slogan kenapa saya patut dapat buku itu?
Wah, cadangan bagus … atau kalau boleh saya tambah:
1. Buat bidaan dgn angka ganjil/unik atau nilai tertinggi
2. Buat puzzle — sapa boleh selesaikan semua stage, dapat beli buku dan ada complimentary book (mungkin karya bermutu penulis2 baru .. promosi free tu)
3. Buat kuiz — jawapan paling ‘mantoop’, orang tu lah yang dapat …
Boleh cenggitu?
By peesha on Jul 22, 2008
Peesha,
Betul lah saya ni tak berfikir dengan orientasi usahawan. Kalau berjiwa wang, tentu saya dah terfikir awal-awal lagi untuk buka bidaan. Aduh, nampaknya kena asah bakat keusahawanan lagi sampai betul-betul tajam. Nak pakai batu asah macam mana ya?
By Najibah on Jul 22, 2008