Berita Harian: Syor pekerja diberi elaun buku
Visited 92 times, 1 so far today
July 8, 2008 – 10:20 am Oleh Najibah
Oleh Nor Azma Laila
Cadangan akan dihantar ke Kabinet untuk galak tabiat membaca di kalangan rakyat
KUALA LUMPUR: Kementerian Perpaduan, Kebudayaan, Kesenian dan Warisan mencadangkan kerajaan memberikan elaun buku kepada kakitangan awam dan swasta bagi menggalakkan tabiat membaca di kalangan masyarakat negara ini yang ketinggalan berbanding negara Barat.
Menterinya, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal, berkata cadangan itu akan dibawa ke Kabinet kerana ia bertepatan dalam usaha kerajaan meningkatkan tabiat membaca dan menyokong sepenuhnya sekiranya kerajaan ingin meluluskan cadangan berkenaan.
“Berdasarkan kajian yang dijalankan Perpustakaan Negara, 98.8 peratus rakyat negara ini membaca hanya dua buku setahun dan hanya 6,500 judul baru diterbitkan setahun oleh lebih 200 penerbit yang aktif.
“Statistik ini amat sedikit jika dibandingkan dengan negara lain seperti Korea Selatan yang menerbitkan lebih kurang 40,000 judul baru setiap tahun dan 70 peratus daripada buku ini adalah untuk bacaan umum,” katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang media selepas majlis pelancaran Kelab Membaca Kebangsaan dan Festival Membaca 2008 yang dirasmikan Raja Permaisuri Agong, Tuanku Nur Zahirah.
Hadir sama, Ketua Setiausaha Kementerian Perpaduan, Kebudayaan, Kesenian dan Warisan, Dr Muzahet Masruri dan Ketua Pengarah Perpustakaan Negara, Raslin Abu Bakar.
Festival yang berlangsung selama tiga hari itu bertujuan melahirkan masyarakat Malaysia yang berilmu dan bermaklumat dengan menjadikan amalan membaca sebagai budaya.
Sempena festival itu, logo rasmi Kelab Membaca Kebangsaan Sinar Pintar turut dilancarkan selain pelbagai aktiviti menarik lain antaranya demonstrasi bacaan pantas, pameran perpustakaan keluarga dan pertandingan membaca braille bagi orang kurang upaya (OKU).
Shafie berkata, bagi meningkatkan minat membaca, penerbit dan pengeluar buku juga perlu menawarkan harga yang lebih rendah kerana ia boleh menggalakkan orang ramai untuk membeli buku dengan lebih kerap.
“Selain itu, saya menyarankan supaya pemilik gedung buku seperti MPH, Kinokuniya dan Borders mengadakan jualan murah untuk memberi peluang kepada masyarakat mendapatkan buku pada harga yang lebih murah,” katanya.
3 Julai 2008
Dalam talian di: http://www.bharian.com.my/Thursday/Nasional/20080703013146/Article/index_html
Artikel berkaitan:
- Utusan Malaysia: Budayakan Bahan Bacaan Bermutu - Razali
- Berita Harian: Coretan Angkasawan: Masuk ‘perpustakaan’ setiap hari
- Tehran Times: Iran mewujudkan perpustakaan pos percuma sebagai galakan membaca
- Jangkakan kenaikan harga buku dan bahan bacaan tradisional
- Utusan Malaysia: Adam, Dafi meriahkan pesta buku



4 Responses to “Berita Harian: Syor pekerja diberi elaun buku”
setuju…
sapa sokong angkat tangan….
By Hasliza on Jul 9, 2008
Untuk menawarkan harga buku yang rendah, penerbit juga berhdapan dengan kenaikan kos penerbitan terutama kos cetak dan kertas. Mungkin kerajaan harus melakukan sesuatu ke atas cukai kertas dan sebagainya sebagai menyokong keberdirian syarikat penerbitan.
Walau bagaimanapun, saya juga turut menyokong jualan buku secara diskaun oleh kedai2 buku besar sebagai galakan kepada aktiviti membaca dalam masyarakat.
By Rozlan Mohamed Noor on Jul 9, 2008
saya sokong apa yg En. Rozlan katakan … kerajaan perlu melakukan sesuatu atas cukai kertas untuk menyokong penerbitan buku.
Orang kita gemar membaca … tapi, kdg2 buku ‘biasa-biasa’ (yg boleh dibaca sewaktu menunggu bas dan sebagainya) pun terlalu mahal harganya. Kalau di luar negara, buku2 begitu harganya hanya beberapa pence saja .. tapi di sini?
saya pernah terbaca bahawa kerajaan sebenarnya boleh mengawal kenaikan cukai kertas kerana kita hanya ada 4 entiti yang diberikan hak untuk menjaga perusahaan ini … (tapi lupa pulak di mana bacanya) … maka, seharusnya cukai kertas tak perlu tinggi.
dan saya memang sokong elaun begini … dan, sangat bersetuju bila dapat rebat 3k untuk income tax …
By peesha on Jul 10, 2008
Terima kasih semua atas masukan (input) yang diberikan, terutama Peesha
Saya sokong 100% apa sahaja usaha yang patut dan memang sudah lama dibuat berkaitan dunia buku negara. Kita ketinggalan berapa tahun di belakang agaknya….(?)
By Najibah on Jul 11, 2008