Utusan: Keputusan pemenang HSKU 2007


Visited 201 times, 1 so far today
June 17, 2008 – 8:32 am
Oleh Najibah

15 Jun 2008 - Hadiah Sastera Kumpulan Utusan – ExxonMobil 2007 (HSKU 2007) kini telah memasuki usia 23 tahun. Sejak diwujudkan 23 tahun lalu, HSKU telah melahirkan banyak penulis baru yang berbakat hingga akhirnya menjadi sasterawan yang mewarnai lanskap kesusasteraan tanah air.

HSKU menjadi platform paling berkesan untuk penulis baru mencipta nama dan penulis tersohor melontarkan cabaran kepada yang baru. Kini acara HSKU tercatat dalam kalendar kesusasteraan kerana diadakan saban tahun, tidak terlangkau walaupun sekali.

Acara penyampaian hadiah HSKU 2007 tahun ini akan diadakan pada Jumaat ini di Crowne Plaza Mutiara Kuala Lumpur pukul 8 malam. Tetamu kenamaan HSKU 2007 ialah Menteri Kewangan II, Tan Sri Nor Mohamad Yakcop yang akan melancarkan antologi karya-karya pemenang kali ini.

Secara sepintas lalu, HSKU 2007 dikuasai oleh penulis generasi baru yang pernah memenangi HSKU sebelum ini. Penulis-penulis ini kelihatan konsisten dan produktif serta memperlihatkan pendekatan dan pemikiran yang baru dalam karya-karya mereka.

Berikut ialah senarai penuh pemenang HSKU 2007.

Kategori Pemenang
Novel Remaja Pertama: Khazanah Warisnya Kalbu (Sri Rahayu Mohd Yusop)

Kedua: Sayap-sayap Cendekia (Nisah Haron)

Ketiga: Baromkeh: Matamu di Mataku (Ummi Hani Abu Hassan)

Cerpen Remaja 3 Hadiah Utama:

Banglo Kolonial di Lot 152 (Khairunnasriah Abdul Salam, Mingguan Malaysia 2 Disember 2007)

Cerita Sagita dan Sagupa (Saifullizan Yahaya,Mingguan Malaysia 28 Oktober 2007)

Rumah Nurul Iman (Ghafirah Idris, Utusan Melayu Mingguan 28 Mei 2007)

6 Hadiah Penghargaan:

Dunia di Pergelangan Tanganku (Dr. Ilias @ Illias Zaidi, Mingguan Malaysia 28 Ogos 2007)

Kalendar Baru Abang (Siti Aminah Mat [Tie Camar], Mingguan Malaysia 15 April 2007)

Mamaku Menteri (Salina Ibrahim, Utusan Melayu Mingguan 22 Januari 2007)

Selamat Kembali Nurul Merdeka (Khairunnasriah Abdul Salam, Mingguan Malaysia 19 Ogos 2007)

Tiga Catatan di Tiga Perhentian (Lim Swee Tin, Mingguan Malaysia 2 September 2007)

Wira Mandala Hijau (Khairul Hafiz Abdul Rahman [Serunai Faqir], Mingguan Malaysia 2 Julai 2007)

Cerpen 3 Hadiah Utama:

Dari Suatu Tikungan Lorong (Zainal Palit, [Zaen Kasturi], Mingguan Malaysia 4 Februari 2007)

Moluska (Syed Mohd Zakir Syed Othman [S.M. Zakir], Mingguan Malaysia 29 Julai 2007)

Warna (Faizati Mohd Ali, Mingguan Malaysia 4 November 2007)

6 Hadiah Penghargaan:

Cerita Sebuah Lembah (Muhammad Lutfi Ishak, Mingguan Malaysia 16 Disember 2007)

Ini Chow Kit Road, Sudilah Mampir (Mohamed Ghozali Hj. Abdul Rashid [Malim Ghozali PK], Mingguan Malaysia 23 Disember 2007)

Jihad Sang Hamba (Khairul Hafiz Abdul Rahman [Serunai Faqir], Utusan Melayu Mingguan 26 Mac 2007)

Laut Tetap Bergelora (Zaharah Nawawi, Mingguan Malaysia 11 November 2007)

Nilai Cinta Kita (Azizi Haji Abdullah, Mingguan Malaysia 9 September 2007)

Putik Qunaitara (Ummi Hani Abu Hassan, Mingguan Malaysia 10 Jun 2007)

Puisi 3 Hadiah Utama:

Denyut Murba (Zainal Palit [Zaen Kasturi], Mingguan Malaysia 28 Oktober 2007)

Menggeledah Nurani (Ahmad Fadhlil Mohamad Pakarul-Razy [Fahd Razy], Mingguan Malaysia 14 Oktober 2007)

Suriku, di Sejadah Ini Kita Sujud (Muhamad Ikram Abdullah, Mingguan Malaysia 27 Mei 2007)

6 Hadiah Penghargaan:

Bumi Tersohor Kerana Kau Tanah Selatan (Wahyu Budiwa Rendra A.Wahid [WB Rendra], Mingguan Malaysia 20 Mei 2007)

Doa Maal Hijrah di Kaki Maghrib (Shamsudin Othman, Mingguan Malaysia 25 Februari 2007)

Ingatan Kepada Kawan xx (Zainal Palit [Zaen Kasturi], Mingguan Malaysia 11 November 2007)

Lidah Anakku Berbelang-Belang (Zainal Abidin Suhaili [Abizai], Mingguan Malaysia 19 Ogos 2007)

Luka Pujangga Bangsa (Roslizan Yaacob [Marjan S], Mingguan Malaysia 18 November 2007)

Sajak Anum Kepada Jebat (Siti Raihani Mohamed Saaid, Mingguan Malaysia 13 Mei 2007)

Kajian dan Rencana Sastera Kajian Sastera: Tiada pemenang

Rencana Sastera:

Ke Mana Hala Tuju Sastera Melayu? (Dr. Mohd Zariat Abdul Rani, Pemikir Oktober-Disember 2007)

Novel Remaja Bahasa Inggeris Hadiah pertama: Peace Child (Seliong ak Wau)

Hadiah kedua: Magic Eyes (Teoh Choon Ean)

Hadiah ketiga: Dahlia (Sherifah Binti Baharudin)

Artikel berkaitan:

Tags: ,

  1. 2 Responses to “Utusan: Keputusan pemenang HSKU 2007”

  2. keputusan HSKU 07 memperlihatkan penguasaan pengkarya wanita, satu perkembangan positif dalam jagat sastera nasional.

    By Rozlan Mohamed Noor on Jun 18, 2008

  3. Harap-harap tak lama lagi akan ada sasterawan negara wanita :)

    By Najibah on Jun 21, 2008

Post a Comment