Utusan: Bantuan pinjaman akan diberi kepada penerbit buku
Visited 58 times, 1 so far today
June 25, 2008 – 6:09 am Oleh Najibah
KUALA LUMPUR 18 Jun – Industri buku yang kian lesu akan digiatkan kembali menerusi beberapa pakej bantuan kewangan yang akan disalurkan kepada penerbit dan pengedar buku.
Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi akan membantu menjana kembali industri buku yang pernah mencapai zaman cemerlangnya suatu ketika dahulu serta meningkatkan jualan buku yang kian merosot.
Timbalan Menterinya, Datuk Saiffuddin Abdullah berkata, agensi di bawah kementerian itu seperti Bank Perusahaan Kecil dan Sederhana Malaysia Berhad (SME Bank) akan membantu menambah peluang memasarkan buku serta menambah jumlah pembaca.
“Sebahagian daripada agensi yang menyediakan pinjaman tidak memahami industri buku dengan lebih mendalam, contohnya selama ini SME Bank hanya melihat industri buku dari segi percetakan sahaja sedangkan di bawah industri buku terdapat juga penerbit dan pengedar buku,” katanya ketika merasmikan Majlis Pertemuan Pengedar Buku Dewan Bahasa Dan Pustaka di sini hari ini. - Bernama
Artikel berkaitan:
- Ulasan: Memartabatkan Persuratan Melayu
- Berita Harian: Syor pekerja diberi elaun buku
- Simbiosis penulis, penerbit dan perpustakaan
- Utusan Malaysia: Budayakan Bahan Bacaan Bermutu - Razali
- Karya Kita Hak Kita: Memahami hak cipta dalam berkarya
Tags: Bank Perusahaan Kecil dan Sederhana Malaysia Berhad, industri buku negara, penerbit buku, penerbitan, SME Bank


