BUKURIA

Gerbang Dunia Buku dan Perpustakaan

Archive for June, 2008

Melatih intuisi: berfikir dalam sekerdip mata

By Najibah • Jun 18th, 2008 • Category: Ulasan Buku

Judul: Blink: The Power of Thinking Without Thinking
Penulis: Malcolm Gladwell
Penerbit: Back Bay Books
Tahun: 2007 (c2005)
ISBN: 978-0316010665
Muka surat: 320

Intuisi adalah sesuatu yang boleh dilatih. Satu pernyataan yang sukar diterima akal. Selama ini intuisi diterima sebagai sesuatu yang datang secara tiba-tiba tanpa sebab munasabah yang dapat menjelaskannya. Tetapi pernyataan tadi telah cuba dibuktikan oleh Malcolm Gladwell […]



Membaca sebagai penulis

By Najibah • Jun 18th, 2008 • Category: Artikel BukuRia

Pernahkah anda menyimpan impian menjadi penulis?
Tentu ramai di antara kita yang akan mengiyakan, apatah lagi dalam dunia hari ini apabila seorang blogger yang hanya bermula kecil-kecilan di dunia maya pun akhirnya dapat menerbitkan buku masing-masing, walaupun secara persendirian.
Kalau ada yang ingin menjadi penulis, pernahkah pula anda terfikir bagaimanakah seorang penulis perlu membaca supaya dapat menghasilkan […]



Best Malaysian Sites

By Najibah • Jun 18th, 2008 • Category: Berita BukuRia

Para pembaca yang budiman dan dihormati, dalam usaha promosi Bukuria kami telah menyertai Best Malaysian Sites dan memerlukan undian daripada para pembaca.
Untuk mengundi, sila lihat button di sidebar yang kecil.
Terima kasih atas undian anda :).
Kami sangat menghargai sokongan anda sejauh ini.



Utusan: Keputusan pemenang HSKU 2007

By Najibah • Jun 17th, 2008 • Category: Artikel Luar

15 Jun 2008 - Hadiah Sastera Kumpulan Utusan – ExxonMobil 2007 (HSKU 2007) kini telah memasuki usia 23 tahun. Sejak diwujudkan 23 tahun lalu, HSKU telah melahirkan banyak penulis baru yang berbakat hingga akhirnya menjadi sasterawan yang mewarnai lanskap kesusasteraan tanah air.
HSKU menjadi platform paling berkesan untuk penulis baru mencipta nama dan penulis tersohor melontarkan […]



Sepasang Kasut dan Selipar Jepun: di Bumi Abu Sayyaf

By Najibah • Jun 16th, 2008 • Category: Artikel Luar

Judul: Sepasang Kasut dan Selipar Jepun: di Bumi Abu Sayyaf
Pengarang: Jackson Sawatan
Penerbit: Dewan Bahasa dan Pustaka
ISBN: 963-62-9341-8
Muka surat: 146
Harga: RM17.00
Orang yang pergi tidak lagi dapat kembali untuk duduk-duduk bersembang dan menceritakan pengalaman hidupnya. Jika berbaloi untuk diceritakan, ceritakanlah awal-awal lagi.
Begitu tulis Jackson Sawatan tentang lintasan fikirannya semasa mula-mula hendak menulis buku ini.
Sebagai wartawan yang dihantar […]



Simbiosis penulis, penerbit dan perpustakaan

By Najibah • Jun 14th, 2008 • Category: Artikel BukuRia

Mendengar perkataan simbiosis, ia mungkin mengingatkan penonton tentang drama bersiri dibintangi Nanu dan Fahrin yang saling bertukar pasangan demi maslahat masing-masing.
Bagi para peminat drama tersebut, maaf kerana Simbiosis yang itu tidak menjadi inti artikel kali ini.
Simbiosis dalam artikel ini hanya mengutarakan maksud umumnya, iaitu bentuk hubungan yang saling bergantungan dan memberi manfaat kepada pihak-pihak yang […]



Apa yang perlu ditambah - atau dikurangkan?

By Najibah • Jun 13th, 2008 • Category: Santai

Salam hormat kepada semua pembaca Bukuria yang telah banyak menyokong dan membantu Bukuria selama ini, tidak kira dengan membaca helaian elektroniknya, berkomentar atau sekadar menjengukkan kepala.
Sepanjang mengendalikan Bukuria, kami berusaha sebaik mungkin untuk meningkatkan jumlah trafik walaupun setakat ini semuanya masih secara kecil-kecilan (melawat dari blog ke blog, menyertai forum dan sebagainya). Hasilnya adalah kadar […]



Kenapa kaum lelaki membaca?

By Najibah • Jun 12th, 2008 • Category: Artikel BukuRia

Sering kita dengar, wanita dikatakan membaca untuk memenuhi keinginan emosinya lebih daripada intelektual. Itulah sebabnya ramai wanita membaca novel cinta. Mereka juga lebih banyak menggunakan buku masakan dan buku jahitan, manakala lelaki lebih macho dengan buku-buku yang hebat seperti politik dan sejarah.
Sebuah artikel ringkas tulisan Kaite Mediatore Stover (seorang ketua pustakawan di Perpustakaan Awam Kansas) […]



Makan Untuk Hidup: ada tips dari sahabat untuk sahabat

By Rozlan Mohamed Noor • Jun 11th, 2008 • Category: Ulasan Buku

Judul : MAKAN UNTUK HIDUP : Jaga Makan Sihat Badan
Penulis : Ramli Mat Nor
Editor Perunding : Mohamed Nasser Mohamed
Penerbit : Iman Muafakat Group Sdn Bhd
ISBN : 978-983-43241-1-7
Harga : RM 19.90
Makan untuk Hidup : Jaga Makan Sihat Badan merupakan buku pertama yang ditulis oleh Ramli Mat Nor. Walaupun tidak memiliki kepakaran khusus dalam bidang pemakanan, namun […]



Ubah gaya hidup: sumber bahan bacaan ketika gawat

By Najibah • Jun 10th, 2008 • Category: Artikel BukuRia

Sebelum ini, Bukuria telah menyarankan membaca sebagai satu bentuk hiburan alternatif pada waktu ekonomi gawat. Saranan ini dibuat berdasarkan beberapa sebab. Salah satunya adalah kerana berhibur dengan buku ini walaupun masih memerlukan kita mengeluarkan kos tetapi ia berbaloi dan masih boleh diselarikan dengan saranan kerajaan supaya mengubah gaya hidup.
Dalam keadaan separa rela untuk menyahut […]