Makan Untuk Hidup: ada tips dari sahabat untuk sahabat

Makan untuk HidupJudul : MAKAN UNTUK HIDUP : Jaga Makan Sihat Badan
Penulis : Ramli Mat Nor
Editor Perunding : Mohamed Nasser Mohamed
Penerbit : Iman Muafakat Group Sdn Bhd
ISBN : 978-983-43241-1-7
Harga : RM 19.90

Makan untuk Hidup : Jaga Makan Sihat Badan merupakan buku pertama yang ditulis oleh Ramli Mat Nor. Walaupun tidak memiliki kepakaran khusus dalam bidang pemakanan, namun tip dan panduan kesihatan yang diperturunkan malah praktikal untuk semua lapisan masyarakat. Mungkin kerana itu jugalah judul siri untuk dibuku ini berbunyi, Tip Sahabat untuk Sahabat.

“Jaga makan sihat badan”, demikian kata Editor Perunding buku ini, saudara Mohamed Nasser Mohamed dari Semenyih yang telah berjaya berkolaborasi dengan penulis untuk merealisasikan tip ini ke dalam bentuk buku yang sempurna.

Buku setebal 96 muka surat tersebut merupakan panduan umum dan ringkas tentang keperluan pemakanan dan aktiviti seharian yang perlu untuk kehidupan yang sihat dan sejahtera.

Selain membincangkan perihal amalan pemakanan dan aktiviti kehidupan manusia yang serba moden hari ini, buku ini turut memperturunkan beberapa saranan berguna untuk hidup sihat dan cergas sepanjang masa menurut perspektif Islam.

Lebih istimewa lagi buku ini dihasilkan melalui pengalaman dan pengamatan peribadi penulis di samping penekanan terhadap disiplin dan amalan pemakanan seimbang. Buku yang santai dan menggunakan pendekatan mesra pembaca ini sewajarnya dimiliki oleh semua lapisan masyarakat.

Sebagai bonus, buku ini turut diselitkan 24 senaman kalistenik dan regangan di samping 24 tip pemakanan unggul. Sebagai koleksi di rak buku di rumah anda, rasanya buku ini amat bersesuaian. Apatah lagi kalau dijadikan hadiah buat seseorang. Bentuknya yang kompak dan hiasan kulit yang menguja pasti menarik perhatian.

* * * * * * *

Rozlan Mohamed Noor adalah editor Tintarona dan Utusan Publications & Distributors. Laman webnya Celik Huruf – dari Sahabat untuk Sahabat menceritakan kisah-kisah seputar dunia penerbitan dan industri buku negara serta cuplikan perjalanan hidupnya.

You may also like...

8 Responses

  1. fahmi says:

    Macam menarik saja buku ini. Sesuai sekali dikeluarkan ketika isu Obesiti melanda masyarakat Malaysia.

  2. Baca sahaja tidak memadai memerangi obes, kena amalkan setiap saranan, heheheh! Selamat membaca, “Makan Untuk Hidup.”

  3. Najibah says:

    Bentuknya ni mengingatkan saya pada siri buku tentang herba dan buah oleh seorang penulis bangsa Cina.

    Banyak-banyak buku kesihatan mungkin yang ini berlainan sebab menggabungkan prinsip pemakanan Islam dan sains kesihatan termasuk senaman [?]. Saya kurang arif sebab tak pernah beli buku tentang makan :).

  4. thafiexq says:

    banyak cara untuk kita menjalani cara hidup yang sihat. masalahnya sekrang golongan ini mahu mengambil cara mudah untuk sihat. selain itu mereka tak ada inisiatif sendri. belilah buku dan vcd berapa banyak pun.
    komen ni secara umum bukan utk meninggung sesiapa.. sory!

  5. Setuju sangat dengan thafiexq, bukan tak sokong industri buku, tapi apa salah berfikir lebih praktikal. Kan? Baca buku untuk dapatkan ilmu…BAGUS! tapi kalau tak amal. Adusss

  6. Web Sutera says:

    Assalamualaikum,

    Saya sedang baca buku ini. Terima kasih sdr Rozlan.

  7. Web sutera memang relevan sekali menelaah buku ini. Kerana tuan juga berurusan dengan soal makan-makan! 🙂

  8. farid says:

    sy berminat nak dapatkan buku ni…ade d jual d popular bookstore ke??plz email me back

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

WP Facebook Auto Publish Powered By : XYZScripts.com