Antara Goodreads, LibraryThing dan Shelfari

Terdapat beberapa komuniti buku maya yang mendapat sambutan di kalangan penggemar buku iaitu Goodreads, LibraryThing dan Shelfari. Bagi sesiapa yang belum pernah menyertainya, Goodreads, LibraryThing dan Shelfari adalah komuniti maya yang memberikan khidmat katalog dan rangkaian sosial untuk para penggemar buku.

Komuniti maya ini menyediakan kemudahan yang sangat berguna bagi penggemar buku untuk merekodkan buku-buku yang mereka miliki, mengemaskini kadar dan status pembacaan mereka, mencari sahabat buku, bertukar-tukar idea tentang buku dan banyak lagi.

Bukuria telah berusaha membuat perbandingan di antara ketiga-tiga komuniti buku maya tersebut berdasarkan ciri-ciri yang wujud atau disediakan oleh laman-laman itu.

Ciri-ciri Goodreads LibraryThing Shelfari
Sejak Disember 2007 Februari 2006 (beta) October (?)
Jumlah buku (Jun 2008) 20 juta 27 juta Tiada maklumat
Jumlah pengguna (Jun 2008) Tiada maklumat Lebih 400,000 Tiada maklumat
Had katalog Tidak terhad Terhad sehingga 200, selebihnya berbayar Tidak terhad
Data katalog Sederhana Paling terperinci Sederhana
Pangkalan data buku Amazon dan lain-lain Perpustakaan dunia dan Amazon Amazon dan lain-lain
Katalog buku Melayu Boleh dikatalog secara manual Boleh dikatalog secara manual Terhad kepada apa yang ada dalam pangkalan data
Carian buku Boleh mencari dalam koleksi sendiri Boleh mencari dalam koleksi sendiri Tidak boleh mencari dalam koleksi sendiri
Paparan grafik Paparan kulit buku Paparan kulit buku Paparan kulit buku dan rak kayu
Rak buku Ada tiga rak asal (read, to-read dan currently reading) dan boleh menambah dan melabel rak sendiri Tiada pembahagian mengikut jenis rak Banyak rak pilihan tetapi tidak boleh ditambah. Ada rak favorite, read, own, wish list, plan to read, reading dan lain-lain
Paparan buku Paparan senarai dan kulit buku Paparan senarai dan kulit buku Paparan senarai dan kulit buku
Pengarang Tab khas untuk pengarang, mudah dicari Tiada tab khas untuk pengarang, tetapi mudah dicari di “Zeitgeist” Tiada tab khas untuk pengarang, “My Authors” agak tersembunyi di menu “Me”
Rangkaian sosial Cari sahabat melalui “Friends”, bandingkan buku di “My Books” atau bentuk/sertai kumpulan perbincangan Paling lengkap dan terperinci, melalui sistem perbandingan buku di ‘perpustakaan’ masing-masing dan membentuk/menyertai kumpulan yang mudah dicari melalui “Groups” Mempunyai “Friends” dan “Groups” dalam menu utama untuk memudahkan bersosial.
Ciri unik Boleh mengumpulkan “quotes” daripada buku-buku yang dibaca dan dinilai melalui jumlah bintang yang diberi rakan lain Mengajak penyertaan penerbit yang memberi ‘reading copy’ percuma, ada kemudahan chatting dengan pengarang di “Author Chat”, kemudahan untuk perpustakaan dengan protokol Z39.50, Ada kemudahan khas untuk bertanyakan pendapat orang lain tentang sesebuah buku dipanggil “My Questions” dan “Community Questions”.

Bagi Bukuria, antara ketiga-tiga khidmat di atas, Goodreads adalah yang terbaik kerana ia seluruhnya percuma tanpa had buku yang boleh dikatalog dan selain itu, ia juga boleh digunakan untuk merekodkan buku-buku Melayu secara manual. Kita juga boleh membina dan melabel rak buku kita sendiri mengikut selera masing-masing. Dan kerana antara muka penggunanya (interface) tidak sarat grafik, maka ia lebih cepat semasa loading daripada Shelfari. Sudah tentu ia juga punya beberapa kelemahan tetapi daripada sudut-sudut di atas, Goodreads adalah pilihan pertama Bukuria.

Namun aspek-aspek yang dinilai bagi ketiga-tiga rangkaian sosial dan komuniti buku maya di atas tidak menyeluruh dan mungkin ada lagi aspek lain yang sesetengah pengguna rasakan lebih menarik dan berguna untuk tujuan merekod buku dan pembacaan masing-masing.

Selain itu, wujud Listal yang merupakan satu lagi khidmat rangkaian sosial yang membenarkan kita merekodkan buku yang dimiliki dan bertukar-tukar maklumat dengan orang lain. Bagaimanapun, ia bukan khusus untuk senarai buku sahaja tetapi juga untuk senarai filem kegemaran, album, lagu dan lain-lain.

Kepada sesiapa yang belum merasai pengalaman di Goodreads, LibraryThing atau Shelfari, bolehlah mencuba sendiri pengalaman maya ini. Mungkin kita akan menemui lebih ramai rakan buku, dapat berbincang buku dan mengerti kegilaan buku yang memang begitu mengujakan di kalangan para peminatnya.

Kepada yang telah berada di sana dan memeriahkannya, apa pendapat anda tentang ketiga-tiga komuniti maya dan rangkaian sosial buku di atas?

Najibah Abu Bakar

Pemilik BukuRia, berlatar belakang bidang perpustakaan dan sains maklumat serta mempunyai sedikit pengalaman menulis di beberapa akhbar dan majalah tempatan.

You may also like...

9 Responses

  1. mudin001 says:

    Setuju. Saya telah menggunakan ketiga-tiganya, tetapi akhirnya memilih untuk hanya menggunakan Goodreads.

  2. Bunnybaby says:

    Salam.

    Saya hanya menggunakan dua; Shelfari dan Goodreads. Kedua-duanya diperkenalkan oleh Jiwa Rasa.

    Benar, Goodreads lebih fleksibel dari segi penambahan dan pengakatalogan buku yang tiada dalam pangkalan data mereka.

    Dari sudut pandangan lain, iaitu persembahan dan paparan grafik, Shelfari jauh lebih menarik. Sebab itu jugalah ia mengambil masa untuk “loading”.

    Shelfari juga membenarkan kita menggunakan URL yang mengakses terus ke profil masing-masing, tanpa perlu pengguna mendaftar masuk (login) terlebih dahulu. Oleh itu, mana-mana pengguna Internet, sama ada belum mendaftar atau telah menjadi ahli Shelfari, boleh ‘mengintai’ profil rakan-rakan mereka tanpa perlu login. Sebaliknya Goodreads tidak membenarkan pengguna berbuat demikian.

  3. Bunnybaby says:

    Oopps! Ada sedikit pembetulan/tambahan, untuk mengelakkan kekeliruan.

    Apa yang saya maksudkan di atas, mengerai pautan URL ke profil di Shelfari, ialah begini. Jika pautan ke profil XXX di Shelfari, anda boleh terus menaipkan nama XXX (username) pada URL. Contohnya: http://www.shelfari.com/XXX

    Manakala untuk Goodreads, username XXX tidak boleh dicapai secara terus dengan kaedah di atas. Sebaliknya pautan ke profilnya ialah melalui URL ke Goodreads berserta direktori dan ID bernombor yang tertera di ruangan URL. Contohnya begini: http://www.goodreads.com/user/show/450947

    Begitulah adanya jua..

  4. fahmi says:

    tak tahu pulak ada komuniti buku seperti ini. tetapi saya ada masuk komuniti penulis: eSastera.com (bahasa Melayu) dan fanstory.com (bahasa Inggeris).

  5. Najibah says:

    Mudin001, akak pun dah terlekat hati dengan Goodreads – kadang-kadang sampai terabai pulak Bukuria :).

    Bunnybaby, persembahan dan grafik memang Shelfari paling tiptop. Dan tambah satu mata untuk Shelfari bahagian ‘intai’ profil – lebih mesra untuk orang luar – tak perasan pun saya. Terima kasih tolong highlight :).

    Fahmi, bolehlah nanti tolong ramai-ramaikan majlis pembaca Melayu di Shelfari, Goodreads atau LibraryThing, tergantung mana yang berkenan di hati.

  6. Sedang memerhati dan mencuba. Mungkin salah satu akan jadi pilihan. Terangkak-rangkak seperti budak baru mendapat keris…

  7. Najibah says:

    En Rozlan, nanti bolehlah kongsi buku-buku bacaan dengan pembaca lain. Selamat berkomuniti buku.

  8. thafiexq says:

    saya sudah kunjungi dan menjadi pautan harian! tq!!

  9. Najibah says:

    Thafiexq, kalau terserempak dengan akak di mana-mana komuniti buku maya tu, sudi-sudikanlah ‘add’ :).

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

WP Facebook Auto Publish Powered By : XYZScripts.com