Apa yang perlu ditambah - atau dikurangkan?


Visited 159 times, 2 so far today
June 13, 2008 – 4:52 am
Oleh Najibah

Salam hormat kepada semua pembaca Bukuria yang telah banyak menyokong dan membantu Bukuria selama ini, tidak kira dengan membaca helaian elektroniknya, berkomentar atau sekadar menjengukkan kepala.

Sepanjang mengendalikan Bukuria, kami berusaha sebaik mungkin untuk meningkatkan jumlah trafik walaupun setakat ini semuanya masih secara kecil-kecilan (melawat dari blog ke blog, menyertai forum dan sebagainya). Hasilnya adalah kadar kunjungan di bawah yang masih belum boleh dibanggakan dan telah menjadi agak statik:

kunjungan fmay-jun 2008

Jadi kali ini kami ingin mengutip pendapat daripada para pengunjung - apa yang perlu ditambah - atau dikurangkan daripada Bukuria?

Mungkin Bukuria perlu menambah lebih banyak ulasan buku atau wawancara? Atau artikel bercorak tertentu? Boleh jadi juga artikel kami terlalu mudah atau terlalu berat untuk sesetengah pengunjung?

Apa pula pendapat pengunjung jika Bukuria mendaftar sebagai sebuah syarikat (pada waktu gawat begini) supaya kami dapat berurusan dengan lebih meyakinkan dengan pihak pengiklan? Selalu kami berfikir untuk menjemput beberapa syarikat buku sebagai pengiklan, tetapi tidak jadi kerana belum tertubuh secara rasmi.

Kami menyeru para pembaca untuk memberitahu kami serba sedikit tentang diri anda (jika tak keberatan) - dan hulurkan pendapat kepada kami. Ini juga peluang untuk berkenalan sesama kita bagi para pembaca yang selama ini berkunjung ’senyap-senyap’ tanpa jejak.

Yang terbaik adalah melangkah ke hadapan - bukan berseorangan, tetapi bersama-sama.

Kepada para pembaca yang sanggup melangkah ke depan sana bersama-sama Bukuria, kami ucapkan ribuan terima kasih.

Artikel berkaitan:

  1. 8 Responses to “Apa yang perlu ditambah - atau dikurangkan?”

  2. najibah.. thanks for visiting my blog..
    kaktiny ni pun silent readers gak sebenarnya.. tak tahu nak komen apa.. sbb tengok yang komen tu bagus2 belaka.. anyway.. will try to be an active participant..

    By kaktiny on Jun 13, 2008

  3. ‘Website’ ini bagus kerana tak banyak laman yang membincangkan budaya membaca.

    Cadangan untuk penambahan:

    Mungkin sdr admin boleh mengundang mana-mana penulis untuk mempromosikan karya mereka di sini. Di luar sana ada sesetengah ‘penulis gerila’ (kalau boleh diistilahkan begitu) yang ingin mencari medium untuk mempromisi karya mereka. Penulis gerila maksudnya mereka yang menulis buku sendiri, mencetak sendiri dan memasarkan buku sendiri. Bukuria cuma perlu mencari penulis dan karya mereka sahaja.

    Cadangan menubuhkan syarikat amat baik. Namun begitu, sebagai permulaan saya harap Bukuria tidak tergesa-gesa untuk menubuhkan syarikat. Ini kerana banyak banyak prosedur yang perlu dipatuhi selain beberapa belanja tahunan yang perlu dilangsaikan (audit fee minimum RM500).

    Tentang penulisan artikel pula, saya rasa cara ini dah ok! Memang baik jika ada penyumbang dari luar juga. Tentang berat tu, susah la. Timbang di rumah saya rosak :D

    Saya harap Bukuria terus menjadi laman yang membincangkan isu-isu semasa tentang dunia buku di Malaysia. Mungkin admin perlu meluaskan ‘contact’ sebelum menubuhkan syarikat. Cuba-cuba telefon penerbit buku dahulu melihat respon mereka.

    Selamat maju jaya

    By fahmi on Jun 13, 2008

  4. Kaktiny,

    Terima kasih kerana membaca Bukuria. :) kami mengalu-alukan sebarang komentar di sini. Rasanya Kaktiny ni bukan senyap-senyap biasa, tapi diam-diam ubi yang berisi.

    Pengomentar paling aktif di Bukuria memang hebat-hebat semuanya, tapi pengendalinya orang yang biasa-biasa saja.

    Fahmi,

    Terima kasih banyak atas idea-idea cemerlangnya. Jangan lupa beli timbang baru ya :D

    By Najibah on Jun 13, 2008

  5. Salam.

    Cadangan untuk buat wawancara tu, saya rasa satu cadangan yang baik juga. Mungkin boleh buat wawancara bersama penulis-penulis tertentu. Saya pasti, tentu akan mendapat respon yang baik dari pembaca. Selain itu, wawancara rasanya tidak semestinya hanya bersama para penulis buku semata-mata. Boleh saja wawancara para blogger, terutamanya blogger-blogger yang mengulas buku — boleh minta pandangan mereka tentang dunia perbukuan dsb.

    Mengenai sama ada artikel terlalu berat atau terlalu ringat, rasa saya web Bukuria harus pelbagai dalam mempersembahkan artikel. Maksudnya tak boleh semuanya yang berat-berat saja; atau semuanya yang ringan-ringat sahaja. Harus berselang-seli, ada yang berat, ada yang ringan.

    Moga terus maju.

    By Aidil Khalid on Jun 14, 2008

  6. saya memang penyokong dan follower bukiria.
    mungkin salah satu faktor utama blogger atau publics tidak mengunjungi bukuria yang bermanfaat ini kerana kebanyakkan rakyat masih lagi buta akan blog yang berunsurkan ilmiah.
    mereka masih lagi mengejar blog blog yang berunsurkan hiburan semata mata.
    jadi salah siapa? malu saya pabila memikirkan pengunjung tidak gemar mengunjungi weblog yang berunsurkan ilmiah.
    BUKURIA i love u!

    By thafiexq on Jun 14, 2008

  7. Salam juga Aidil.

    Terima kasih, insya Allah apa yang patut ditambah akan ditambah yang patut diimbangi akan diimbangi :).

    Thafiexq,

    Terima kasih. Bolehlah tolong promosikan Bukuria di tempat Thafiexq praktikal. Kalau Bukuria ni ala-ala Akademi Fantasia, Thafiexq mesti hantar undi SMS kot :).

    By Najibah on Jun 15, 2008

  8. Salam saudari Najibah,

    Peribadi, saya berpendapat portal ini sudah cukup bagus dari segi kandungannya.

    Berkenaan menubuhkan syarikat, saya bersetuju dengan saudara Fahmi.Memanglah syarikat ada beberapa kategori, dan mungkin Bukuria boleh bermula secara kecilan. Hasrat saudari pun memang bagus, tak kiralah sama ada gawat ataupun tidak, itu satu keberanian yang harus dipuji. Pun demikian, baiklah jika cadangan ini dikaji semasak-masaknya, dan mengambil pandangan dari ahli perniagaan di kalangan industri penerbitan.

    Cadangan: wujudkan satu ruangan/seksyen bahasa Inggeris, untuk meluaskan sasaran pembaca.

    Selamat maju jaya!

    By Bunnybaby on Jun 16, 2008

  9. Salam kembali Sdri Bunnybaby,

    Terima kasih atas pandangan dan cadangan. Ruang B.Inggeris tu menarik, cuma takut tak termampu nak menangani bahasa orang sefasih bahasa sendiri :). Tapi InsyaAllah akan dipertimbangkan dengan serius.

    By Najibah on Jun 17, 2008

Post a Comment