BUKURIA

Gerbang Dunia Buku dan Perpustakaan


Utusan Malaysia: RM2.5 juta beli buku perpustakaan

By Najibah • May 25th, 2008
Visited 129 times, 1 so far today• Category: Artikel Luar

KUALA TERENGGANU 21 April - Sebanyak RM2.5 juta diperuntukkan tahun ini untuk membeli bahan-bahan bacaan baru untuk ditempatkan di Perpustakaan Negeri Terengganu.

Pengarahnya, Nor Akmal Abdul Fatah berkata, sebahagian besar daripada peruntukan itu adalah untuk perbelanjaan membeli buku-buku bercorak pengetahuan am dan akademik.

”Pada pesta buku yang lepas, kita membelanjakan hampir RM0.5 juta untuk membeli buku-buku baru,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Di samping itu jelasnya, terdapat juga buku yang diimport dari luar negara untuk kegunaan ahli Kelab Perpustakaan Negeri Terengganu.

Menurutnya, Perpustakaan Negeri Terengganu sedang merancang pelbagai program untuk dilaksanakan sepanjang tahun ini bagi meningkatkan bilangan pengunjung ke gedung ilmu itu.

Jelasnya, pihaknya berbuat demikian memandangkan terdapat peningkatan pengunjung ke perpustakaan itu sejak kebelakangan ini.

Malah katanya, kadar penyertaan ke dalam Kelab Perpustakaan Negeri Terengganu juga meningkat dengan mendadak.

”Terbaru dalam rekod kita, Kelab Perpustakaan Negeri Terengganu mempunyai lebih 50,000 ahli yang mendaftarkan diri bermula dari umur tiga tahun,” ujarnya.

Justeru tegasnya, pihak perpustakaan akan memastikan perkhidmatan perpustakaan itu sentiasa relevan terutamanya dari segi bahan bacaan yang sentiasa dikemas kini.

”Hasil maklum balas orang ramai, kadar pembacaan di negeri ini menunjukkan peningkatan yang saya kira amat memberangsangkan,” ujarnya.

Tagged as: ,


Najibah adalah pengasas BukuRia, mempunyai latar belakang dalam bidang perpustakaan dan sains maklumat serta sedikit pengalaman menulis di dua buah majalah tempatan.
Email this author | All posts by Najibah

2 Responses »

  1. 2.5 juta? cukup ke?

  2. Thafieqx,

    Ikut hati pustakawan, bagi 1 billion pun tak cukup - nak modenkan bangunan perpustakaan, sediakan teknologi terkini, beli buku ikut selera pembaca, penyelidikan, aktiviti yang heboh-heboh, buka library baru…. Kan?

Leave a Reply